GEORGE TOWN: Senarai baharu barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kerajaan Negeri Pulau Pinang mencerminkan kematangan politik baharu untuk kesejahteraan dan perpaduan rakyat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Datuk Mohamad Abdul Hamid.
Mohamad yang mengangkat sumpah Timbalan Ketua Menteri I dan dilantik mengetuai Jawatankuasa Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Perpaduan Masyarakat berkata beliau bersedia memberi komitmen penuh malah portfolio sedemikian bukan asing kepadanya.
"Walaupun baharu dalam sudut politik namun bagi saya porfolio Pembangunan Agama Islam, Pendidikan dan Pengajian Tinggi adalah sudut porfolio saya malah bukanlah asing kepada saya kerana sebelum ini saya Ketua Eksekutif Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB) Pulau Pinang dan ia (portfolio) adalah bidang saya.
"Saya sedia berkhidmat kepada rakyat di Pulau Pinang terutama dalam membangunkan agama Islam, pendidikan dan pengajian tinggi...bagi pembangunan masyarakat kita akan bawakan Kerajaan Perpaduan kepada orang ramai kerana itulah temanya dan tugas semua barisan exco sekarang ini ialah bina semula pertumbuhan ekonomi demi kesejahteraan rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis mengangkat sumpah Exco di hadapan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak, di sini hari ini.
Barisan Exco yang turut mengangkat sumpah hari ini ialah ADUN Datok Keramat, Jagdeep Singh Deo yang juga Timbalan Ketua Menteri 2; ADUN Sungai Acheh, Rashidi Zinol; ADUN Tanjong Bunga, Zairil Khir Johari; ADUN Paya Terubong, Wong Hon Wai; ADUN Sungai Pinang, Lim Siew Khim; ADUN Jawi, H'ng Mooi Lye; ADUN Padang Lalang, Gooi Zi Sen; ADUN Perai, Datuk Seri S. Sundarajoo; dan ADUN Pantai Jerejak, Fahmi Zainol.
Selain itu, Rashidi yang merupakan wakil tunggal daripada Barisan Nasional (BN) yang dipilih sebagai Exco Jawatankuasa Perdagangan dan Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar berkata porfolio itu dapat membina kekuatan Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang.
Katanya portfolionya juga selari dengan portfolio Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memegang jawatan sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah dan Rashidi percaya ia lebih mudah untuk saya memohon peruntukan untuk kemajuan masyarakat di desa untuk Pulau Pinang.
''Kita boleh nampak keikhlasan gabungan perpaduan Pakatan Harapan-BN untuk membentuk masyarakat MADANI di negeri ini dengan pelantikan wakil BN dan ia dapat menarik sokongan pengundi Melayu kepada Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang," katanya.
Rashidi turut menjelaskan hubungannya dengan ADUN Bertam Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam keadaan baik walaupun timbul pelbagai spekulasi tidak berasas sama sekali kerana mereka bersahabat baik sejak dari bangku sekolah lagi.
Pada PRN lepas, gabungan PH-BN berjaya menubuhkan kerajaan negeri selepas memenangi majoriti dua pertiga iaitu 29 kerusi daripada 40 kerusi DUN yang dipertandingkan dengan DAP memenangi kesemua 19 kerusi DUN yang ditandingi; PKR (tujuh); Amanah (satu); dan BN (dua); manakala Pakatan Nasional (PN) memperoleh 11 kerusi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2023
![Barisan Exco baharu P.Pinang cerminkan kematangan politik baharu Barisan Exco baharu P.Pinang cerminkan kematangan politik baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692174732_TBABDULHAMID.jpg)
ADUN Batu Maung Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid menandatangani watikah pelantikan sebagai Timbalan Ketua Menteri I .Pinang dan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Pembangunan Agama Islam, Pendidikan, Pengajian Tinggi. - fotoBERNAMA
![Indonesia catat pertumbuhan ketara dalam pelancongan pada 2024 Indonesia catat pertumbuhan ketara dalam pelancongan pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51730705662_bali.jpg)
Indonesia catat pertumbuhan ketara dalam pelancongan pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
![Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739054805_AyatollahAliKhamen.jpg)
Pemimpin tertinggi Iran bertemu pemimpin kanan Hamas di Tehran
Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei bertemu dengan pemimpin kanan Hamas yang sedang dalam lawatan ke Tehran.
![Kos sara hidup: Lebih banyak bantuan akan diumum dalan belanjawan - Hsien Loong Kos sara hidup: Lebih banyak bantuan akan diumum dalan belanjawan - Hsien Loong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61690968147_TBSINGAPOREVACCINE.jpg)
Kos sara hidup: Lebih banyak bantuan akan diumum dalan belanjawan - Hsien Loong
Lebih banyak bantuan akan diumumkan dalam Belanjawan Singapura tahun ini terutama kepada mereka yang paling memerlukan.
![Perdana Menteri baharu Lubnan bentuk kerajaan yang lama dinanti Perdana Menteri baharu Lubnan bentuk kerajaan yang lama dinanti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736910279_NawafSalam.jpg)
Perdana Menteri baharu Lubnan bentuk kerajaan yang lama dinanti
Perdana Menteri Lubnan yang dilantik, Nawaf Salam mengumumkan pembentukan kerajaan baharu di Beirut pada Sabtu.
