PUTRAJAYA: Seorang pekerja rencam terpaksa meringkuk dalam penjara selama 13 tahun selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya kerana melakukan serangan seksual fizikal ke atas anak perempuan yang berumur 13 tahun lima tahun lepas.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M.Komathy Suppiah turut mengarahkan lelaki itu dikenakan enam sebatan.
Tertuduh, yang sebelum ini dibebaskan dengan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu rayuannya dilupuskan, diperintah memulakan hukuman penjara hari ini.
Dalam keputusan yang dicapai secara sebulat suara, Hadhariah berkata sabitan kesalahan terhadap lelaki itu adalah selamat untuk dikekalkan.
Justeru, beliau berkata panel itu menolak rayuan tertuduh terhadap sabitan serta hukuman dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.
Lelaki berusia 42 tahun itu pada mulanya dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen pada 20 April 2021 daripada pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap anaknya di rumah tidak bernombor di sebuah kampung di Kampar, Perak pada Julai 2018 dan ini menyebabkan pendakwaan merayu kepada Mahkamah Tinggi.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Pada 30 Jun tahun lepas, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen membebaskan lelaki itu.
Mahkamah Tinggi kemudian telah mensabitkan lelaki tersebut dengan kesalahan itu dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dengan dua sebatan selain hukuman tambahan penjara tiga tahun dan empat sebatan sebagaimana yang diperuntuk di bawah Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana tertuduh memiliki hubungan bersifat amanah dengan mangsa memandangkan dia adalah bapa kandungnya.
Mahkamah Tinggi juga memerintahkan tertuduh supaya menjalani kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama tiga tahun selepas selesai hukuman penjara.
Peguam A.Srimurugan mewakili tertuduh manakala Timbalan Pendakwa Raya Solehah Noratikah Ismail dan P. Sarulatha hadir bagi pihak pendakwaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 23 2023
Seorang pekerja rencam terpaksa meringkuk dalam penjara selama 13 tahun selepas mahkamah mengekalkan sabitan dan hukuman terhadapnya kerana melakukan serangan seksual fizikal ke atas anak perempuannya lima tahun lepas. - Gambar hiasan
Jiwa SME: Membawa tradisi sulaman ke dunia fesyen kontemporari
Bersama Pengurus Pemasaran & Jualan, Hanna Rauda berkongsi rahsia keindahan seni sulaman Hanna Rauda, sebuah jenama yang menerapkan warisan sambil kekal relevan di era moden.
Polis siasat kes gambar wanita disunting tanpa pakaian, dijual di laman sosial
Wanita berkenaan mendakwa gambarnya telah disunting dalam keadaan tidak berpakaian serta dijual RM18 sekeping.
#AWANIRingkas 23 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Januari 2025
1️⃣ BRICS perlu ambil pendirian
2️⃣ SPRM tumpaskan sindiket seludup vape
3️⃣ Singapura tubuh jawatankuasa semak sempadan pilihan raya
#awaniringkas
1️⃣ BRICS perlu ambil pendirian
2️⃣ SPRM tumpaskan sindiket seludup vape
3️⃣ Singapura tubuh jawatankuasa semak sempadan pilihan raya
#awaniringkas
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 Januari 2025]
Fokus AWANI Pagi Bersama Afiezy Azaman & Nursyazwani Saiful Sham
Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran – Fadhlina.
2.2 juta kenderaan 'banjiri' lebuh raya bermula Jumaat, PLUS buka 25 Smart Lane.
Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB.
Guru ingin buat kerja sambilan perlu dapatkan kebenaran – Fadhlina.
2.2 juta kenderaan 'banjiri' lebuh raya bermula Jumaat, PLUS buka 25 Smart Lane.
Harga rumah dijangka naik ekoran peningkatan ketara harga bahan binaan - Henry Butcher Real Estate
Tang berkata, pasaran masih belum berada dalam kedudukan yang kukuh dan pemaju tidak dapat menyalurkan kos kepada pembeli rumah.
Berbasikal trek: Boy tanam misi buru gelaran raja pecut negara
Atlet berbasikal trek negara Muhammad Ridwan Sahrom memasang impian untuk menjadi raja pecut berbasikal negara.
Program RTG: Satu bonus buat Fei-Din
Razif mengingatkan juara Terbuka India Super 750 itu supaya bijak merangka perancangan jangka panjang bagi menghindari 'sindrom lesu awal'.
Pengurus rancangan Felda disyaki salah guna kuasa ditahan
Suspek lelaki berusia 43 tahun tersebut telah ditahan kira-kira jam 7 petang, Rabu di pejabat SPRM Johor.
Jakim akan panggil Harith Iskander
Jakim juga telah buat laporan polis bagi siasatan dan tindakan lanjut kerana telah menimbulkan keresahan umat Islam.
Kepala singa hasil tangan Sifu Siow jadi buruan menjelang Tahun Baharu Cina
Hasil kerja tangan beliau bukan sahaja didambakan pelanggan tempatan malah turut laris sehingga ke negara Eropah dan Australia.
Mahkamah tolak rayuan Trump, kekal keputusan kes serangan seksual
Mahkamah Rayuan Persekutuan AS mengekalkan keputusan juri yang mendapati Trump telah melakukan serangan seksual terhadap E. Jean Carroll.
Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Juri menyampaikan keputusan itu selepas enam jam perbincangan semalam, mendapati McGregor bersalah menyerang wanita berusia 35 tahun itu.
Lagi 7 saman baharu difail ke atas Sean 'Diddy' Combs
Dua selebriti yang tidak dinamakan turut diheret dalam dakwaan serangan seksual ke atas remaja berusia 13 tahun pada 2000.
Serangan seksual remaja lelaki 16 tahun antara enam saman baharu ke atas Sean ‘Diddy’ Combs
Enam saman baharu dikemukakan ke atas bintang terkenal Hollywood itu melibatkan serangan seksual yang berlaku antara 1995 hingga 2021.
Sentuh payudara maskot, pemain Sepanyol didenda RM29,000
Pemain bola sepak Sepanyol, Hugo Mallo disabitkan dengan kesalahan serangan seksual kerana menyentuh wanita yang berpakaian sebagai maskot.
Pemain Sepanyol disabit lakukan serangan seksual didenda RM29,000
Bekas pemain Celta Vigo itu didapati telah menyentuh payudara wanita yang memakai kostum burung parkit Espanyol.
Hukuman penjara bapa lakukan serangan seksual ke atas 3 anak perempuan dikurangkan
Dalam penghakimannya, Che Mohd Ruzima berkata perayu gagal membuktikan bahawa Mahkamah Sesyen terkhilaf dalam memutuskan kes itu.
Kanak-kanak 11 tahun jadi mangsa serangan seksual
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dipercayai menjadi mangsa serangan seksual ketika dalam perjalanan pulang dari sebuah kedai runcit di Taman Krubong Jaya dekat sini Selasa lalu.
Tuduhan serangan seksual terhadap McGregor digugurkan
Jurucakap pejabat pendakwa raya memberitahu agensi berita BBC, segala tuduhan terhadap McGregor telah digugurkan.
Sami warga asing diburu buat serangan seksual terhadap wanita tempatan
Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang berkata suspek berusia lingkungan 40-an itu merupakan seorang sami yang berasal dari India.