KUALA BERANG:Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menyiasat sama ada wujud elemen pencatutan atau tidak oleh penjual peranti elektronik berikutan kenaikan harga barangan berkenaan pada masa ini.
Timbalan Menterinya Datuk Rosol Wahid berkata sebanyak 248 Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) telah dikeluarkan ke atas penjual komputer riba, tablet dan telefon bimbit di seluruh negara dalam Op Catut 8.0 yang bermula 25 Jan lepas.
"Notis yang dikeluarkan itu memerlukan peniaga, pemborong dan peruncit mengisytiharkan harga barang yang mereka beli daripada sumber asal kemudian kita dapat nilai sama ada berlakunya elemen pencatutan atau tidak.
"Kita mengesyaki berlakunya kenaikan harga barangan elektronik sejak pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini," katanya kepada pemberita selepas melawat kedai runcit bergerak 'Prihatin Mart' di Dataran Kuala Telemong, hari ini.
Beliau berkata orang ramai yang membuat pembelian barangan elektronik dan aksesori komputer perlu menyimpan resit pembelian dan segera membuat laporan kepada pihak KPDNHEP sekiranya mempunyai sebarang masalah.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu melahirkan rasa syukur kerana Prihatin Mart mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan penduduk kampung.
Rosol berkata kedai runcit yang bagaikan trak makanan itu menyediakan 91 jenis barangan runcit dan menawarkan harga yang lebih rendah sehingga 30 peratus daripada kebiasaannya.
"Lori ini akan bergerak ke setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini secara bergilir-gilir mengikut jadual iaitu antara Jumaat hingga Isnin bermula 10 pagi hingga 3 petang. Program Prihatin Mart ini mampu memberi peluang kepada orang kampung untuk menikmati harga barang yang lebih murah.
"Contohnya pada hari ini beras seberat 10 kilogram yang berharga RM26 di pasaran dijual hanya RM18 sahaja. Barangan bersubsidi seperti gula dan minyak masak juga diberi potongan harga sebanyak 30 peratus," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 01 2021

KPDNHEP mengesyaki berlakunya kenaikan harga barangan elektronik sejak pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Gambar hiasan
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.

Amal guna barang, perkhidmatan elektrik secara lestari, elak pembaziran - FOMCA
Penggunaan tenaga yang cekap amat penting dan boleh mengurangkan bil elektrik bulanan isi rumah.

Rebat RM500 mangsa banjir beli barangan elektrik bermula 7 Januari
Individu yang layak boleh membuat pembelian secara fizikal di premis berdaftar di bawah SAVE, dan platform e-dagang terpilih.

Anak, ibu didakwa tipu jual barangan elektrik tidak wujud
Mereka dituduh melakukan perbuatan itu di Subang Jaya dan Shah Alam pada 28 Mei dan 24 Julai lepas mengikut Seksyen 415 KK.

Gudang barangan elektrik musnah dijilat api
Peratusan kemusnahan dianggarkan lebih kurang 70 peratus daripada keseluruhan bangunan terbabit.

Robot dari bahan kitar semula ini bantu penduduk kampung harungi pandemik
Robot itu kini dapat membawa makanan dan diharapkan senyuman kepada penduduk yang sedang menjalani kuarantin akibat dijangkiti COVID-19.

Barangan elektronik naik harga, KPDNHEP siasat jika wujud elemen pencatutan
KPDNHEP akan menyiasat sama ada wujud elemen pencatutan atau tidak oleh penjual peranti elektronik berikutan kenaikan harga barangan berkenaan pada masa ini.

PKP: Kedai dobi, kedai elektrik, kedai barangan logam dibenar beroperasi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini mengumumkan tiga subsektor tambahan boleh beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Perkhidmatan (PKP) fasa tiga.