![Bursa Malaysia dijangka alami dagangan berhati-hati minggu depan Bursa Malaysia dijangka alami dagangan berhati-hati minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dijangka alami dagangan berhati-hati minggu depan
Bursa Malaysia dijangka mengalami dagangan secara berhati-hati minggu depan, dengan Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka berubah-ubah antara 1,580 dan 1,600 mata.
![China bantah usaha AS ganggu hubungan dengan Panama - Kementerian Luar China bantah usaha AS ganggu hubungan dengan Panama - Kementerian Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739023938_ChinaPanamaFlag.jpg)
China bantah usaha AS ganggu hubungan dengan Panama - Kementerian Luar
China tegas menentang usaha Amerika Syarikat (AS) untuk menggugat hubungannya dengan Panama melalui tekanan dan ancaman.
![FMM minta pengilang maklumkan inisiatif perubatan terkini PERKESO kepada pekerja FMM minta pengilang maklumkan inisiatif perubatan terkini PERKESO kepada pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725273822_SohThianLai.jpg)
FMM minta pengilang maklumkan inisiatif perubatan terkini PERKESO kepada pekerja
Pengilang diminta memaklumkan kepada pekerja mereka mengenai inisiatif terkini PERKESO dalam mempermudah proses rawatan perubatan bagi pekerja yang mengalami kecederaan berkaitan pekerjaan.
![TEKUN: RM3.6 juta sudah diagih kepada 143 usahawan India dalam tempoh dua minggu - Ramanan TEKUN: RM3.6 juta sudah diagih kepada 143 usahawan India dalam tempoh dua minggu - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729680466_TBRamanan.jpg)
TEKUN: RM3.6 juta sudah diagih kepada 143 usahawan India dalam tempoh dua minggu - Ramanan
Sebanyak RM3.6 juta daripada RM100 juta peruntukan TEKUN Nasional sudah diagihkan kepada 143 usahawan komuniti India, selepas peruntukan itu diumumkan pada 14 Jan lepas.
![TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739009509_MohdAsgharKhan.jpg)
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
![Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739015792_NaibPresidenTMu.jpg)
Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC
Nilai pengorbanan, disiplin dan pengabdian dalam sambutan Thaipusam menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan dan bersama-sama membina negara yang lebih baik.
![Tiada ahli GISB sertai program pemulihan secara sukarela di Pulau Pinang Tiada ahli GISB sertai program pemulihan secara sukarela di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732007355_MohamadAbdulHamid.jpg)
Tiada ahli GISB sertai program pemulihan secara sukarela di Pulau Pinang
Tiada ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) di Pulau Pinang dilaporkan tampil secara sukarela untuk menyertai program pemulihan khusus yang disediakan di Kompleks Darul Hidayah di Nibong Tebal.
![Pulau Pinang putuskan GISB menyeleweng, sesat Pulau Pinang putuskan GISB menyeleweng, sesat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729240387_TBMAINPP.jpg)
Pulau Pinang putuskan GISB menyeleweng, sesat
Majlis Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang memutuskan ajaran, amalan, pegangan dan fahaman pemimpin serta ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) dan rangkaian syarikatnya adalah sesat dan menyeleweng.
![Pulau Pinang peruntuk hampir RM13 juta bayar elaun MPKK Pulau Pinang peruntuk hampir RM13 juta bayar elaun MPKK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41709024774_TBDATUKDRMOHAMAD.jpg)
Pulau Pinang peruntuk hampir RM13 juta bayar elaun MPKK
Mohamad berkata Pengerusi MPKK menerima elaun RM700 sebulan, Setiausaha diberikan RM600 manakala Bendahari dibayar RM300.
![Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61714862720_tbAnwarIbrahim.jpg)
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan K
![Bangunan baharu Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut dijangka siap 2026 Bangunan baharu Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut dijangka siap 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707427469_TBTunAhmadFuzi.jpg)
Bangunan baharu Mahkamah Rendah Syariah Daerah Timur Laut dijangka siap 2026
Bangunan itu direka bentuk berinspirasikan perpustakaan maya dan bercirikan seni bina Islam moden.
![Barisan Exco baharu P.Pinang cerminkan kematangan politik baharu Barisan Exco baharu P.Pinang cerminkan kematangan politik baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692174732_TBABDULHAMID.jpg)
Barisan Exco baharu P.Pinang cerminkan kematangan politik baharu
Senarai baharu barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kerajaan Negeri Pulau Pinang mencerminkan kematangan politik baharu untuk kesejahteraan dan perpaduan rakyat, kata ADUN Batu Maung.
![Pulau Pinang: Mohammad Abdul Hamid dilantik TKM I, Jagdeep Singh Deo TKM II Pulau Pinang: Mohammad Abdul Hamid dilantik TKM I, Jagdeep Singh Deo TKM II](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41692155646_TKM.jpg)
Pulau Pinang: Mohammad Abdul Hamid dilantik TKM I, Jagdeep Singh Deo TKM II
Pelantikan Mohammad tamatkan spekulasi sebelum ini bahawa ADUN Bertam, Reezal Merican akan dilantik ke jawatan itu.