PADANG BESAR: Bapa kepada atlet lompat jauh atlet lompat jauh paralimpik sensasi negara, Abdul Latif Romly, 23, membayar nazar dengan membotakkan kepalanya selepas anaknya itu memperolehi pingat emas pada acara lompat jauh T20 di Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo, Jepun pada Sabtu.
Romly Mat, 70, menyimpan hasrat tersebut seandainya ditakdirkan menjadi rezeki anak kesayangannya itu mengharumkan nama negara di kejohanan sukan antarabangsa itu.
Kata Romly, dia juga sudah tidak sabar menanti kepulangan Abdul Latif setelah lebih dua tahun tidak bertemu dan hanya melepaskan rindu menerusi panggilan video.
Warga emas itu juga dalam masa sama memahami anaknya kini menjadi kesayangan seluruh rakyat Malaysia selepas kejayaan merangkul emas dalam temasya ulung dunia itu.
“Bila dia (Abdul Latif) menang (memang) nak botak kepala, itu sahaja (yang terfikir)… sehari dia sebelum (kejohanan) itu ada juga rasa dia nak dapat emas tu,” kata Romly.
BACA: Paralimpik Tokyo 2020: Meskipun cedera, Latif terus 'terbang tinggi', sumbang emas ketiga negara
BACA: Jurulatih tidak halang Abdul Latif beraksi dalam kategori normal
Sementara itu, ibu atlet itu, Salmah Yatim, 64, pula sudah menjangka anak istimewanya itu akan membawa pulang emas sekali gus mengharumkan nama negara kerana semangat juang Abdul Latif yang tinggi sejak kecil.
Semalam, Salmah bersama suami menyaksikan kejayaan anak bongsu daripada tujuh beradik itu menerusi televisyen bersama ahli keluarga yang lain
Bahkan, sepanjang dua jam acara berlangsung, Salmah tidak putus-putus mendoakan kejayaan buat anaknya itu.
Salmah turut memaklumkan mereka sekeluarga bercadang mengadakan majlis kesyukuran di rumah bagi meraikan kejayaan Abdul Latif.
Dalam masa sama, Salmah mendedahkan, anaknya itu ada menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan wanita pilihannya.
“Calon sudah ada, itu girlfriend (teman wanita) sejak dari sekolah lagi,” kata Salmah lagi.
Abdul Latif memulakan lompatan dengan jarak 7.28 meter (m) sebelum meningkat kepada 7.45 m pada lompatan kedua yang menjadi jarak lompatan tertingginya sehingga dinobatkan juara.
Lompatannya bagaimanapun merosot sedikit pada lompatan ketiga yang merekodkan 7.24 m sebelum lompatan keempatnya dibatalkan.
Sementara lompatan kelimanya pula sekadar mencatatkan 5.64 m kerana dia mengalami kecederaan sehingga tidak dapat meneruskan lompatan terakhirnya.
Namun itu tidak mengubah kedudukannya sebagai juara bagi anak kelahiran Paya Kelubi, Bukit Keteri, Perlis itu.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Sep 05 2021
![Bapa Abdul Latif bayar nazar dengan cukur kepala Bapa Abdul Latif bayar nazar dengan cukur kepala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71630839134_GuntingRambutBota.jpg)
Romly Mat membotakkan kepala sebagai bernazar berikutan kejayaan anaknya, Abdul Latif memperolehi pingat emas pada acara lompat jauh T20 di Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo, Jepun pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI
![11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan 11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739633529_termasukkanakka.jpg)
11 individu kandas di Lata Perangin berjaya diselamatkan
Pasukan bomba berjaya menyelamatkan 11 mangsa yang terkandas di Lata Perangin, Tanjung Malim, petang tadi.
Dua maut,puluhan cedera bas terjunam
Dua maut, puluhan cedera selepas bas yang dinaiki mereka terjunam dari jambatan yang runtuh di Chancay,Peru, menurut pihak berkuasa pada Jumaat waktu tempatan.
Hampir 1,500 pengunjung, pencari kerja hadir hari pertama karnival MFJ x SPA 2025
Hampir 1,500 pencari kerja tidak melepaskan peluang pada hujung minggu dengan menyertai Karnival Kerjaya MYFutureJobs (MFJ) X Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) 2025 yang bermula di ibu negara, pada Sabtu.
Kerajaan digesa haramkan penjualan vape di kedai serbaneka
Kerajaan digesa untuk segera mengharamkan penjualan vape dan rokok elektronik di kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit serta mana-mana premis yang memudahkan akses kepada golongan muda tanpa kawalan yang ketat.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
8 individu sebar kandungan jelik, palsu diambil keterangan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah merakam keterangan lapan individu disyaki memuat naik kandungan bersifat palsu dan jelik terhadap institusi diraja khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
![Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71645583501_TBSINNER.jpg)
Jannik Sinner terima penggantungan tiga bulan selepas didapati positif doping
Pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, menerima hukuman penggantungan serta-merta selama tiga bulan daripada menyertai kejohanan tenis.
