PETALING JAYA: Bapa kepada seorang pelakon remaja yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan berkaitan dakwaan serangan seksual dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, di sini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, suspek ditahan sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Petaling Jaya di pekarangan IPD Klang Utara pada jam 4.10 petang, pada Sabtu.
"Tangkapan ke atas suspek adalah bagi membantu siasatan terhadap laporan yang dibuat oleh bekas isteri suspek.
"Kertas siasatan di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah.
"Permohonan reman akan dilakukan di mahkamah esok (Ahad)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Sabtu.
Pada 5 September Sinar Harian melaporkan, suspek membuat laporan di Balai Bandar Baharu, Kedah susulan pendedahan dibuat anaknya dengan mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual dan penderaan bapanya semasa berusia enam tahun.
Susulan itu, pelakon remaja berusia 15 tahun terbabit membuat laporan di IPD Subang Jaya pada 6 September mendakwa serangan seksual terbabit berlaku antara tahun 2013 hingga 2017 semasa ibu mangsa tiada di rumah.
Pada 7 September Sinar Harian melaporkan, suspek yang berusia 43 tahun direman tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul; Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 kerana mengabaikan seorang kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Suspek dilaporkan diserahkan ke IPD Shah Alam pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung satu laporan dibuat mangsa di sini sebelum dirujuk ke IPD Klang Utara, pada Jumaat. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Sep 17 2022

Kertas siasatan dibuat di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan ugutan jenayah. -Gambar hiasan

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

Bapa pelakon remaja sambung reman esok: Polis
Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Shah Alam pada Selasa.