Penduduk bandar Tawau digemparkan dengan tindakan seorang lelaki yang bertindak nekad terjun dari sebuah bangunan di Jalan Kuhara, di sini, pada Isnin.
Dalam kejadian pada jam 12.08 tengah hari itu, lelaki berusia 48 tahun yang juga bapa kepada tiga anak itu nyaris maut apabila bertindak melompat dari tingkat lima bangunan tersebut.
Dia bagaimanapun terselamat setelah jatuh di atas bumbung kereta jenis Proton Saga dan mengakibatkan kerosakan teruk pada kenderaan tersebut.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berkaitan kejadian tersebut dan tiba di lokasi kejadian pada jam 12.15 tengah hari.
"Pemeriksaan awal mendapati lelaki berkenaan masih sedarkan diri namun mengalami patah tulang kaki kiri dan tulang bahu kanan.
"Lelaki berkenaan kemudian dikejarkan ke Hospital Tawau dengan sebuah ambulan untuk mendapatkan rawatan dan lelaki berkenaan kini dilaporkan dalam keadaan stabil.
"Siasatan secara lisan ke atas lelaki berkenaan mengakui bahawa tekanan kewangan yang dihadapinya selain hutang yang ditanggung mendorong kepada tindakannya untuk membunuh diri," kata Peter.
Menurut Peter, siasatan kini diteruskan di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.
*Individu yang berhadapan kemurungan dan memerlukan seseorang untuk mendengar dan berkongsi masalah boleh menghubungi Befrienders di Kuala Lumpur dan Selangor pada talian 03-79568145 atau e-mel [email protected]
Petrus Bernard
Tue Jan 28 2020

Penduduk bandar Tawau digemparkan dengan tindakan seorang lelaki yang bertindak nekad terjun dari sebuah bangunan di Jalan Kuhara, di sini, pada Isnin.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Bapa tiga anak lumpuh akibat kelapa jatuh atas kepala
Abdul Latif sedar dari koma selama tiga bulan selepas menerima rawatan di HUSM susulan kejadian pada 10 Mac lalu.

Bapa tiga anak terlepas hukuman mati edar dadah
Hakim membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohammad Hafizuddin di akhir kes pendakwaan.

Kes tukar agama: Bapa 3 anak didenda hina mahkamah
Seorang bapa yang didakwa melarikan tiga anaknya dan mendaftarkan mereka sebagai mualaf tanpa kebenaran bekas isterinya, didenda RM20,000 oleh Mahkamah Tinggi kerana menghina mahkamah.

Bapa 3 anak dihukum gantung sampai mati miliki dadah
Tertuduh yang merupakan seorang penganggur hanya tunduk diam sambil menitiskan air mata ketika hukuman itu dijatuhkan hakim.

Bapa tiga anak nekad terjun tingkat lima akibat hutang
Lelaki berusia 48 tahun yang juga bapa kepada tiga anak itu nyaris maut apabila bertindak melompat dari tingkat lima bangunan tersebut.