KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas barangan tiruan dengan nilai mencecah RM8 juta menerusi Ops Jeriji yang dijalankan di sini sepanjang tahun 2021.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri Pejabat KPDNHEP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Nurul Syarina Md Anuar berkata, operasi penguatkuasaan perlindungan harta intelek giat dijalankan selepas memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Menurutnya, sebanyak 69 kertas siasatan telah dibuka sepanjang 2021 membabitkan seramai 19 warga tempatan dan empat warga asing.
"Sebanyak 58 kes di bawah Akta Cap Dagangan 2019 telah diambil dengan jumlah sitaan sebanyak 294,676 unit dan nilai sitaan sebanyak RM7,101,426.
"Sebanyak lapan kes di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 telah diambil dengan jumlah sitaan sebanyak 36,176 unit dan nilai sitaan berjumlah RM 891,942," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Nurul Syarina memberitahu, pihaknya turut mengambil tindakan di bawah Akta Hak Cipta 1987 melibatkan sebanyak tiga kes dengan sitaan sebanyak tujuh unit barangan bernilai RM18,400.
"Jenis barang tiruan yang paling tinggi disita adalah melibatkan pakaian, beg, kasut, aksesori dan peralatan elektronik," jelasnya.
Dalam pada itu, pihaknya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak supaya tidak melanggar undang-undang kerana tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang ingkar.
"Orang ramai juga diminta untuk tidak bersubahat dengan membeli barangan tiruan berjenama daripada peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab.
"Sebarang aduan boleh disalurkan menerusi [email protected] atau aplikasi Whatsapp di talian 019- 279 4317," ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 09 2021
KPDNHEP Kuala Lumpur merampas barangan tiruan bernilai RM8 juta dalam Ops Jeriji sepanjang tahun 2021 di sekitar ibu negara. -Foto Sinar Harian
Kuaters KTMB, kereta, motosikal terbakar di Batu Gajah
Rumah kuaters tersebut yang musnah terbakar sebanyak 75 peratus, bagaimanapun tidak membabitkan mangsa.
Banjir Sarawak: Jumlah mangsa meningkat 12,470 orang, penduduk di Bintulu masih fobia biarpun banjir sudah surut
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus meningkat kepada 12,470 orang membabitkan 3,618 keluarga di 62 pusat pemindahan sementara (PPS).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.
Trump kenakan tarif baharu ke atas Mexico, Kanada dan China mulai hari ini - White House
Tarif baharu itu akan melibatkan duti sebanyak 25 peratus ke atas Mexico dan Kanada serta tarif 10 peratus ke atas China.
Kerajaan disaran pertimbang laksana semula cukai GST pada kadar dua peratus - CEO Mranti
Katanya, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa terus melaksanakan cukai GST pada kadar enam peratus sebaliknya melaksanakannya pada kadar dua peratus.
Sultan Pahang terima menghadap KSN di Istana Abdulaziz
Baginda meluangkan kira-kira satu jam bagi membincangkan pelbagai perkara, khususnya berkaitan kemakmuran negeri serta hal-hal berkaitan rakyat.
'Putera kini kembali’ - Santos sambut kepulangan Neymar
Neymar kembali ke Santos iaitu kelab yang membuka laluan buatnya menggilap bakat dan memasyhurkan namanya dan Pele di seluruh dunia.
Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.
Malaysia bekerjasama dengan Jepun di bawah kerangka CEAPAD untuk pembinaan semula Gaza
Komitmen ini selaras dengan kenyataan Perdana Menteri mengenai keperluan mendesak untuk mempercepat usaha pembinaan semula Gaza dan Palestin.
Semua pihak perlu berhati-hati beri kenyataan berkaitan agama - Mohd Na’im
Semua pihak perlu mengamalkan sikap saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Op Pantau: KPDN catat nilai rampasan lebih setengah juta ringgit
KPDN mencatatkan nilai rampasan berjumlah RM558,956 atas pelbagai kesalahan menerusi Op Pantau 2024 di seluruh negara sejak 12 Mac hingga semalam.
KPDN rampas barangan tiruan bernilai RM250,000 di Jalan Petaling
Sebanyak 2,505 unit barangan tiruan bernilai RM250,000 dirampas di sembilan premis melibatkan enam stor dan tiga gerai di Jalan Petaling di sini dalam operasi Ops PUTRA 3.0 pada Selasa lepas.
KPDN Perak terima 31 aduan berkaitan gula sejak Januari
KPDN cawngan Perak menerima 31 aduan berkaitan bekalan gula sejak Januari lepas hingga hari ini menerusi Op Manis yang dilaksanakan di seluruh negeri.
KPDN rampas 1,500 barangan tiruan di Parit Buntar
KPDN Perak merampas 1,500 unit barangan termasuk kasut dan set pakaian sukan disyaki tiruan dianggarkan bernilai RM83,000 di premis sekitar Jalan Pasar, Parit Buntar.
Pusat pemborong di Jalan Kenanga diserbu, KPDNHEP sita barangan tiruan lebih RM1 juta
Sebanyak 43,929 barangan tiruan pelbagai jenama bernilai RM1,072,750 disita di empat stor di sebuah pusat pemborong terkemuka di Jalan Kenanga.
PGA rampas pakaian, beg, jean tiruan bernilai lebih RM200,000
Kegiatan dua lelaki yang dalam keadaan mencurigakan itu dikesan pada 7.30 malam oleh sepasukan anggota selepas waktu berbuka puasa.
Barang tiruan bernilai RM8 juta dirampas di KL sepanjang 2021
Sebanyak 69 kertas siasatan telah dibuka sepanjang 2021 membabitkan seramai 19 warga tempatan dan empat warga asing.
Barangan tiruan berjenama bernilai RM100,000 dirampas
Ia adalah rampasan terbesar tahun ini hasil serbuan serentak di tiga premis di Kuala Terengganu dan Marang selepas risikan selama sebulan.
Pelbagai barangan jenama tiruan di Batu Feringghi dirampas
Ia berjaya merampas lebih 2,000 unit pelbagai barangan jenama terkenal bernilai RM66,000 termasuk beg tangan wanita, kasut, jersi serta topi yang kebanyakannya dijual di tujuh buah gerai.
Serbuan terhadap peniaga warga asing langkah paling realistik - Saifuddin
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata buat masa ini, tindakan itu adalah langkah paling realistik dan praktikal memandangkan pihaknya kekurangan anggota.