KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu meneruskan langkah-langkah bantuan pendapatan sedia ada yang melibatkan golongan sasar seperti kumpulan miskin dan rentan bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan lagi demi memastikan kelangsungan sokongan kewangan mereka dalam masa terdekat, kata Kumpulan Bank Dunia.
Ahli Ekonomi Kanan Bagi Kemiskinan dan Kesaksamaan kumpulan itu, Dr Ririn Salwa Purnamasari ini berikutan terdapat keperluan berterusan untuk menyalurkan sokongan kepada kumpulan isi rumah lebih besar, terutama yang berpendapatan rendah dan rentan menerusi bantuan tunai sekurang-kurangnya sehingga pertumbuhan ekonomi, pekerjaan dan gaji dapat disambung kembali.
"Hanya selepas itu, bantuan tunai ini dapat ditumpukan kepada golongan miskin tegar," katanya pada majlis pelancaran Malaysia Economic Monitor December 2021 Edition 'Staying Afloat' atau laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia Disember 2021 oleh Bank Dunia bertajuk 'Kekal Bertahan' di sini, hari ini.
Mengulas selanjutnya, Ririn Salwa berkata subsidi upah bersasar juga perlu diperkenalkan, termasuk melibatkan golongan wanita dan belia yang lazimnya berdepan kesukaran untuk memasuki pasaran pekerjaan.
"Apabila keadaan ekonomi dan pengambilan pekerja kembali pulih, sumber-sumber tersebut dapat disasarkan kepada mereka yang masih memerlukan sokongan untuk mendapat kerja dan tidak menerima bantuan daripada program subsidi upah sedia ada," katanya.
Selain itu, langkah-langkah seperti program rintis dan penilaian insurans sosial juga perlu dilaksanakan yang membolehkan Malaysia menyelami pengalaman negara-negara lain dari segi inisiatif untuk meningkatkan liputan dan kecukupan program insurans sosial bagi pekerja dalam sektor tidak formal.
Mengulas sistem pendidikan, beliau berkata ruang pendidikan Malaysia memerlukan pendekatan untuk mempertingkat proses pembelajaran, terutama bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
"Susulan langkah penutupan sekolah yang berpanjangan, ada kemungkinan besar jurang perbezaan antara isi rumah yang bernasib baik dan sebaliknya telah melebar," katanya.
Sehubungan itu, Ririn Salwa berkata, sebagai langkah permulaan, kerajaan boleh melakukan penilaian mengenai kesan kehilangan pembelajaran akibat pandemik COVID-19 bagi menentukan bantuan atau keperluan khusus pelajar yang memulakan semula sesi secara bersemuka.
Bagi tumpuan jangka panjang, beliau berkata kerajaan perlu menambah baik sasaran dan aspek kecukupan sistem pemindahan tunai Malaysia agar memberi liputan serta perlindungan yang lebih baik.
"Ini boleh dilaksanakan dengan merangkumi program jangkauan dan memanfaatkan daftar program pemindahan tunai sedia ada yang menumpukan golongan paling teruk terjejas sepertimana dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.
Menurutnya, dari semasa ke semasa, kerajaan juga berkemungkinan besar perlu meningkatkan perbelanjaan bantuan sosial bagi memastikan sistem perlindungan sosial yang lebih mantap selain menggalakkan hasil yang lebih saksama.
"Pada masa sama, dasar-dasar pasaran tenaga kerja perlu diperkukuh untuk meningkatkan kemampuan tindak balas mereka terhadap sebarang kejutan ekonomi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 21 2021

Bank Dunia berpendapat terdapat keperluan berterusan untuk menyalurkan sokongan kepada kumpulan isi rumah lebih besar, terutama yang berpendapatan rendah dan rentan. - Gambar fail

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.
Program pantau karbohidrat di Thailand dapat sambutan
Lebih 18 juta rakyat Thailand berjaya diberikan pendedahan mengenai pengiraan karbohidrat.
Kerajaan Indonesia belanja 710.5 bilion Rupiah setakat ini
Kerajaan Indonesia setakat 12 mac 2025, telah membelanjakan sejumlah 710.5 bilion Rupiah dalam kempen pemberian makanan percuma kepada jutaan pelajarnya.

Bank Dunia gesa Malaysia teruskan bantuan pendapatan untuk enam bulan lagi
Kerajaan perlu meneruskan langkah-langkah bantuan pendapatan sedia ada yang melibatkan golongan sasar seperti kumpulan miskin dan rentan bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan lagi.

PEMULIH redakan kegelisahan isi rumah dan PKS - Pakar ekonomi
Kerajaan mendengar rintihan dan desakan pelbagai pihak terutamanya dalam memberikan bantuan moratorium menyeluruh kepada rakyat Malaysia walaupun kedudukan suntikan fiskal negara terhad.

Moratorium perlu bersasar, jika tidak ia pembaziran - Pakar Ekonomi
Usaha memelihara ekonomi perlu berterusan terutama dalam membantu individu dan perniagaan yang terjejas akibat impak COVID-19.