Bantuan Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Negeri Johor kepada penduduk dalam kawasan Parlimen Tanjung Piai bukanlah gula-gula Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi parlimen itu, kata Menteri Besar Dr Sahruddin Jamal.
Beliau berkata, bantuan itu seperti kemudahan infrastruktur, pendidikan dan kebajikan nelayan telah dirancang lama sewaktu penyandang kerusi Parlimen itu, Allahyarham Dr Md Farid Md Rafik, masih hidup lagi.
"Buat baik pun salah, buat salah pun salah, biasalah pembangkang, tapi harus diingat apa yang saya sampaikan hari ini ialah mock-cheque di mana permohonan ini dimohon arwah dahulu.
"Sebetulnya arwah telah kerja keras untuk memastikan pembangunan di kawasan Tanjung Piai ini dapat dipertingkatkan. Sebetulnya tiada gula-gula, memang arwah sendiri yang mohon," katanya selepas menyampaikan sumbangan benih ikan kepada pengusaha ikan sangkar dan sangkar ikan High Density Polyethylene (HDPE) Pulau Kukup di Terminal Feri Antarabangsa Kukup dekat sini, hari ini.
Sangkar ikan HDPE adalah satu alternatif baru Jabatan Perikanan Malaysia kepada pengusaha sangkar ikan marin menggunakan peralatan moden berbanding sistem ternakan konvensional sedia ada.
Dilaporkan, pengumuman peruntukan oleh beberapa menteri di Tanjung Piai sebelum ini mengundang kritikan daripada pembangkang yang mendakwanya sebagai usaha meraih undi.
Bagaimanapun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan peruntukan berjumlah RM7 juta yang diberikan oleh kerajaan untuk kawasan Parlimen Tanjung Piai adalah bagi meraih sokongan pengundi kawasan itu.
Dr Mahathir menegaskan kerajaan hanya menjalankan tugas seperti biasa dan pemberian peruntukan itu secara kebetulan hampir dengan tarikh PRK Parlimen Tanjung Piai.
Mengulas mengenai hari penamaan calon PRK pada esok, Dr Sahruddin yang juga Pengarah Jentera Pakatan Harapan berkata ahli dan jentera parti telah bersiap sedia sepenuhnya bagi memastikan kelancaran dan kemenangan calon kerajaan yang telah dipilih sebelum ini.
Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tanjung Piai, Karmaine Sardini, 66, diumum sebagai calon PH untuk PRK ini. Karmaine adalah bekas guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Kerang, Tanjung Piai, sebelum meneruskan pelajaran dalam bidang seni bina di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Barisan Nasional (BN) pula meletakkan calon MCA, yang juga bekas penyandang Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, manakala parti Gerakan pula memilih Timbalan Setiausaha Agung Nasionalnya, Wendy Subramaniam sebagai calon.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan esok sebagai hari penamaan calon dan 16 Nov sebagai hari mengundi bagi pilihan raya kecil parlimen itu.
PRK itu diadakan selepas penyandangnya Dr Md Farid Md Rafik, 42, meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada 21 Sept lepas.
Terdahulu, Dr Sahrudin melawat beberapa sangkar ikan di Pulau Kukup berdekatan jeti itu yang terjejas ekoran cuaca buruk semalam sebelum menyerahkan peruntukan hampir RM115,000 untuk pembinaan dua unit sangkar HDPE dan benih ikan kepada peserta serta pengusaha industri itu.
Beliau kemudian turut menyampaikan peruntukan kira-kira RM11 juta untuk pembinaan dewan masyarakat dan dewan serbaguna bagi beberapa sekolah di sekitar Tanjung Piai.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 01 2019
Sahruddin (tiga, kiri) menyampaikan benih ikan kepada Lim Hong Peng (tiga, kanan) sebagai simbolik Pelancaran Sistem Ternakan Ikan Dalam Sangkar Bulat HDPE di Kukup, Pontian, hari ini. -fotoBERNAMA
ASEAN berdepan kebimbangan akibat kadar kelahiran, kesuburan menurun
Keadaan itu boleh menjadi masalah terhadap produktiviti ekonomi.
Lebih 4,000 Rumah Mesra SMJ dibina sejak dilancarkan pada 2022 - Hajiji
3,000 rumah SMJ lagi akan dibina tahun ini di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, dengan peruntukan RM250 juta.
Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir
Menurut Wisma Putra, lima daripada pelajar itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Trump mahu negara Arab bina perumahan penduduk Palestin di lokasi lain
Trump berkata beliau telah membangkitkan perkara itu dalam perbualan telefon dengan Raja Jordan Raja Abdullah II.
Pembatalan WBB bukan keputusan bersifat 'flip flop' - Dr Dzulkefly
Keputusan Jemaah Menteri itu adalah bertujuan untuk memastikan libat urus dengan semua pihak dapat dilakukan secara menyeluruh.
Doktor sahkan tahanan Israel tidak diberi dadah oleh Hamas
Doktor tentera Israel pada Sabtu menyatakan bahawa kesihatan empat askar wanita yang dibebaskan adalah "sangat baik" dan mengesahkan mereka tidak diberikan perangsang atau dadah semasa ditawan di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Aduan harga barang, perkhidmatan catat jumlah tertinggi - KPDN Terengganu
Aduan tertinggi melibatkan harga barang dan perkhidmatan iaitu 18 kes yang diterima melalui pelbagai medium termasuk sistem dalam talian.
ASEAN25: Cabaran tangani kadar kelahiran rendah lebih besar daripada perubahan iklim
Timbalan Editor ASEAN Briefing Ayman Falak Medina berkata walaupun perubahan iklim akan menjadi cabaran untuk ASEAN, beliau percaya cabaran lebih besar adalah menangani penurunan kadar kelahiran dan kesuburan.
AWANI Ringkas: KPKT akan promosi pasar sebagai produk pelancongan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekurang-kurangnya 70 terbunuh dalam serangan ke atas hospital di Sudan
Serangan ke atas Saudi Hospital, satu-satunya hospital yang berfungsi di al-Fashir, telah mengorbankan 70 nyawa dan mencederakan 19 orang.
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Pemimpin sayap UMNO, BN harus diberi lebih ruang menjadi calon - Ahmad Zahid
Pemimpin sayap UMNO dan Barisan Nasional (BN) harus diberi peluang lebih luas untuk menjadi calon mewakili parti pada pilihan raya akan datang.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.