KUALA KRAI:"Arwah tidak henti-henti berpesan kepada saya supaya membawa baju Melayu kesayangan, pemberian kakak sulungnya Rabiatul Fitri ke tempat perpindahan," luah Mohd Rahim Mohd Yusof, 53, bapa allahyarham Mohammad Hakimin yang terkorban ketika membantu mangsa banjir berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Mohd Rahim dari Kampung Manjor berkata dia terkilan tidak dapat memenuhi pesanan terakhir arwah Mohammad Hakimin, 20, berikutan keadaan kelam-kabut berdepan banjir.
"Saya tidak mengendahkan pesanan itu memandangkan banjir kali ini bukanlah seteruk 2014, jadi saya beranggapan jika tidak bawa ke tempat pemindahan pun tidak mengapa... namun sampai ke hari ini saya masih teringat pesanan arwah itu dan merasa terkilan kerana tidak memenuhi pesanan terakhirnya," katanya dalam nada sebak.
Mohd Rahim berkata demikian ketika ditemui di Majlis Misi Bantuan Banjir McDonald's Malaysia bersama Balai Polis Kuala Krai di Sekolah Kebangsaan Pemberian di sini hari ini.
Turut hadir Pengurus Operasi McDonald's Malaysia Bahagian Pantai Timur Safna Sepian, Ketua Polis Daerah Kuala Krai Supt Suzaimi Mohamad, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai DSP Kamarulzaman Harun dan Ketua Jajahan Kuala Krai Tengku Ab Rahman Tuan Yunus.
BACA: Letih bantu mangsa banjir, pemuda ini pitam dan terjatuh dari perahu lalu lemas
BACA: Remaja lemas bantu mangsa banjir: Ibu pelik arwah makan 'nasi dingin'
Berkongsi mengenai anak keempat daripada enam beradik itu, Mohd Rahim menyifatkan Mohammad Hakimin seorang yang ringan tulang dan sering membantu penduduk kampung bukan sahaja ketika musim banjir.
"Selepas pemergian arwah rata-rata penduduk kampung serta rakan-rakannya tidak henti-henti menziarahi kami sekeluarga selain turut menghargai jasa arwah yang sering membantu bukan sahaja ketika banjir tetapi setiap kali penduduk kampung memerlukan bantuan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, Mohammad Hakimin ditemukan lemas di Kampung Manjor di sini pada Rabu lalu selepas terjatuh dari perahu ketika membawa mangsa banjir ke PPS.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, mangsa tiba-tiba pengsan lalu terjatuh ke dalam sungai sewaktu mendayung perahu ketika membawa dua penumpang untuk ke PPS berdekatan.
Mangsa dikatakan terlalu kepenatan dan mengalami kekejangan berikutan cuaca sejuk semasa membantu penduduk kampung sejak awal pagi hingga malam.
Pemergian Mohammad Hakimin tular di media sosial dan mendapat perkongsian ramai termasuk bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di laman Facebook beliau dan natizen dipuji sebagai 'wira tidak didendang' yang membantu penduduk sehingga bergadai nyawa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 09 2021

Mohd Rahim dari Kampung Manjor berkata dia terkilan tidak dapat memenuhi pesanan terakhir arwah Mohammad Hakimin, 20, berikutan keadaan kelam-kabut berdepan banjir.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bapa terkilan tidak tunai pesanan akhir Mohammad Hakimin
"Arwah tidak henti-henti berpesan kepada saya supaya membawa baju Melayu kesayangan, pemberian kakak sulungnya Rabiatul Fitri ke tempat perpindahan," luah Mohd Rahim Mohd Yusof, 53, bapa allahyarham M