SRIKANDI muzik yang tidak pernah kenal erti lelah dalam perjuangan seninya, penyanyi-penggubah lagu bertaraf antarabangsa, anak kelahiran Malaysia, Yuna mempersembahkan sebuah EP (extended play) berjudul ‘MASIH YUNA’ dengan 4-trek dalam Bahasa Melayu sepenuhnya buat halwa telinga pendengar di Malaysia yang sudah lama tertunggu-tunggu buah tangan terbaharu darinya.
Lagu-lagu yang terkandung dalam EP ini adalah Menanti, Asing, Masih Sunyi dan Camaraderie merupakan hasil ciptaan Yuna sendiri bersama barisan komposer antarabangsa berbakat dan diterbitkan oleh Yuna Music.
"Syukur Alhamdulillah dengan sambutan memberangsangkan terhadap single Menanti oleh peminat-peminat saya, ramai yang sukakan lagu tersebut kerana maksudnya yang menyentuh jiwa seakan menjemput kembali sebuah memori silam dan juga emosi masa lalu,” kata Yuna.
Yuna tak lupa asal-usul
Enam tahun adalah tempoh yang agak lama buat peminat di Malaysia yang ternanti-nanti bila agaknya Yuna akan kembali menghasilkan karya-karya dalam Bahasa Melayu.
"Sejujurnya saya pun rindu hendak mencipta lagu Melayu, tetapi saya tahu kalau hanya satu mungkin tidak mencukupi, jadi saya hadiahkah empat kesemuanya sekaligus khas buat peminat.
"Sepanjang karier muzik saya, banyak komen yang saya terima daripada peminat bahawa saya sudah lupa diri, lupa dengan Malaysia, dan juga lupa kepada peminat-peminat di Malaysia.
"Namun, saya tidak ambil hati kerana itu semua tidak betul, saya masih Yuna yang anda kenal, bezanya selepas 10 tahun berada di Amerika Syarikat, banyak pengalaman yang saya timba.
"Album ini ibarat ‘surat cinta’ buat peminat di Malaysia setelah berkelana jauh di negeri orang," ujarnya.
Kekal signatur bunyi Yuna
EP MASIH YUNA masih mengekalkan ‘signature’ bunyi Yuna yang kita rindui tetapi lebih ‘elevated’ dengan paduan nuansa muzik folk, R&B, pop dan juga balada yang melankolik membangkitkan perasaan ‘sendu’ tetapi tidaklah terlalu melara jiwa.
"Ketika dalam proses penghasilan EP ini, saya fokuskan terhadap apa yang peminat di Malaysia mahukan dari saya, cerita saya, perasaan saya, kisah peribadi saya seperti masih berasa sedih dengan kehilangan sepupu rapat yang saya anggap seperti adik sendiri dan mahu berikan yang terbaik agar dia juga turut bangga dengan apa yang telah saya hasilkan.
"Salah satu trek yang terkandung dalam EP ini adalah lagu Camaraderie yang menceritakan tentang kepercayaan terhadap sesebuah perhubungan atau persahabatan yang telah berakhir.
"Saya pasti semua orang pernah mengalami perasaan dikhianati oleh seseorang yang rapat, segala kepercayaan itu hilang dan proses ‘healing’ itu agak berat tetapi jangan biarkan perasaan itu mengawal diri, kita perlu bangkit dan terus maju ke hadapan dengan penuh keyakinan," tambahnya.
Siapkan dua bulan di LA
Menurut Yuna, lebih kurang dua bulan masa yang diperuntukkan untuk menyiapkan keseluruhan EP dan hanya di lakukan di rumah sahaja di Los Angeles, Amerika Syarikat.
"Saya hanya membataskan selama tiga jam sahaja tempoh bekerja di hadapan komputer dan perlu disiplin ambil masa untuk berehat kerana tidak mahu terlalu ‘overwork’, lagi pula tidak bagus jika terdedah dengan bunyi yang kuat dalam jangka masa yang lama," ceritanya.
Single Menanti yang telah dilancarkan pada 18 Mac lalu turut dihasilkan dengan sebuah video lirik yang menampilkan visual menarik menggamit emosi ‘sendu’ para penonton.
"Setakat ini, hanya video lirik Menanti sahaja yang dihasilkan dan lain-lain masih lagi dalam perancangan.
"Saya harap peminat semua akan sukakan EP MASIH YUNA ini kerana ia sangat istimewa, dan saya seronok menghasilkannya. Dan buat mereka yang baharu mula mengenali muzik saya, ini adalah peluang terbaik buat anda untuk lebih menghargai karya-karya saya, terima kasih kepada peminat yang selalu menyokong dari mula hingga sekarang.
"Perjalanan muzik saya di Malaysia dan juga Amerika Syarikat bukanlah sesuatu yang mudah, terlalu banyak cabarannya dan adakalanya saya rasa putus asa, tapi peminat-peminat Malaysialah yang selalu memberi kata-kata semangat, jadi EP ini adalah hadiah buat anda!" katanya bersemangat.
Lagu-lagu yang terkandung dalam EP MASIH YUNA boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.
