SEOUL: Bapa kepada Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol meninggal dunia pada Selasa, Agensi Berita Yonhap memetik pejabat presiden.
Mendiang Yoon Ki Jung, meninggal dunia pada usia 92 tahun setelah dimasukkan ke Hospital Universiti Nasional Seoul di Seoul.
Yoon dilaporkan bergegas ke hospital selepas menghadiri majlis Hari Pembebasan pada awal hari itu dan dapat berada di sisi bapanya yang juga seorang profesor kehormat di Universiti Yonsei pada saat-saat terakhirnya.
"Untuk memastikan tiada kekosongan dalam urusan negara, Presiden Yoon memutuskan untuk mengadakan upacara pengebumian keluarga," kata pejabat itu sambil menambah kunjungan takziah atau bunga tidak akan diterima.
Mendiang Yoon, graduan ekonomi Universiti Yonsei, mendedikasikan kerjayanya untuk mengajar statistik gunaan dari 1973 hingga 1997.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2023
Yoon dilaporkan bergegas ke hospital selepas menghadiri majlis Hari Pembebasan pada awal hari itu dan dapat berada di sisi bapanya yang juga seorang profesor kehormat di Universiti Yonsei pada saat-saat terakhirnya. - Gambar fail/Twitter Bernama
Tumpuan Isnin – 3 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
Jepun lancar roket H3 pembawa satelit navigasi Michibiki
Jepun pada Ahad melancarkan satelit navigasi Michibiki dengan menggunakan Roket H3 No. 5 dari Pusat Angkasa Tanegashima di Wilayah Kagoshima.
Ribuan bantah pengusiran imigran di Atlanta
Ribuan berhimpun di sepanjang lebuhraya Buford di Atlanta, Georgia selepas pihak Jabatan Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) Amerika Syarikat mengumumkan pelaksanaan operasi bersasar di metro Atlanta. Ia sebagai tanda protes terhadap tindakan itu yang dilaksana dibawah arahan Presiden Donald Trump sejurus pelantikannya kembali ke White House minggu lalu.
Lelaki ditahan disyaki seludup motosikal dari negara jiran
Polis menahan seorang lelaki, semalam, dipercayai menyeludup masuk motosikal Yamaha RXZ dan komponen enjin dari negara jiran.
Netanyahu ke Washington bertemu Trump
Netanyahu, pemimpin asing pertama yang membuat kunjungan sejak pelantikan Trump bulan lalu, meninggalkan Israel ketika gencatan senjata di Gaza masih berjalan dan rundingan fasa kedua dijangka bermula minggu ini.
Kesiapsiagaan berdepan gelombang kedua banjir
Bersama Mohtar Samat, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Sarawak bagi membincangkan Kesiapsiagaan berdepan gelombang kedua banjir
Bapa Presiden Korea Selatan meninggal dunia pada usia 92 tahun
Bapa kepada Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol meninggal dunia pada Selasa, Agensi Berita Yonhap memetik pejabat presiden.