Akibat lewat bayar gaji, penyelia kedai runcit maut ditetak berkali-kali
Disebabkan pertengkaran akibat kelewatan pembayaran gaji, seorang penyelia kedai runcit ditetak berkali-kali menggunakan pisau pemotong daging oleh pekerjanya di hadapan deretan kedai di Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Dua beradik berusia 10, 15 tahun hilang dari rumah
Dua beradik berusia 10 dan 15 tahun hilang selepas keluar dari sebuah pangsapuri dekat Taman Harmoni, Seri Kembangan, Selangor sejak Khamis lalu.
![Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738745035_TBAnwarIbrahim.jpg)
Pertumbuhan kukuh KDNK bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI - PM Anwar
Pertumbuhan kukuh Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencatatkan 5.1 peratus pada 2024 membuktikan keberkesanan dasar Ekonomi MADANI, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
![Paralimpik Paris 2024: Kecederaan otot perut jejas emas hatrik Latif Romly Paralimpik Paris 2024: Kecederaan otot perut jejas emas hatrik Latif Romly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725754842_AbdulLatifRomly.jpg)
Paralimpik Paris 2024: Kecederaan otot perut jejas emas hatrik Latif Romly
Latif mula mengesan kecederaan tersebut sewaktu menjalani latihan di Paris sehingga mengakibatkannya sukar bernafas.
![Kereta dicuri, emas pengganti duka Abdul Latif Kereta dicuri, emas pengganti duka Abdul Latif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698284738_AbdulLatifRomly.jpg)
Kereta dicuri, emas pengganti duka Abdul Latif
Atlet kelahiran Perlis itu kehilangan kereta beberapa minggu sebelum berlepas ke bumi Hangzhou.
![Sukan Para Asia: Ketampanan Abdul Latif jadi 'kegilaan' Sukan Para Asia: Ketampanan Abdul Latif jadi 'kegilaan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697880353_AbdulLatifRomly.jpg)
Sukan Para Asia: Ketampanan Abdul Latif jadi 'kegilaan'
Ketampanan jaguh lompat jauh para negara Datuk Abdul Latif Romly mencuri perhatian ramai terutama kaum wanita ketika acara larian obor temasya Sukan Para Asia 2022, di sini hari ini.
![Abdul Latif raih emas di Paris, layak ke Sukan Paralimpik 2024 Abdul Latif raih emas di Paris, layak ke Sukan Paralimpik 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689594549_AbdulLatif.jpg)
Abdul Latif raih emas di Paris, layak ke Sukan Paralimpik 2024
Abdul Latif menjadi atlet para kedua layak ke Paris selepas Muhammad Ziyad Zolkefli yang meraih pingat perak acara lontar peluru.
![Latif Romly kini bergelar suami Latif Romly kini bergelar suami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670923092_LatifRomly.jpg)
Latif Romly kini bergelar suami
Atlet paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly, 25, kini bergelar suami kepada Nurul Nabila Farhana, 25, dalam sebuah majlis ijab kabul yang diadakan pagi tadi.
![Abdul Latif 'terbang' tinggi di APG, bakal tamatkan zaman bujang Abdul Latif 'terbang' tinggi di APG, bakal tamatkan zaman bujang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659415053_AbdulLatifRomly.jpg)
Abdul Latif 'terbang' tinggi di APG, bakal tamatkan zaman bujang
Abdul Latif membuat lompatan sejauh 7.20 meteruntuk memastikan beliau membawa pulang emas dalam setiap penampilannya sejak edisi 2013 di Myanmar.
![Abdul Latif seakan tidak percaya terima gelaran Datuk Abdul Latif seakan tidak percaya terima gelaran Datuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/41644450012_AbdulLatifgelaran.jpg)
Abdul Latif seakan tidak percaya terima gelaran Datuk
Anak jati Perlis itu bersyukur kerja kerasnya selama ini berbaloi dan dihargai seluruh negara.
![Abdul Latif terima insentif RM150,000 daripada kerajaan negeri Perlis Abdul Latif terima insentif RM150,000 daripada kerajaan negeri Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/71632829646_TBABDULLATIFjpg.jpg)
Abdul Latif terima insentif RM150,000 daripada kerajaan negeri Perlis
Jaguh lompat jauh negara Abdul Latif Romly menerima insentif berjumlah RM150,000 daripada Kerajaan Negeri Perlis sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan beliau.
![Kakak rahsiakan keluarga dijangkiti COVID-19 daripada Latif Romly Kakak rahsiakan keluarga dijangkiti COVID-19 daripada Latif Romly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41631004047_latifromly.jpg)
Kakak rahsiakan keluarga dijangkiti COVID-19 daripada Latif Romly
Rahayu dan empat anaknya disahkan positif koronavirus bulan lalu sehingga terpaksa dibawa ke PKRC di MAEPS Serdang sebelum dibenarkan pulang Khamis lalu.
![Abdul Latif hanya balik rumah selepas jalani pemulihan Abdul Latif hanya balik rumah selepas jalani pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/61630946159_AbdulLatifRomly.jpg)
Abdul Latif hanya balik rumah selepas jalani pemulihan
Abdul Latif Romly hanya akan pulang selepas menjalani rawatan pemulihan bagi kecederaan pangkal paha ke rumahnya di Beseri, Perlis.