SHAH ALAM : Walaupun sudah 16 tahun berlalu, kisah kematian tragis seorang kanak-kanak, Nurin Jazlin masih segar dalam ingatan dan lebih memilukan apabila baru-baru ini bapanya, Jazimin Abdul Jalil mengucapkan selamat ulang tahun ke-24 buat anak perempuannya itu.
Jazimin menulis pesanan hari lahir berkenaan dengan menyertakan gambar Nurin Jazlin di laman sosial, Facebook pada Isnin lalu.
Menerusi hantaran berkenaan, Jazimin memaklumkan bahawa beliau merindukan anaknya itu.
“Selamat Hari Lahir yang ke-24 buat anak saya, Kak Ngah. Rindu Kak Ngah 11 September 1999 sehingga 17 September 2007,” tulisnya.
Ternyata perkongsian tersebut mengundang sebak pengguna media sosial kerana kanak-kanak perempuan itu mati dibunuh pada usia lapan tahun.
Rata-rata pengguna Facebook menzahirkan rasa sedih di atas pemergian Nurin Jazlin dan menyatakan kisah kematiannya itu sukar untuk dilupakan.
Pemegang akaun dengan nama Pok Joe berkata, berita itu tidak boleh untuk dilupakan.
Sementara itu, @Hafiz Adha berkata sewaktu kejadian itu, dia berumur 15 tahun. Menurutnya, walaupun pada ketika itu dia masih kanak-kanak tetapi kematian tragis Nurin Jazlin menyebabkan mengalirnya air mata.
“Kes ni akan sentiasa terpahat dalam memori rakyat Malaysia. Al- Fatihah,” kata seorang lagi pengguna, Irfan Hafiz.
Pada 20 Ogos 2007, Nurin Jazlin dilaporkan hilang kerana diculik ketika dia meninggalkan rumah sendirian untuk menuju ke pasar malam di Wangsa Maju.
Bagaimanapun, kanak-kanak berkenaan tidak pulang ke rumah menyebabkan adik-beradik dan ibu bapanya cemas dan tertekan.
Kehilangan Nurin Jazlin terus menjadi tanda tanya sehingga pada pagi 17 September 2007, mayatnya ditemui dalam beg sukan di Petaling Jaya.
Penemuan tersebut telah membawa kepada siasatan lanjut dan hasil pemeriksaan memaklumkan bahawa dia dirogol dan dibunuh.
Identiti perogol dan pembunuh itu masih bebas dan kes itu juga belum selesai sehingga ke hari ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 14 2023

Jazimin menulis pesanan hari lahir berkenaan dengan menyertakan gambar Nurin Jazlin di laman sosial, Facebook pada Isnin lalu.
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Bapa ucap selamat ulang tahun Nurin Jazlin, undang sebak netizen
Pembunuhan Nurin Jazlin masih segar dalam ingatan dan lebih memilukan apabila baru-baru ini bapanya, Jazimin Abdul Jalil mengucapkan selamat ulang tahun ke-24 buat anak perempuannya itu.

Kes Nurin Jazlin: Ibu sahkan mayat anak menerusi tanda lahir - Amidon
Kes pembunuhan kejam melibatkan Nurin Jazlin terdapat beberapa perkara yang tidak dapat didedahkan umum berikutan perlu menjaga sensitiviti keluarga mangsa.

Kes Nurin Jazlin: Bank data DNA mampu bantu siasatan - Pakar forensik
Penggunaan bank data sampel asid deoksiribonukleik (DNA) berkemungkinan dapat membantu untuk mengesan suspek kes pembunuhan termasuk kanak-kanak Nurin Jazlin Jazimin, 14 tahun lalu.

Jangan persoal keputusan ujian DNA, Musa Hassan tegur bapa Nurin Jazlin
Jangan persoalkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA), kata Tan Sri Musa Hassan yang merupakan Ketua Polis Negara ketika kejadian kes pembunuhan kejam, Nurin Jazlin Jazimin, 14 tahun lalu.

PDRM jamin semak dakwaan bapa Nurin Jazlin, jawatankuasa khas bukan bidang kuasa polis
Polis beri jaminan akan semak dakwaan bapa Nurin Jazlin Jazimin, kanak-kanak perempuan yang ditemukan tragis dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya, 14 tahun lalu.