Banyak syarikat dalam sektor tambahan yang mahu beroperasi pada fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kecewa kerana mereka masih tidak dapat mengakses sistem aplikasi operasi perniagaan walaupun selepas 4 petang semalam.
Permohonan itu telah dibuka mulai Isnin, dari jam 9 pagi.
Semua permohonan mesti dibuat secara dalam talian menerusi laman web Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di www.miti.gov.my. Hanya aplikasi lengkap dan memenuhi syarat yang ditetapkan akan diproses.
Banyak perniagaan menyuarakan kekecewaan mereka pada platform media sosial Twitter atas ketiadaan perkhidmatan aplikasi dalam talian itu walaupun MITI memberi jaminan bahawa ia boleh diakses selepas pukul 4 petang Isnin.
@ charleslee825 dan @Tijijen menggambarkan masalahnya dengan kapsyen "dissapointed" (kecewa), @Durgasenid, manakala @rusdiAB berkata "Still system down" (sistem masih tidak beroperasi), dengan mengutarakannya kepada twitter rasmi MITI, @MITIMalaysia dan beberapa tweeter berkaitan mengenai isu itu.
@zuraizul menulis: Block reason: Access from your Country was disabled by the administrator but why??? i guess that's all for today" (Sebab disekat: Akses dari negara anda telah disekat oleh pihak pentadbir tapi kenapa??? Saya agak itu aje yang boleh dilakukan hari ini).
Syarikat-syarikat berpendapat bahawa MITI tidak melakukan persediaan secukupnya untuk trafik penggunaan twitter yang tinggi di laman webnya kerana permohonan dalam talian untuk penyambungan operasi perniagaan.
Terdahulu, MITI menggantung sistem aplikasi operasi perniagaan dari pukul 2 petang hingga 4 petang Isnin untuk menyelesaikan masalah trafik dalam talian yang tinggi tersebut.
MITI dalam satu kenyataan berkata bahawa trafik dalam talian portal kementerian itu meningkat kepada 176,000 pengguna dalam tempoh dua jam pertama, sejak sistem aplikasi dalam talian membenarkan perniagaan memohon kelulusan beroperasi semasa PKP, dilancarkan pada pukul 9 pagi ini.
"Oleh itu, MITI akan menyusun semula sistem aplikasi dalam talian untuk memastikan bahawa hanya syarikat dalam sektor yang dibenarkan untuk beroperasi, akan dapat mengakses sistem itu," katanya.
Mengikut kenyataan itu, sistem itu mungkin kembali aktif dalam talian pada pukul 4 petang dan syarikat boleh mengemukakan permohonan mereka di https://application.miti.gov.my.
Sementara itu MITI dalam kenyataan terbaharunya memaparkan kerja-kerja konfigurasi sistem yang masih berjalan.
Sementara itu MITI dalam kenyataan terbaharunya memaklumkan kerja-kerja konfigurasi sistem tersebut masih berjalan.
"Pasukan teknikal yang turut dibantu pakar industri daripada sektor swasta telah bergabung tenaga untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan secepat mungkin dan sistem dijangka akan kembali beroperasi pada pukul 6.00 petang.
"Sistem ini akan beroperasi 24 jam selepas isu-isu itu dapat diselesaikan. MITI komited dalam menyelesaikan masalah teknikal ini dan menghargai kesabaran pihak industri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 13 2020

MITI dalam kenyataan terbaharunya memaparkan kerja-kerja konfigurasi sistem yang masih berjalan.
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Tangkap itik dalam kolam hidupkan tradisi sukan rakyat di PAT 2025
Rosmariani berkata pertandingan yang memasuki tahun ketiga itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat.

Terap tulisan Jawi dalam seni batik pelihara, martabatkan warisan budaya
Hasil karya tersebut berpotensi menembusi pasaran global serta membantu menyokong artisan batik dan penulis khat tempatan.

PBB seru Israel benarkan akses ke utara Gaza untuk operasi kemanusiaan
PBB pada Isnin mendesak Israel untuk membenarkan akses kemanusiaan ke Utara Gaza, menekankan keperluan mendesak di kawasan itu.

Pelajar dapat akses maklumat, kajian dua minggu lagi - PM
Akses tersebut diberikan melalui perkomputeran awan dan dikoordinasikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

Meta Platforms bakal tamatkan akses berita Kanada
Perundangan itu memaksa Meta membayar pautan atau kandungan yang platform itu siarkan.

Banjir: SKMM telah diminta tambah baik akses internet, telefon di PPS - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata, pihaknya mengambil kira pandangan pihak media dan aduan orang ramai yang terjejas akibat bencana itu.

Facebook, Instagram sekali lagi alami gangguan
Kami sedar beberapa orang menghadapi masalah untuk akses aplikasi dan produk kami, menurut kenyataan Facebook.

Laman web UPUOnline ada masalah, tidak boleh diakses?
Ramai yang teruja namun perasaan itu terbantut seketika apabila ramai mendakwa laman web UPUOnline menghadapi masalah.

Vaksin COVID-19: Kanada sumbang 100 juta dos kepada negara miskin
Kanada adalah antara empat negara yang memenuhi garis panduan yang ditetapkan 'ACT mechanism' dalam mengedarkan vaksin secara global.

Waspada! Ini amaran cara baharu penggodam peroleh akses ke WhatsApp anda
Penggodam boleh berulang kali meminta pengesahan pengesahan dua faktor pada akaun WhatsApp yang sekaligus akan membuatkan akaun digantung.

Pelaksanaan JENDELA di landasan tepat, capai sasaran - Saifuddin
Fokus Fasa 1 JENDELA diberikan kepada usaha memperluaskan akses jalur lebar talian tetap berkelajuan gigabit kepada 7.5 juta premis.

Vaksin COVID-19: AS umum langkah terbaharu program vaksinasi
Rakyat perlu terus waspada susulan gelombang keempat yang dijangka berlaku.