Seorang bapa didakwa di Mahkamah Sesyen Kulim hari ini atas dua pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak kandung perempuannya berusia 14 dan 19 tahun sejak April hingga September tahun ini.
Tertuduh yang berusia 58 tahun itu bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan hakim Ruzaimah Mohd Ridzuan.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan sumbang mahram terhadap mangsa yang berusia 14 tahun di sebuah rumah di sini, antara jam 2.30 pagi 15 April 2020.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh melakukan perbuatan terhadap mangsa berusia 19 tahun pada jam 5 pagi 15 September di alamat yang sama.
Bagi kedua-dua kesalahan itu, tertuduh yang bekerja sebagai petani itu didakwa mengikut Seksyen 376a Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 376b(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman maksimum 30 tahun bagi setiap pertuduhan dan sebatan.
Terdahulu, Hakim, Ruzaimah Mohd Ridzuan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana pertuduhan tersebut merupakan kesalahan serius.
Tertuduh yang diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Fieza Fazlin Fandi tidak mengaku bersalah atas semua pertuduhan terhadapnya.
Hakim menetapkan 26 Oktober depan untuk sebutan semula kes.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Sep 23 2020

Tertuduh (berbaju hitam) bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah sejurus kertas pertuduhan terhadapnya. - Foto Astro AWANI
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Bapa didakwa lakukan sumbang mahram terhadap dua anak kandung
Dia berhadapan dua pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak kandungnya berusia 14 dan 19 tahun sejak April hingga September 2020.