Manakala audio single dan video lirik EP tersebut boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Yuna.
Gempak
Sun Jul 23 2023
!['Banyak komen kata saya lupa diri' - Yuna hadiahkan MASIH YUNA, EP penuh bahasa Melayu 'Banyak komen kata saya lupa diri' - Yuna hadiahkan MASIH YUNA, EP penuh bahasa Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690081446_Yuna.jpg)
YUNA: Saya harap peminat semua akan sukakan EP MASIH YUNA ini kerana ia sangat istimewa, dan saya seronok menghasilkannya. - Foto GEMPAK
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Selepas kejayaan konsert Yunaverse, Yuna bakal hiburkan peminat di Supalapa Festival Selepas kejayaan konsert Yunaverse, Yuna bakal hiburkan peminat di Supalapa Festival](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71709205005_yuna.jpg)
Selepas kejayaan konsert Yunaverse, Yuna bakal hiburkan peminat di Supalapa Festival
Yuna memberitahu persembahan itu juga merupakan kesinambungan konsert Yunaverse yang diadakan pada tahun lalu.
![Kuching pilihan Yuna untuk konsert jelajah Asia Kuching pilihan Yuna untuk konsert jelajah Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690081446_Yuna.jpg)
Kuching pilihan Yuna untuk konsert jelajah Asia
Penganjur yakin jelajah pada 27 Okt di Hikmah Exchange itu akan mendapat sambutan luar biasa susulan imej Yuna yang tidak asing lagi.
!['Banyak komen kata saya lupa diri' - Yuna hadiahkan MASIH YUNA, EP penuh bahasa Melayu 'Banyak komen kata saya lupa diri' - Yuna hadiahkan MASIH YUNA, EP penuh bahasa Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41690081446_Yuna.jpg)
'Banyak komen kata saya lupa diri' - Yuna hadiahkan MASIH YUNA, EP penuh bahasa Melayu
Lagu-lagu yang terkandung dalam EP ini adalah Menanti, Asing, Masih Sunyi dan Camaraderie merupakan hasil ciptaan Yuna sendiri.
![Belum rezeki saya dan suami dikurniakan anak - Yuna Belum rezeki saya dan suami dikurniakan anak - Yuna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683159583_YunaAdam.jpg)
"Belum rezeki saya dan suami dikurniakan anak" - Yuna
Yuna dan suami, Adam Sinclair tidak tersinggung dengan soalan bila mahu menambah ahli keluarga selepas lima tahun berkahwin.
![Dituduh perli Siti Nurhaliza, Aubrey Suwito beri penjelasan komen the knives are out Dituduh perli Siti Nurhaliza, Aubrey Suwito beri penjelasan komen the knives are out](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71653303649_TBSITINYC.jpg)
Dituduh perli Siti Nurhaliza, Aubrey Suwito beri penjelasan komen "the knives are out"
Segalanya bermula apabila produser muzik, JD mempersoalkan sama ada artis-artis yang wajah mereka terpampang di billboard Times Square di New York pernah membuat persembahan di kota tersebut.
![12 jam bertarung nyawa, anak saudara Yuna meninggal dunia akibat COVID-19 12 jam bertarung nyawa, anak saudara Yuna meninggal dunia akibat COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652757376_Yunapemergiananak.jpg)
12 jam bertarung nyawa, anak saudara Yuna meninggal dunia akibat COVID-19
Arisa Naura menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.
![Aizat kini di Los Angeles, tinjau peluang kembang kerjaya Aizat kini di Los Angeles, tinjau peluang kembang kerjaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81634890246_TBYUNAAIZAT.jpg)
Aizat kini di Los Angeles, tinjau peluang kembang kerjaya
Penyanyi Yuna sedia membantu untuk memberi panduan dan memperkenalkan Aizat kepada karyawan muzik Amerika Syarikat.
![Selepas Yuna dan Layla Sania kini giliran Dolla hiasi kota New York Selepas Yuna dan Layla Sania kini giliran Dolla hiasi kota New York](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81632295441_dolla.jpg)
Selepas Yuna dan Layla Sania kini giliran Dolla hiasi kota New York
EQUAL merupakan program global yang dibawakan dalam memupuk ekuiti atau mengetengahkan penglibatan artis wanita di seluruh dunia.
![Tingkatkan kebolehpasaran diri di Taylor's Future Movement Tingkatkan kebolehpasaran diri di Taylor's Future Movement](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626341041_TBMASHMARINANICOLEYU.jpg)
Tingkatkan kebolehpasaran diri di Taylor's Future Movement
Ia bagi memastikan graduan tempatan terus mempunyai kebolehpasaran luas dalam industri pekerjaan di dalam negara dan antarabangsa.
![Yuna terpilih jadi penghias kulit depan 'Vogue Singapore' Yuna terpilih jadi penghias kulit depan 'Vogue Singapore'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61617093417_Yuna.jpg)
Yuna terpilih jadi penghias kulit depan 'Vogue Singapore'
Yuna menempa sejarah peribadi apabila terpilih sebagai penghias muka depan majalah fesyen terkenal Singapura, Vogue Singapore.