KUALA NERUS: Bapa kepada kanak-kanak yang maut disengat tebuan di Kampung Tok Jembal, di sini pada Ahad akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak bertanggungjawab menyebabkan kawasan taman permainan di lokasi kejadian menjadi sarang pembiakan serangga berbisa itu.
Mohd Khalid Omar, 40, berkata, tindakan itu akan dibuat bagi memberi pengajaran supaya semua pihak lebih bertanggungjawab dan kejadian menimpa anaknya tidak berulang.
Katanya, longgokan peralatan pembinaan iaitu pelampung dan besi jeti yang ditinggalkan di padang permainan itu sejak empat tahun menjadi tempat serangga itu bersarang.
"Saya dan keluarga terfikir untuk ambil tindakan kerana tidak sepatutnya benda tu ada di kawasan permainan kanak-kanak dan ditinggalkan sejak sekian lama di situ.
"Tindakan ini perlu diambil supaya semua orang prihatin mengenai keselamatan kawasan permainan kanak-kanak dan sentiasa menyelenggaranya dengan baik," katanya ketika ditemui pemberita di sini pada Selasa.
Menurut Mohd Khalid, setakat ini pihak bomba telah bertindak memusnahkan sarang tebuan itu bagi memastikan ia tidak mengancam penduduk setempat.
Namun dia agak kesal kerana belum ada tindakan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membersihkan longgokan barangan yang ditinggalkan.
"Pihak bomba bertindak proaktif dengan memusnahkan sarang tebuan tanah itu, namun, saya agak kesal kerana setakat ini belum ada sebarang tindakan diambil oleh PBT," katanya.
Mengulas perkembangan dua lagi anaknya yang masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Mohd Khalid berkata, keduanya masih belum pulih sepenuhya.
"Kedua-duanya masih dirawat dan dalam pemerhatian rapi pihak hospital namun dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya.
Sementara itu, saksi kejadian, Yahya Abdullah, 70, berkata, ketika kejadian dia melihat tiga adik beradik itu diserang serangga berbisa namun tidak dapat berbuat apa-apa.
"Waktu kejadian puluhan ekor tebuan menyerang dan menyengat ketiga-tiga mereka termasuk Mohd Khalid yang beberapa kali rebah ketika menyelamatkan anaknya.
"Saya terkejut melihat kejadian itu kerana ia pertama kali berlaku di depan mata," katanya.
Menurut Yahya, sebelum ini dia ada mendengar beberapa kanak-kanak tadika berhampiran turut disengat tebuan namun tidak dipastikan dari mana datangnya tebuan itu.
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut akibat disengat tebuan ketika bermain bersama dua kakaknya di taman permainan berhampiran rumah datuknya di Kampung Tok Jembal, di sini, pada Ahad.
BACA: Kanak-kanak lima tahun maut disengat tebuan
Eidrish Mohd Khalid yang disengat kira-kira 60 ekor tebuan disahkan meninggal dunia pada jam 11.20 malam di HSNZ.
Dua kakaknya, Nur Adelia Qaisara,10, dan Nur Aiyris Dania, 7, yang turut disengat haiwan berbisa itu masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSNZ. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 28 2022
Mohd Khalid berkata tindakan itu akan dibuat bagi memberi pengajaran supaya semua pihak lebih bertanggungjawab dan kejadian menimpa anaknya tidak berulang. -Foto Sinar Harian
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru
Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing.
Bapa kanak-kanak maut disengat tebuan mahu ambil tindakan
tindakan itu akan dibuat bagi memberi pengajaran supaya semua pihak lebih bertanggungjawab dan kejadian menimpa anaknya tidak berulang.