KLUANG: Sebuah bas ekspres dalam perjalanan ke Johor Bahru yang membawa 11 penumpang terbalik di Kilometer 51, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di sini, pada pagi Sabtu.
Kejadian kira-kira jam 4.40 pagi itu menyebabkan tangan kanan pemandu bas hancur, manakala seorang penumpang dilaporkan cedera.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pemandu dikenali sebagai Raju A Muniandy, 45, kini ditempatkan di Zon Merah Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk rawatan lanjut.
Tambahnya, seorang penumpang dikenali sebagai Chin Wei Hong, 27, mengalami kecederaan di kepala dan menerima tujuh jahitan.
"Hasil siasatan awal mendapati bas ekspres membawa 11 penumpang dari Kuala Lumpur. Apabila sampai di tempat kejadian, pemandunya hilang kawalan dan langgar pembahagi jalan di tengah lebuh raya lalu terbalik ke sebelah kanan.
"Akibat daripada kemalangan itu, pemandu dan seorang penumpangnya mengalami kecederaan manakala penumpang yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Sementara itu, seramai 19 anggota bomba dari Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam dan Kulai dengan kekuatan dua jentera FRT serta sebuah unit EMRS dihantar ke lokasi kejadian bagi membantu mangsa.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Shoromi Salih berkata, semua mangsa berjaya keluar sebelum pasukan keluaran operasi (PKO) tiba dan operasi ditamatkan pada 5.47 pagi.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Nov 04 2023

Keadaan bas ekspres terbalik di KM51, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan pada pagi Sabtu. - Foto JBPM

X naikkan harga langganan X Premium+ sekali lagi, kini RM177 sebulan
X telah meningkatkan harga langganan untuk pelan X Premium kepada RM177 sebulan, selepas peningkatan sebelumnya pada Disember 2024.

Warga emas hilang ketika memancing ditemukan lemas
Mayat mangsa dijumpai oleh orang awam selepas timbul di Jeti Pink Rompin pagi ini pada jarak 2.5 kilometer dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh.

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Man Tiger tidak mengaku cuba bunuh suami isteri
Suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Tiga buah bas meletup, di Tel Aviv pada Khamis dalam kejadian yang didakwa oleh polis Israel sebagai serangan pengganas.
Inflasi Januari 2025, apa pendorong situasi dan prestasi terkini?
Untuk mengulas lanjut angka terkini inflasi ini, kita bersama Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Provost, Malaysia University of Science & Technology MUST.

Jabatan Kesihatan rampas gula-gula kenyal dijual dekat sekolah Mohamad Fahmi
JKN Pulau Pinang sedang siasat lebih lanjut keselamatan produk makanan itu, tindakan selanjutnya akan diselaras di peringkat ibu pejabat.

Bapa dakwa anak autistik didera di taska, ada kesan lebam
Seorang kanak-kanak autistik, didakwa menjadi mangsa dera di taska apabila bapanya menemukan kesan lebam yang besar pada belakang badan ketika ingin memandikan anak sulungnya itu.
'Nak beli baju raya, rancang kewangan terlebih dahulu' - Pakar
Masyarakat disaran untuk berbelanja secara berhemah dan tidak membiarkan perancangan kewangan mereka tersasar semata-mata kerana ingin memenuhi gaya hidup atau mengikut trend menjelang perayaan Aidilfitri.
[TERKINI] Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 - DOSM
Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 133.6 berbanding 131.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan hari ini mengenai keluaran Indeks Harga Pengguna (IHP), Januari 2025.

Bas ekspres terbalik, tangan kanan pemandu hancur
Sebuah bas ekspres dalam perjalanan ke Johor Bahru yang membawa 11 penumpang terbalik di Kilometer 51, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan.

Penumpang nyaris maut bas ekspres terbalik
Mangsa, enam lelaki dan 10 wanita, hanya mengalami kecederaan ringan dan terus diberi rawatan awal di lokasi kejadian.

Bas ekspres terbalik, 20 penumpang selamat
Bas ekspres dari KLIA menuju Batu Pahat, Johor itu terbabas di bahu jalan di Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) berhampiran Alor Gajah.