Kerajaan diharap dapat memperbanyakkan tempat bagi artis mural berkarya misalnya mewartakan sesuatu kawasan atau mengadakan dinding khas untuk golongan seni itu 'mencurahkan' kreativiti mereka.
Pelukis mural, Abdul Hadi Ramli, 27, berkata ia bukan sahaja sebagai platform untuk menunjukkan hasil seni, namun pada masa sama mampu mengindahkan kawasan selain 'menghidupkan' tempat berkenaan.
"Kebanyakan pelukis mural ini mahu ekspresikan karya mereka pada dinding, dan kalau kita lihat sebenarnya ramai artis seni yang berpotensi di negara ini tetapi tidak diberikan ruang dan peluang.
" Kami pun sebenarnya hasilkan ia (lukisan mural) secara bersahaja untuk suka-suka, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ada board laman seni, jadi saya rasa ia mungkin boleh dinaik taraf supaya lebih banyak karya seni dapat dihasilkan," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program 'Darah Muda' terbitan Bernama TV malam tadi.
Abdul Hadi merupakan seorang daripada pelukis mural gergasi pemimpin negara termasuk potret Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam bersama dua rakannya, Muhammad Suhaimi Ali, 27, dan Muhamad Firdaus Nordin, 26.
Bagaimanapun, baharu sahaja 'berusia' dua minggu, 'pameran' mural gergasi memaparkan wajah pemimpin negara di dinding sebuah bangunan itu telah dicemari vandalisme dengan contengan semburan cat merah memaparkan kata-kata yang tidak menyenangkan, tiga hari lepas.
Keadaan itu telah menyebabkan seluruh lukisan di dinding itu terpaksa dipadam dengan cara dicat semula dengan warna putih.
Mengulas mengenai perkara itu, Abdul Hadi mengakui kecewa dengan tindakan orang awam yang mungkin 'buta seni' itu sehingga tergamak melakukan perkara berkenaan, namun beliau dan rakan-rakan tetap positif dan menganggap ia sebagai suatu cabaran dalam industri itu.
"Siapa yang tak kecewa melihat karya diconteng dengan kata-kata kesat, rasa penat lelah tidak dihargai, tapi kita sentiasa positif, lepas dapat maklum balas daripada orang ramai yang turut tidak bersetuju dengan perkara itu, kami lagi bersemangat untuk menghasilkan mural lain, ia juga sebagai pemangkin semangat," katanya.
Jelasnya, hasil mural itu juga mampu meningkatkan ekonomi kawasan terbabit, justeru, karya itu perlu dipelihara dan dijaga.
"Seni itu bertujuan mencantikkan kawasan bukan memburukkan dan menjadi tarikan orang ramai, selain dapat membina ekonomi di situ, contohnya kawasan Seksyen U12, Shah Alam, pada asalnya orang tak tahu tapi disebabkan mural ini, orang dah mula beri perhatian," kata lulusan Sarjana Seni Halus dan Teknologi Universiti Teknologi Mara itu.
Mengulas perjalanan mereka selepas ini, Abdul Hadi berkata beliau dan rakan-rakan dalam perancangan untuk menghasilkan mural yang berskala besar dan di lokasi kedudukan yang tinggi bagi mengelakkan karya mereka dimusnahkan orang awam sekali lagi.
Beliau turut menasihati pelukis mural untuk menghindarkan karya yang berbentuk negatif sehingga memberi pengaruh tidak baik kepada masyarakat khususnya generasi muda.
"Mural ini juga bertujuan mendidik masyarakat, ada maksudnya tersendiri, macam mural yang kami hasilkan itu, ia sebagai tanda terima kasih kepada pengorbanan pemimpin negara mendepani pandemik COVID-19, bagaimana pemimpin ini tangani dengan baik," katanya yang bercita-cita supaya karya mereka dapat dipamerkan di Balai Seni Negara pada masa hadapan.
Bernama
Thu Jul 23 2020

Abdul Hadi Ramli harap kerajaan memperbanyakkan tempat bagi artis mural berkarya. -Gambar BERNAMA
Eda Ezrin 'Bae Soba Bae' yakin akan dibebaskan
Penyanyi wanita sohor Kelantan, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail peRcaya dia akan dibebas dari Penjara Wilayah Narathiwat tidak lama lagi.

Perlis laksana waktu bekerja fleksi sepanjang Ramadan
Keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 26 Feb lepas bagi menjaga kebajikan penjawat awam di Perlis.
DUN Ayer Kuning: Perak serah notis kekosongan kepada SPR
Speaker Dewan Undangan Negeri Perak menyerahkan notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserahkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Jumaat.
Ramadan: Kakitangan kerajaan Perlis nikmati waktu kerja anjal
Semua kakitangan Kerajaan Negeri Perlis akan menikmati jadual waktu kerja anjal dari Isnin hingga Khamis, manakala Jumaat bekerja separuh hari sepanjang Ramadan ini.

Kementerian pandang serius kewujudan akaun palsu - Teo Nie Ching
Kementerian Komunikasi memandang serius kewujudan akaun media sosial palsu yang semakin berleluasa di negara ini.

Undang-undang pengamal perubatan tradisional tidak berdaftar berkuat kuasa esok
Ini berikutan fasa dua penguatkuasaan akta itu yang bermula 1 Mac 2021 untuk pengamal perubatan tradisional berdaftar dengan KKM, tamat hari ini.

Agenda Bumiputera perlu berterusan, dekat dengan PM - Noor Azlan
Noor Azlan tekankan agenda Bumiputera mesti berterusan dan dilaksana secara tersusun agar tidak jadi isu sementara yang dilupakan.
AWANI Ringkas: Penyanyi 'Bae Soba Bae' yakin dibebaskan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pengiktirafan halal, luaskan pasaran produk Baba’s
Pengiktirafan sijil halal ke atas produk Baba's bukan sahaja meningkatkan kepercayaan pengguna tetapi turut membuka peluang lebih luas bagi syarikat itu meneroka pasaran baharu.

Tiada siasatan kartel beras dibuka - MyCC
Iskandar berkata, menteri telah menyatakan di Parlimen bahawa tidak timbul isu atau amalan persekongkolan bidaan dalam industri beras dan padi negara.

Banyakkan kawasan untuk artis mural berkarya - Pelukis
Ia bukan sahaja sebagai platform untuk menunjukkan hasil seni, namun pada masa sama mampu mengindahkan kawasan selain 'menghidupkan' tempat berkenaan.