KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Perak mencatatkan trend menurun manakala Johor dan Kelantan meningkat sedikit, sementara dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka semula di Terengganu setakat malam ini.
Di PAHANG, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) melaporkan banjir di Temerloh pulih selepas semua 158 mangsa terakhir di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Semantan dibenarkan pulang petang tadi.
Namun, situasi di dua lagi daerah yang terjejas banjir malam ini tidak berubah berbanding petang tadi dengan 142 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sinar Mutiara, Pekan manakala sembilan mangsa berada di SK Kerayong, Bera.
Di PERAK, jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 104 orang daripada 25 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 114 orang daripada 29 keluarga petang tadi, dengan kesemua mangsa ditempatkan di tiga PPS iaitu SMK Abd Rahman Talib di daerah Hilir Perak, Dewan SK Slim River (Mualim) dan Dewan Orang Ramai Kampung Tersusun Teluk Memali (Perak Tengah).
Sementara itu, di JOHOR, jumlah mangsa banjir di Segamat dan Kota Tinggi meningkat kepada 159 orang setakat 8 malam ini, berbanding 148 orang petang tadi, dengan pembukaan satu lagi PPS di Segamat iaitu Dewan Komuniti Kampung Tasek yang menempatkan 10 mangsa dari Kampung Seberang Batu Badak.
Menurut JPBN, 61 orang masih ditempatkan di Balai Raya Kampung Batu Badak dan Balai Raya Kampung Kuala Paya, manakala di Kota Tinggi, seramai 88 orang daripada 27 keluarga dipindahkan ke Dewan Kampung Baru Sungai Mas dan Dewan Muafakat Bandar Penawar.
"Kesemua mereka terdiri daripada tujuh keluarga dari Kampung Baru Sungai Mas manakala 20 keluarga adalah dari Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Kota Tinggi," katanya dalam satu kenyataan.
Di KELANTAN, jumlah mangsa turut menunjukkan sedikit peningkatan malam ini dengan 2,019 orang daripada 637 keluarga di jajahan Pasir Mas ditempatkan di tujuh PPS, berbanding 2,014 orang daripada 634 keluarga petang tadi.
Sekretariat JPBN Kelantan memaklumkan seramai 712 mangsa berlindung di SK Tok Deh, SK Kedai Tanjong (47), SK Gual Periok (544), Masjid Mukim Padang Licin (69), PPS Putat Tujoh (157), SK Kubang Kual (256) dan SK Sri Kiambang (234).
Di TERENGGANU pula, hanya selepas lima jam PPS di seluruh negeri itu ditutup sepenuhnya, bencana banjir kembali melanda membabitkan daerah Hulu Terengganu dengan jumlah mangsa banjir di kawasan tersebut seramai 61 orang daripada 13 keluarga.
Sekretariat JPBN dalam kenyataan memaklumkan hanya dua PPS dibuka sejak daerah itu mula dilanda banjir petang tadi iaitu Balai Raya Kampung Kemat yang menempatkan 35 mangsa daripada 10 keluarga dan Balai Raya Kampung Tapah yang mempunyai 26 mangsa (tiga keluarga).
Berdasarkan data yang dikongsi menerusi laman web publicinfobanjir.water.gov.my, dua sungai di Hulu Terengganu iaitu Sungai Berang di Kampung Menerong dan Sungai Telemong di Kuala Ping kini melebihi paras bahaya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 14 2022

Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Perak mencatatkan trend menurun manakala Johor dan Kelantan meningkat sedikit - Foto fail/APM

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Banjir: Lebih 71,000 mangsa di 7 negeri, Selangor, Pahang terus catat peningkatan
Sebanyak 71,876 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh negeri setakat petang ini, dengan Selangor dan Pahang terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir.

Tabung Bantuan Banjir Keluarga Malaysia dilancar
Tabung Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bagi membantu mereka yang terkesan akibat banjir dilancarkan hari ini.

MetMalaysia nafi dakwaan maklumat cuaca kepala ribut yang tular
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menafikan maklumat cuaca berkenaan 'kepala ribut' Taufan Rai, yang tular di pelbagai platform media sosial termasuk aplikasi Whatsapp baru-baru ini.

Banjir: AIM salur bantuan segera RM100,000 untuk mangsa - Shabudin
AIM mengumumkan bantuan khas sebanyak RM100,000 kepada mangsa banjir khususnya kepada Sahabat AIM yang terkesan akibat fenomena Monsun Timur Laut yang melanda beberapa negeri sejak Sabtu lalu.