Menteri Tenaga,Sains,Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata kementeriannya akan memantau secara rapi pengoperasian kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas).
Menterinya Yeo Bee Yin berkata, ia adalah supaya syarikat itu mematuhi syarat baharu yang ditetapkan oleh kerajaan.
“Mengenai Lynas, saya rasa untuk kita (MESTECC) akan memantau pematuhan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan terhadap Lynas.
"Kita akan terus pemantauan secara rapi dan akan pastikan syarat itu diikuti,” kata Bee Yin dalam satu sidang media pada Isnin.
Ditanya mengenai bantahan Kumpulan Anti-Lynas, Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) berhubung pelanjutan lesen operasi Lynas yang menyifatkan Pakatan Harapan (PH) gagal menunaikan janji manifesto sebelum ini, Bee Yin berkata, itu adalah hak bersuara oleh rakyat.
“Kita hormati hak untuk bersuara, kita rasa mereka boleh bersuara atas pandangan mereka terhadap keputusan kerajaan.
"Untuk MESTECC kita akan pastikan pemantauan rapi untuk pematuhan syarat-syarat baru dan pematuhan undang-undang sedia ada,” jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Pelancaran Pemasangan Lampu Jalan Kampung di Kampung Rincung Hilir, Semenyih pada Isnin.
Fareez Azman
Mon Aug 19 2019

Yeo Bee Yin pada Majlis Pelancaran Pemasangan Lampu Jalan Kampung di Kampung Rincung Hilir, Semenyih pada Isnin. - Foto Astro AWANI/Fareez Azman

Doktor berkelakuan tidak senonoh ditahan semula susulan laporan polis ketiga
Tempoh tahanan reman lelaki berusia 43 tahun itu tamat hari ini, namun suspek ditahan semula susulan laporan polis ketiga dibuat terhadapnya Jumaat lepas.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

KKM tidak bercadang perluas pelaksanaan pemanjangan waktu operasi klinik kesihatan
Berdasarkan pelaksanaan EH di beberapa klinik terpilih ketika ini, didapati langkah itu tidak banyak menyelesaikan masalah kesesakan terutama di zon hijau.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing.
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.
AWANI Ringkas: Kerjasama Institusi Pondok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Saya dah tunggu setahun untuk keputusan ini' - Sarah Yasmine tuntut RM875,000 daripada Aliff Aziz
Sarah juga memberi tempoh tujuh hari kepada Aliff untuk melunaskan jumlah yang diminta atau bersedia menghadapi tindakan lanjut.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur.

Bantahan kumpulan Anti-Lynas adalah hak bersuara - Yeo Bee Yin
Kerajaan akan memantau secara rapi pengoperasian kilang memproses nadir bumi Lynas agar mematuhi syarat baharu yang ditetapkan.

Lynas tarik balik saman fitnah terhadap SMSL
Peguam plaintif, Rishwant Singh memberitahu hakim bahawa kedua-dua syarikat itu mengambil keputusan menarik balik saman tersebut.