Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, langkah itu merupakan hasil perbincangan beliau bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif.
"(Langkah ini) sebahagian daripada komitmen pemerkasaan komuniti bandar. Sebelum ini, kita telah melaksanakan latihan kemahiran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) asas gunting rambut selama empat hari yang turut merangkumi amali bagi melengkapkan peserta bersedia memulakan perniagaan mereka sendiri," katanya.
Dr Zaliha berkata demikian semasa merasmikan kedai gunting rambut Community's Barbershop di PA Seri Perlis 2, di sini hari ini, yang diusahakan usahawan belia di bawah inisiatif Program Usaha Jaya Insan (PUJI).
Beliau berkata, empat peserta terbaik daripada program itu berjaya memulakan perniagaan sendiri di PA Seri Perlis 2 dengan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberikan kadar sewa premis berpatutan iaitu RM250 sebulan.
"Kita berikan identiti premis ini sebagai 'Barber Komuniti' dan mereka yang berminat, boleh terus berhubung dengan pihak DBKL," katanya. - BERNAMA