KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhi seorang penghantar barang hukuman penjara empat bulan, selepas wanita itu mengaku bersalah atas pertuduhan membantu menyembunyikan wang milik seorang warga emas berjumlah RM100,000, dua bulan lepas.
Hakim Azrul Darus memerintahkan hukuman ke atas ChengYen Bee, 39, itu bermula dari tarikh tangkap, iaitu semalam (1 Julai).
Cheng didakwa membantu menyembunyikan wang RM100,000 milik Gurdev Kaur, 74, yang dimasukkan ke akaun bank didaftarkan atas nama tertuduh di sebuah premis di Taman Tun Dr Ismail, Brickfields di sini antara 30 April dan 1 Mei 2024.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Haniff Ahijman memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran, namun Cheng yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan denda minimum atas alasan menyara lima anak dan suami yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 02 2024
Hakim Azrul Darus memerintahkan hukuman ke atas ChengYen Bee, 39, itu bermula dari tarikh tangkap, iaitu semalam (1 Julai). - Gambar hiasan
Polis Marin lumpuhkan sindiket kumpul, proses minyak sawit di Kulai
Pasukan Polis Marin Wilayah Dua berjaya melumpuhkan sindiket pengumpulan dan memproses minyak sawit mentah di sebuah premis tidak bernombor di Air Bemban, Kulai, semalam.
Semakan kes kembalikan status Islam anak Loh didengar 8 April
Mahkamah Persekutuan menetapkan semula tarikh pendengaran permohonan semakan Kerajaan Negeri Perlis untuk mengembalikan status agama tiga anak Loh Siew Hong sebagai Islam, kepada 8 April ini.
Panama undur diri daripada Inisiatif Jalur dan Laluan China
Susulan ketegangan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung Terusan Panama, negara itu memutuskan untuk menarik diri daripada inisiatif pembangunan infrastruktur Jalur dan Laluan (BRI) China.
Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan
Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.
AWANI Ringkas: Istana Negara sahkan baginda jalani rawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo
ATM menerusi Markas Angkatan Bersama akan terus memantau situasi dan mengambil langkah sewajarnya, bagi memastikan keselamatan anggotanya di Republik Demokratik Congo (DRC).
Kemunculan AI baharu jadikan Malaysia hab pusat data neutral - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kemunculan teknologi AI yang pelbagai ini membolehkan Malaysia menjadi pusat data yang neutral untuk syarikat AI dari Barat dan Timur seperti China.
Pantau Belanjawan: ASEAN Kita: Timor Leste | Bridging the final gap to membership
Tune in to ASEAN Kita for an engaging conversation with Dr. Azmi Hassan, Geostrategist, exploring Timor-Leste’s road to full ASEAN membership, the obstacles in its path, and the broader implications for the region’s future.
Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina
Kerajaan Bangladesh memberi amaran terhadap tindakan vandalisme selepas sekumpulan penunjuk perasaan yang marah dengan ucapan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina, merobohkan kediaman bapanya.
Kes Jahidah: Rosmaini fail rayuan tangguh hukuman penjara
Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Februari sebagai keputusan permohonan penangguhan hukuman penjara 10 tahun ke atas Rosmaini yang menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya Jahidah.
Bantu sembunyi wang RM100,000, penghantar barang dipenjara empat bulan
Mahkamah Sesyen menjatuhi seorang penghantar barang hukuman penjara empat bulan, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan membantu menyembunyikan wang RM100,000.
Penjual cermin mata didakwa bantu sembunyi wang lebih RM600,000
Seorang penjual cermin mata mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membantu menyembunyikan wang milik seorang lelaki lebih RM600,000, tahun lepas.
Macau Scam: Gagal bayar denda, seorang wanita dan dua lelaki dipenjara
Majistret menjatuhkan hukuman terhadap Zulaikha Roslan, 22, Muhammad Anas Mohd Amir Nasharuddin, 21, dan Muhammad Syafirul Haidezeman, 31.