KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5 peratus pada 2021, berbanding unjuran 6.0 peratus sebelum ini, di tengah-tengah lonjakan semula kes jangkitan COVID-19 bermula pertengahan April tahun ini, kata Bank Dunia.
Menurut laporan 'Malaysia Economic Monitor: Weathering the Surge' Bank Dunia yang dilancarkan hari ini, kenaikan mendadak kes jangkitan itu telah menimbulkan kebimbangan terhadap keseluruhan kapasiti sistem kesihatan Malaysia dan kesan kitaran pembukaan dan penutupan ekonomi yang berlaku sekarang ke atas isi rumah dan perniagaan.
Ahli Ekonomi Kanan Kumpulan Bank Dunia bagi makroekonomi, perdagangan dan pelaburan Shakira Teh Sharifuddin berkata sekatan pergerakan yang dilaksanakan sekarang akan memberi impak kepada ekonomi Malaysia dalam tempoh terdekat ini.
"Dalam tempoh terdekat, tumpuan adalah untuk membendung penularan pandemik dan menyelamatkan nyawa serta mata pencarian
"Bagi tempoh sederhana, penting untuk mengambil iktibar daripada pandemik dan mengambil langkah-langkah padu seperti membina semula penampan fiskal dan mengukuhkan lagi sistem perlindungan sosial," katanya pada sidang media secara maya selepas pelancaran Malaysia Economic Monitor - Edisi Jun 2021, hari ini.
Selain itu, bilangan isi rumah rentan juga dijangka meningkat, kata laporan itu.
Menurut laporan itu, keutamaan segera Malaysia perlu ditumpukan kepada pengurusan pandemik yang cekap serta kesannya ke atas individu, isi rumah dan perniagaan, manakala strategi sokongan yang efektif penting bagi memastikan pembukaan semula ekonomi yang beransur-ansur dan selamat serta melonggarkan sekatan pergerakan.
Usaha melindungi nyawa dan kesihatan rakyat yang dapat mengelakkan kesan yang lebih teruk ke atas sistem kesihatan negara adalah suatu yang penting bagi memastikan penyambungan semula ekonomi yang selamat dan mengekang kejatuhan lagi ekonomi.
Sementara itu, Ahli Ekonomi Kanan Kumpulan Bank Dunia bagi kewangan, daya saing dan inovasi Smita Kuriakose menggesa pembaharuan struktur yang kukuh dalam tempoh jangka sederhana dan jangka panjang bagi memastikan pemulihan pasca pandemik yang padu, diterajui oleh sektor swasta.
Beliau berkata perniagaan Malaysia lebih terjejas ketika ini dengan kurangnya aliran tunai untuk bertahan dengan krisis kesihatan sekarang.
"Ini menunjukkan kesan negatif daripada pandemik. Kita juga berdepan dengan cabaran fiskal dan jadi sumber awam perlu disalurkan seperti peruntukan semula sumber ekonomi yang cekap, yang mana ia boleh mewujudkan nilai tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 23 2021

Menurut Bank Dunia, kenaikan mendadak jangkitan COVID-19 menimbulkan kebimbangan terhadap keseluruhan kapasiti sistem kesihatan Malaysia dan kesan kitaran pembukaan dan penutupan ekonomi yang berlaku sekarang ke atas isi rumah dan perniagaan.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Unjuran KDNK naik 6.5-7.5 peratus pada 2021 berdasarkan jangkaan ekonomi tahun depan
Unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) naik kepada 6.5 peratus hingga 7.5 peratus pada 2021 oleh kerajaan adalah anggapan yang dibuat berdasarkan jangkaan pembangunan ekonomi pada tahun depan.