KUALA LUMPUR:Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) menerusi agensinya Perbadanan Putrajaya (PPj) memperkenalkan perkhidmatan bas percuma bagi kawasan Putrajaya yang akan mula beroperasi 1 November depan.
Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata perkhidmatan itu merupakan antara inisiatif di bawah Wilayah Prihatin KWP bagi membantu rakyat, khususnya warga Putrajaya, mengurangkan beban sara hidup dalam aspek pengangkutan selain memudahkan urusan di Putrajaya.
“Pada masa yang sama, kemudahan bas percuma tersebut akan menggalakkan aktiviti pelancongan domestik di Putrajaya yang dapat membantu memulihkan ekonomi setempat.
“Kemudahan bas percuma ini hanya untuk warganegara Malaysia dan akan merangkumi kesemua laluan bas Nadi Putra sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata inisiatif bas percuma yang melibatkan anggaran kos sebanyak RM12 juta setahun ini sangat relevan dalam mengukuhkan kesalinghubungan yang cekap serta bermanfaat untuk kesejahteraan hidup rakyat terutama warga Wilayah Persekutuan Putrajaya.
“Dengan tersedianya kemudahan ini, dijangka akan dapat meningkatkan sebanyak 50 peratus penumpang bas Nadi Putra bagi tahun 2021,” katanya.
Bagi meningkatkan lagi perkhidmatan bas percuma tersebut, beliau berkata laluan dan kekerapan bas Nadi Putra telah dibuat penyusunan semula melibatkan 12 laluan di sekitar Putrajaya.
“Laluan perkhidmatan utama iaitu T500 diperkenal yang bermula di Kompleks E dan akan melalui Kompleks-kompleks Kerajaan di sepanjang Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1 (Kompleks A, B, C, D & E) dan Persiaran Perdana (Presint 2, dan 3) sehingga ke Dataran Gemilang Presint 4.
“Kekerapan bagi laluan utama ini adalah setiap 5 minit pada waktu puncak (jam 6.30 pagi hingga 9.00 pagi dan 4.00 petang hingga 6.40 petang), setiap 10 minit pada waktu bukan puncak serta 30 minit untuk waktu malam, hujung minggu atau cuti umum.
“Manakala bagi 11 laluan perkhidmatan selebihnya akan melalui kawasan perumahan, komersial dan pejabat selain di Presint 1 hingga 4 dengan kekerapan setiap 15 minit pada waktu puncak, 20 minit pada waktu bukan puncak serta 30 minit pada waktu malam, hujung minggu atau cuti umum,” katanya.
Selain Putrajaya Sentral sebagai stesen utama, dua buah hentian iaitu di Kompleks E, Presint 1 dan di Dataran Gemilang, beliau berkata Presint 4 juga dijadikan sebagai transit yang menghubungkan laluan perkhidmatan utama dengan beberapa laluan perkhidmatan yang lain bagi memudahkan penumpang.
Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata KWP dan PPj dengan komitmen jitu daripada syarikat yang mengurus dan mengendalikan operasi bas Nadi Putra, Syarikat Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd (PAPTT) juga akan membuat penambahan bas sehingga menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 40 buah bas iaitu 37 buah bas diesel dan 3 buah bas elektrik secara berperingkat bermula tahun hadapan.
Isabelle Leong
Mon Oct 26 2020

ANNUAR: Kemudahan bas percuma ini hanya untuk warganegara Malaysia dan akan merangkumi kesemua laluan bas Nadi Putra sedia ada. - Gambar fail

Rusia larang kemasukan 9 warga Jepun, termasuk diplomat tertinggi
Sebagai tindak balas terhadap dasar sekatan Jepun, Rusia telah melarang sembilan warga Jepun daripada memasuki wilayahnya, termasuk Menteri Luar Jepun Takeshi Iwaya.
AWANI Ringkas: Cuaca panas tahap satu di tiga kawasan di utara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Noraniza Idris buat laporan polis dakwa perniagaan muruku ditipu RM630,000
Penyanyi Noraniza Idris hari ini membuat laporan polis selepas perniagaan muruku miliknya mengalami kerugian hampir RM630,000.

