KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan jumlah Bantuan Kewangan Haji akan meningkat kepada hampir RM500 juta pada 2024 jika bayaran bagi tujuan menunaikan rukum Islam kelima itu tidak disemak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Nai'im Mokhtar, berkata keadaan itu akan memberi kesan kepada Tabung Haji dalam aspek agihan keuntungan berpatutan kepada pendepositnya.
Jelas beliau, sejak 2001 sehingga 2022, sebanyak RM2.2 bilion telah dibelanjakan bagi Bantuan Kewangan Haji.
"Tabung Haji menjangka jumlah Bantuan Kewangan Haji akan meningkat dari RM185 juta pada 2022 kepada RM400 juta pada tahun 2023.
"Jumlah ini dijangka meningkat kepada hampir RM500 juta pada tahun 2024 sekiranya bayaran haji tidak disemak dan ini akan memberi kesan kepada Tabung Haji yang perlu memberi agihan keuntungan yang berpatutan kepada pendepositnya," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Saad@Yahaya (PN-Pokok Sena) yang meminta Perdana Menteri menyatakan asas pertimbangan kerajaan meletakkan kos perbelanjaan jemaah haji berdasarkan kategori pendapatan B40, M40 dan T20.
Jelas beliau, Tabung Haji akan meneruskan Bantuan Kewangan Haji bagi membantu jemaah haji muassasah yang kurang pendapatan menunaikan haji buat pertama kali bagi meringankan bebanan kewangan mereka.
"Walaupun boleh menerima Bantuan Kewangan Haji, bakal haji kumpulan B40 dan M40 diberi peluang untuk secara sukarela membayar lebih daripada kadar yang ditetapkan, walaupun mungkin tidak dapat membayar sepenuhnya kos haji," katanya lagi.
Sebelum ini, Tabung Haji menetapkan Bantuan Kewangan Haji (Hafis) bagi ibadah haji tahun ini diperuntukkan kepada jemaah muassasah dalam kumpulan B40 dan M40 yang pertama kali menunaikan haji sahaja.
Bagi kumpulan jemaah muassasah T20 iaitu mereka yang berpendapatan melebihi RM15,000 sebulan (individu) dikenakan bayaran penuh kos menunaikan Haji.
Hasimi Muhamad
Thu Mar 23 2023

Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan jumlah Bantuan Kewangan Haji akan meningkat kepada hampir RM500 juta pada 2024 jika bayaran bagi tujuan menunaikan rukum kelima Islam itu tidak disemak - Foto fail

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Prabowo arah kos haji 2025 lebih murah
Prabowo meminta supaya usaha merasionalkan kos itu dibuat tanpa mengurangkan kualiti perkhidmatan kepada jemaah haji.

Bayaran haji naik 20 peratus bagi B40 dan M40, kos haji kekal RM33,300
Setiap seorang jemaah haji kumpulan B40 terima Bantuan Kewangan Haji RM17,300 dan bantuan kerajaan RM1,000.

Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.

Indonesia tetapkan kos haji 56 juta rupiah setiap jemaah
Kos menunaikan ibadah haji bagi setiap jemaah Indonesia ditetapkan sebanyak 56 juta rupiah (RM16,940) pada tahun depan berbanding 49.8 juta rupiah pada 2023.

Thailand dan Indonesia antara terkesan kenaikan kos haji
Kos mengerjakan haji pada musim hadapan bagi seorang jemaah Muassasah akan menjadi sebanyak RM34,000 seorang berbanding RM30,850 pada tahun ini (2023).

Peningkatan kos haji kerana faktor luar, TH komited tambah baik bantuan
Tabung Haji telah berusaha untuk mengawal peningkatan kos tersebut dengan memeterai beberapa perjanjian kontrak jangka panjang

Penurunan peratus mengundi, peningkatan kos haji tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Shahidan bertanya Perdana Menteri sebab penurunan dalam peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13, 14 dan 15.

Kos haji dijangka naik 11 peratus tahun depan - TH
Kos bagi menunaikan ibadah haji tahun depan dianggarkan meningkat mencecah 11 peratus berbanding tahun ini.

PRN: Subsidi tambang, kos haji RM2,000 untuk rakyat Selangor - Amirudin
Subsidi tambang dan kos mengerjakan haji berjumlah RM2,000 ditawarkan jika PH dan BN dapat membentuk kerajaan negeri dalam PRN pada 12 Ogos depan.

Formula baharu mengenai bayaran haji yang lebih lestari diperlukan - TH
Tabung Haji bukan sahaja bertanggungjawab kepada jemaah haji, bahkan juga kepada 8.8 juta pendeposit yang menjangkakan pulangan dividen.