Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, penubuhan Jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung dan Dana Banjir oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membantu meningkatkan ketelusan proses pengagihan bantuan kepada mangsa banjir.
Ini kali pertama jawatankuasa seumpama itu ditubuhkan bagi memastikan ketelusan proses permohonan dan pengagihan bantuan kepada mangsa banjir. Negara berhadapan dengan banjir terburuk di kawasan Pantai Timur pada Disember lalu.
Malah menurut Menteri Besar, peranan yang dimainkan oleh jawatankuasa itu dengan kerjasama agensi kerajaan negeri dan pusat telah meningkatkan usaha menghalang ketirisan.
"Kita kerajaan Kelantan ini sentiasa mengadakan perjumpaan, mesyuarat untuk meningkatkan usaha menghalang ketirisan, terutama dalam banjir baru-baru ini, kita lihat apabila banjir, ada peruntukan-peruntukan tertentu yang telah diurus oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), kerajaan persekutuan.
"Contohnya diperuntukkan RM500 juta... cuma mungkin kita nak lihat bahawa wang yang diperuntukkan ini benar-benar sampai kepada sasaran," kata beliau.
Beliau berkata demikian pada sesi pertemuan wakil rakyat PAS dan PKR anjuran SPRM di Kota Bharu, Kelantan hari ini. Satu kenyataan dikeluarkan oleh SPRM petang ini.
Jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung dan Dana Banjir ditubuhkan pada 12 Januari lalu, antara lain lain bagi menerima aduan salah laku dan penyelewengan mengenai permohonan bantuan banjir.
Jawatankuasa ini diketuai oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Datuk Mustafar Ali. Ia dianggotai oleh MKN, Jabatan Audit Negara dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sehingga semalam lebih 100 panggilan diterima oleh jawatankuasa itu. Sehingga kini 11 aduan sedang disiasat oleh SPRM.
Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pekan berkata, di peringkat awal pihaknya mendapati satu jumlah pemohon yang besar dalam senarai mendapatkan bantuan banjir.
"Kita ada pengerusi bersama dalam pasukan banjir, dalam itu kita terima nama mereka (yang rumah) total loss.. tetapi setelah disertakan dengan borang akuan bersumpah SPRM, angka itu menurun.
"Maknanya ada setengah mereka yang tidak bertanggungjawab.
"Mungkin ada yang daftar dua. Keberkesanan itu ada dalam usaha kita hendak membersihkan atau tercapai matlamat kita dalam hendak membantu rakyat," kata beliau lagi.
Bantuan kepada mangsa banjir dibahagikan kepada wang ihsan dan kerosakan rumah. Selain itu, mangsa yang kematian anggota keluarga akibat banjir pula akan diberi bantuan wang tunai RM5,000.
Ahmad berkata, beliau mahu hanya mereka yang benar-benar memerlukan atau layak menerima bantuan kewangan sama ada daripada kerajaan negeri ataupun pusat.
"... supaya tidak berlaku ketirisan, yang sepatutnya terima tak terima. Contohnya dalam agihan bantuan makanan, mungkin mereka tidak mendapat kerana dari segi logistik, tetapi yang berdaftar.
"Kita ucap tahniah dengan Jawatankuasa (Integriti Pengurusan Tabung dan Dana Banjir) yang dianggotai SPRM, MKN dan audit ini. Kita orang politik juga boleh melihat bagaimana memperkecilkan ketirisan," katanya.
Jawatankuasa Integriti Pengurusan Tabung dan Dana Banjir boleh dihubungi menerusi talian 019-2849134, 019-2849234 atau 019-2849389.
Astro Awani
Sun Feb 22 2015
Ahmad menghargai peranan SPRM dalam usaha pengagihan bantuan banjir di Kelantan - Gambar Fail
JDT bakal uji PSG
Malah, Pemangku Sultan Johor itu juga tidak menolak kemungkinan perlawanan menentang PSG berlangsung pada 2025 atau 2026.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
.
.