Trump pertahan keputusan kenakan tarif ke atas barangan Mexico, Kanada
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk melaksanakan tarif terhadap barangan dari Mexico dan Kanada, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kerajaan setuju lantik wakil pembangkang dalam Majlis Perkhidmatan Parlimen
Pelantikan akan dibuat oleh Jawatankuasa Pemilih esok, jika RUU Perlembagaan (Pindaan) 2025 diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

DBKL lapor polis pihak manipulasi lesen bazar Ramadan
Dr Zaliha Mustafa berkata agak mengecewakan apabila masih terdapat cubaan penjualan tapak yang dikesan melalui saluran WhatsApp.

Warga emas ditemui terbakar mati akibat hentakan objek tumpul, sedutan asap
Punca kematian wanita warga emas yang ditemui terbakar dipercayai dibunuh anaknya pada Ahad lalu, disebabkan oleh hentakan objek tumpul di kepala serta sedutan asap kebakaran.

Pusat latihan TVET di Gua Musang dijangka mula beroperasi suku ketiga 2025
Pusat latihan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Gua Musang dijangka mula beroperasi pada suku ketiga tahun ini, menurut Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Pelancaran komersial pertama roket Ariane 6 Eropah ditangguh lagi
Pelancaran komersial pertama roket baharu Eropah, Ariane 6 terpaksa dibatalkan pada saat akhir, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
[TERKINI] Astro Audio mohon maaf, trio Pagi Era direhatkan
Astro Audio memohon maaf atas insidne rakaman video melibatkan penyampainya, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Trio Pagi Era itu juga akan direhatkan dari ke udara sehingga diberitahu kelak.

Perkhidmatan bas percuma ke Bukit Bendera sempena Tahun Baharu Cina
Perkhidmatan pengangkutan secara percuma itu disediakan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar.

Pulau Pinang laksana pelbagai langkah atasi kesesakan jalan raya - Exco
Kerajaan Pulau Pinang sentiasa berusaha mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang teruk di seluruh negeri.

Henti operasi LRT: 150 petugas bantu kelancaran operasi bas percuma
Sebanyak 40 buah bas akan bergerak di laluan tersebut dengan menetapkan sasaran kekerapan 10 ke 15 minit.

PRU15: MBM, ABIM, Rasuah Busters sedia bas percuma pulang mengundi
Bas bergerak ke 32 lokasi di Semenanjung, mensasarkan individu yang terlepas peluang untuk mendapatkan tiket pengangkutan awam dan golongan kurang berkemampuan.

LRT tergendala: Rapid KL tambah bas perantara percuma
Rapid KL mengambil langkah tambahan dengan menambah 20 bas perantara percuma untuk membawa penumpang yang terjejas ekoran penutupan 16 stesen di LRT Laluan Kelana Jaya.

Hari Malaysia: Panorama Melaka sedia bas percuma kepada pengunjung
Penyedia perkhidmatan bas henti-henti Panorama Melaka menyediakan bas percuma kepada pengunjung untuk menghadiri sambutan Hari Malaysia.

32,800 golongan B40 di Melaka terima perkhidmatan bas percuma
Senarai penerima perkhidmatan ini diambil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Melaka teruskan bas percuma, lancar Program Bas Penyayang
Melaka meneruskan perkhidmatan bas percuma dengan melancarkan Program Bas Penyayang yang memberi manfaat kepada kira-kira 33,000 penduduk di negeri itu.

Bas percuma untuk warga Putrajaya mulai 1 November
Ia merupakan salah satu inisiatif di bawah Wilayah Prihatin KWP bagi membantu rakyat, khususnya warga Putrajaya, mengurangkan beban sara hidup dalam aspek pengangkutan.

Terengganu sedia 12 bas percuma untuk mahasiswa pulang ke kampung
Mahasiswa berkenaan juga akan menikmati hidangan sahur yang disediakan sebelum bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing.