Ringkasan AI
- Seorang lelaki berusia 30-an ditahan polis tidak sampai 24 jam selepas mencabul anak saudaranya yang berusia 14 tahun di sebuah kampung. Kejadian berlaku ketika mangsa berada di rumah neneknya.
- Mangsa memberitahu ibunya tentang kejadian tersebut, dan satu laporan polis dibuat. Polis bertindak pantas mengesan dan menahan suspek di daerah tersebut.
- Suspek dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya, dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Champin Piuh berkata, tangkapan itu berjaya dibuat susulan satu laporan polis dibuat oleh mangsa.
"Kejadian berlaku ketika mangsa sedang menonton televisyen di rumah neneknya. Ketika itu, mangsa telah didatangi bapa saudaranya dan tiba-tiba bertindak meraba bahagian badannya secara paksa.
"Mangsa yang berasa takut telah memberitahu ibunya sebelum satu laporan polis dibuat berhubung kejadian itu," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, berdasarkan laporan tersebut sepasukan polis bertindak pantas mengesan dan menahan suspek di daerah ini.
"Suspek kemudian dibawa ke balai polis untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan," katanya. -Sinar Harian
