GEORGE TOWN: Kakitangan awam kerajaan negeri dan Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri Pulau Pinang bakal menerima bayaran bantuan khas kewangan (BKK) akhir tahun bersamaan setengah bulan gaji atau minimum RM1,200.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, bayaran itu melibatkan 3,920 penjawat awam negeri dengan implikasi kewangan berjumlah RM6.13 juta.
"Kerajaan negeri amat bertuah kerana memiliki barisan penjawat awam yang berdedikasi, berintegriti dan komited untuk memastikan dasar-dasar kerajaan negeri dilaksanakan dengan jayanya," katanya ketika membentangkan Bajet 2023 Pulau Pinang pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini, hari ini.
Katanya, pemberian RM300 seorang juga akan disalurkan kepada penyelia dan guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, guru Sekolah Menengah Agama Rakyat dan guru serta staf Sekolah Persendirian Cina.
Selain itu, RM200 seorang akan diberikan kepada guru Tahfiz, guru Pondok dan guru Tadika Islam negeri, melibatkan tambahan perbelanjaan berjumlah RM900,000.
"Semua bayaran BKK dan pemberian ini akan dibuat pada bulan Disember 2022," katanya.
Persidangan DUN bersambung esok. - BERNAMA
Bernama
Mon Nov 21 2022

Bayaran bantuan khas bersamaan setengah bulan gaji atau minimum RM1,200 akan dibuat pada bulan depan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. - Gambar fail BERNAMA
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.
Di mana 250 rakyat Malaysia?
Kementerian Luar masih mengesan 250 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket tawaran pekerjaan di luar negara setakat 7 Mac lalu.
Dewan Negara lulus usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Bajet 2022: Cuepacs harap segala inisiatif penjawat awam dilaksanakan
Cuepacs hargai setiap inisiatif yang menyentuh secara terus penjawat awam seperti bantuan khas kewangan sebanyak RM700 serta GCR.