Kadar gaji minimum RM 1,700 mulai 1 Februari 2025
Berkuat kuasa hari ini, kadar gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan kepada semua pekerja.
Citaglobal beli tanah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta
Citaglobal beli sebidang tanah seluas 6,410 meter persegi (0.63 hektar) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada harga RM73 juta.
China tuntut AS siasat nahas udara di Washington
China menuntut Amerika Syarikat (AS) menyiasat insiden nahas udara berhampiran Washington, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 67 nyawa, Rabu lalu.
Trump sokong usaha Kongres gubal undang-undang transgender
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, akan menyokong usaha Kongres menggubal undang-undang berkaitan transgender.
Trump mahu kenakan tarif import Kanada, Mexico bermula hari ini
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sahkan akan meneruskan ancamannya untuk mengenakan tarif sempadan sebanyak 25 peratus ke atas import dari Kanada dan Mexico mulai Sabtu.
Netanyahu akan bertemu Trump di Washington D.C
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, akan berada di Washington D.C. pada Selasa bagi mengadakan mesyuarat kerja dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Ibu bapa tebusan Israel berterima kasih kepada Trump
Ibu bapa tebusan yang dibebaskan, Agam Berger, pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
Ucapan itu disampaikan atas peranannya dalam merealisasikan perjanjian gencatan senjata di Gaza serta pembebasan tebusan.
Ucapan itu disampaikan atas peranannya dalam merealisasikan perjanjian gencatan senjata di Gaza serta pembebasan tebusan.
NGO turut diseru bantu usaha bangunkan Gaza - Mohd Na'im
Mohd Na’im berharap pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sering terlibat dalam misi bantuan ke Gaza dan Palestin, dapat turut serta dalam mesyuarat berkenaan.
Maybank aktifkan Bantuan Kewangan Banjir kepada pelanggan terjejas di Sabah, Sarawak
Bantuan berkenaan disediakan di seluruh negara, bertujuan meringankan beban kewangan pelanggan Maybank yang terjejas.
Kerajaan Sarawak salur peruntukan tambahan RM10 juta kepada JPBN
Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata menerusi peruntukan itu, JPBN akan mengagihkan bantuan di semua kawasan terjejas akibat banjir.
Bencana: PM Anwar umum peruntukan segera lebih RM24 juta untuk Sabah, Sarawak
Anwar berkata bantuan kerajaan Pusat kepada negeri yang dilanda bencana, tidak mengikut musim.
Banjir: Ratusan penumpang bas Indonesia dipindahkan melalui sempadan Malaysia
Ratusan penumpang bas dan pengguna kenderaan peribadi daripada Pontianak, Kalimantan Barat dipindahkan ke Entikong dengan melalui sempadan Malaysia susulan banjir yang melanda wilayah berkenaan.
Mangsa banjir yang 'degil' diseru berpindah segera - Uggah
Uggah berkata, ini kerana masih ada segelintir individu yang belum bersedia untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terdekat.
Mangsa banjir di Sabah dan Sarawak meningkat pagi ini, Bintulu paling terjejas
Pagi ini, jumlah mangsa di Sarawak meningkat kepada 9,398 orang daripada 2,725 keluarga manakala di Sabah, 5,617 orang daripada 1,899 keluarga.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Sabah Electricity pantau bekalan elektrik di kawasan terjejas banjir
Sabah Electricity telah mengerahkan pasukan teknikal untuk bersiap sedia 24 jam membaiki sebarang kerosakan di daerah terjejas banjir.
Mangsa banjir di Sarawak, Sabah meningkat
Di Sarawak, jumlah mangsa meningkat kepada 7,503 orang daripada 2,096 keluarga berbanding 6,718 orang daripada 1,825 keluarga petang semalam.
Banjir terburuk landa Bintulu, kebajikan mangsa jadi keutamaan
Beberapa kawasan di bandar Bintulu yang sebelum ini tidak pernah dilanda banjir, turut dinaiki air termasuk beberapa kawasan perumahan.