KUALA LUMPUR: Memulakan lembaran baharu, barisan menteri Kerajaan Perpaduan merakamkan ucapan Tahun Baharu 2024 dengan mendoakan kesejahteraan seluruh rakyat malah turut menyatakan komitmen untuk terus melaksanakan tugas dalam usaha memajukan negara ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menzahirkan penghargaan kepada warga Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atas kualiti kerja yang membanggakan dalam menjayakan segala dasar serta inisiatif KPKM dan mengharapkan kecemerlangan itu dapat diteruskan pada 2024.
"Selamat menyambut Tahun Baharu 2024 kepada seluruh warga KPKM dan seluruh rakyat Malaysia," katanya dalam hantaran menerusi Facebook.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan pula mendoakan semoga negara dan seluruh rakyat sentiasa berada di dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meluahkan rasa syukur selepas dikurniakan pasukan yang utuh, mempunyai komitmen tinggi dan bersedia untuk menyambut serta menterjemah visi Malaysia MADANI dalam membuat perubahan dan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat.
Dalam konteks PKR, Pakatan Harapan dan Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Saifuddin Nasution yang juga Setiausaha Agung PKR berkata usaha menggarap sokongan rakyat dan memperkukuh kesatuan akar umbi akan terus dipertingkat.
Bagi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz fokus utama beliau adalah untuk memastikan pelaburan, perdagangan dan industri terus kekal maju dan berkembang demi kesejahteraan semua.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang pula menyifatkan 2023 sebagai tahun yang mencabar tetapi memberikan pengalaman dan pengajaran baharu kepada dirinya, sekali gus beliau bertekad untuk memikul dan menjalankan amanah diberikan dengan lebih baik pada 2024.
"Perkembangan sains dan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) akan terus bergerak pantas di peringkat global. Beberapa dasar dan polisi penting telah pun kita lancarkan tahun ini. Justeru, tahun 2024 kita perlu segera membina kapasiti dan kemajuan inovasi berdasarkan bakat dan kebolehan yang kita miliki," katanya.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri pula mengajak semua lapisan masyarakat terus bersama-sama dalam memajukan negara dan membina masa depan lebih baik untuk generasi akan datang.
Sementara itu, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berharap 2024 membawa kegembiraan kepada semua dan seluruh rakyat Malaysia terus teguh dan memperkukuh kerukunan dan sikap hormat menghormati di negara ini.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abd Kadir pula mendoakan Malaysia supaya makmur, aman, stabil, rakyat terus bersatu, berkasih sayang serta saling menghormati.
Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2024 dan berharap agar tahun ini membawa sinar dalam kehidupan semua rakyat jelata di Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata dalam menghadapi 2024, seluruh rakyat harus bersedia untuk menghadapi lebih banyak cabaran yang mendatang.
"Saya ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama bersatu padu dan bekerja keras demi memastikan Malaysia yang lebih gemilang bagi generasi masa depan kita," katanya.
Menteri Digital Gobind Singh Deo turut mengajak semua untuk bersama-sama bersedia mendepani cabaran dunia digital menjelang 2024 dan berharap agar kerajaan dan industri serta rakyat berusaha bersama-sama merealisasikan potensi dalam penggunaan teknologi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 31 2023

Orang ramai mengambil peluang menyaksikan Pertunjukkan Cahaya Soulfest sempena Ambang Tahun Baharu 2024 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam tadi. --fotoBERNAMA

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
![[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63 [KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71729517791_tbMASabahSaraw.jpg)
[KOLUMNIS] Bukan omong kosong, ini bukti kerajaan sedaya upaya selesaikan MA63
Anwar sebelum ini pernah berjanji untuk mempercepatkan proses penyelesaian tuntutan yang berkaitan dengan MA63.

Kabinet setuju SOSMA diteliti, disemak semula - Fahmi
Mesyuarat Kabinet bersetuju supaya agar Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) diteliti dan disemak.

Ahmad Zahid yakin BN akan terus utuh dan relevan
Pengerusi BN percaya perkara itu mampu dicapai dengan kesepakatan dan semangat perjuangan yang tidak pernah luntur gabungan berkenaan.

Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malaysia ketika ini disifatkan sebagai stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.

Jangan biarkan taktik PN gugat perpaduan kerajaan - AMK
Nabil Halimi berkata taktik politik sebegini berpotensi menggugat perpaduan dalam kerajaan.

'Zaman Guan Eng dah berlalu, jangan 'menyiku' sahabat' - Ahmad Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan Lim Guan Eng untuk tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan parti komponen Kerajaan Perpaduan.

UMNO dan BN akan terus bersama Kerajaan Perpaduan hingga PRU16 - Ahmad Zahid
Kerajaan Perpaduan juga berpeluang terus mengekalkan kemenangan jika aspek kesetiaan pada parti dan usaha menyantuni rakyat terus diberi keutamaan.

‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.

Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.

Belanjawan 2025: Sabah terima peruntukan pembangunan terbesar, bukti gabungan BN-PH tepat
Selain itu, Kerajaan Perpaduan juga berjaya memberi anugerah kepada semua projek Pan Borneo untuk dimulakan di Sabah.