Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi kandungnya berusia 46 hari pada 15 Februari lalu.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Muhamad Firdaus Saidon, 22, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Anas Mahadzir.
Dia yang bekerja sebagai pemandu didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mengikut pertuduhan dia didakwa menganiaya anak perempuannya, Nurul Ain Umairah, yang baru berusia 46 hari sehingga menyebabkan kematian pada 15 Februari 2018, jam 10.45 pagi.
Dia yang tidak diwakili peguam tidak dibenarkan diikat jamin.
Majistret Muhamad Anas Mahadzir kemudiannya menetapkan 19 April depan sebagai tarikh sebutan semula kes, sementara menunggu laporan kimia dan forensik.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hamzah Azhan.
Khamis lalu, Nurul Ain Umairah, meninggal dunia dipercayai didera selepas mengalami kecederaan teruk termasuk pendarahan dalam kepala serta otak termasuk di bahagian kemaluan.
BACA: Pasangan muda direman bantu siasatan kematian bayi 46 hari
BACA: Selain kemaluan cedera, bayi 46 hari 'makan' lantai, dinding dan pintu
BACA: Bayi perempuan 46 hari meninggal dunia turut digigit di pipi dan badan
BACA: Moyang tidak percaya cicitnya mati didera ibu bapa sendiri
Laporan awal bedah siasat mendapati terdapat beberapa kesan gigitan di pipi serta badan bayi berkenaan.
Bahagian luaran tubuh mangsa juga terdapat kesan lebam dan melecet selain mengalami patah pada rusuk kiri dan kanan, lengan kanan dan peha kiri.
Bapanya mendakwa anak perempuannya enggan meminum susu dan berada dalam keadaan lemah meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Seberang Jaya kira -kira jam 10.45 pagi.
Berikutan itu polis menahan reman ibu bapa bayi berkenaan selama tujuh hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Feb 21 2018
Muhamad Firdaus Saidon, 22, didakwa menganiaya anak perempuannya, Nurul Ain Umairah, yang baru berusia 46 hari sehingga menyebabkan kematian. - Foto Astro AWANI
PM Anwar beri sumbangan kepada dua wanita sempena Tahun Baharu Cina
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada dua wanita di Kuantan, Pahang sempena Tahun Baharu Cina.
Polis siasat pelampung gelongsor timpa pengunjung di Taman Tema I-City
Permainan gelongsor air kaca di i-City yang tular apabila pelampung tiba-tiba terjatuh dan menimpa pengunjung belum mendapat kelulusan MBSA untuk beroperasi.
WEF2025: Decoding World Economic Forum 2025
A wrap-up to the key discussions and outcomes of the World Economic Forum 2025, highlighting some of the world's professionals, industry leaders, and experts. The forum explored the theme "Collaboration for the Intelligent Age," showcasing how global leaders are addressing pressing issues such as geo-economic uncertainty, climate change, and technological innovation. #WEF2025
Kotak hitam masih belum ditemukan, penyiasat masih meneliti perlanggaran udara di AS
Homendy berkata agensinya akan beri ruang kepada pasukan penyelamat untuk menjalankan misi pemulihan sebelum memulakan penyiasatan.
Bursa Malaysia dibuka meningkat seketika sebelum susut
Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FBM KLCI susut 5.31 mata kepada 1,547.38 berbanding paras penutup Selasa pada 1,552.69.
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Bapa didakwa bunuh bayi 46 hari
Bapanya yang bekerja sebagai pemandu didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.