Seramai 21 pelancong asing, seorang pemandu bas dan seorang wanita tempatan mengalami cedera ringan apabila bas persiaran yang mereka naiki terbabas di Kilometer 19 Jalan Keramat Pulai menghala Ipoh di sini, hari ini.
Bas yang membawa seorang wanita tempatan berumur 49 tahun dan 26 pelancong antaranya dari Perancis, New Zealand, Kanada, Jerman dan Mexico itu dipercayai dalam perjalanan dari Cameron Highlands ke Pulau Pinang.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Supt Wan Jamil Wan Chik, dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, bas terbabit hilang kawalan sebelum terbabas di laluan berselekoh dan menuruni bukit.
"Bas berkenaan terbalik dan terseret sehingga masuk ke laluan bertentangan dan tersadai dalam longkang sebelah kiri jalan menghala ke Cameron Highlands," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut.
Sementara itu, seorang lelaki berumur 66 tahun yang enggan dikenali berkata beliau yang dalam perjalanan ke Cameron Highlands ternampak bas berkenaan dalam keadaan laju ketika menuruni bukit.
"Kemalangan itu berlaku sebaik sahaja saya melepasi lokasi kejadian. Saya merasa lega kerana melepasi kawasan kemalangan itu sebelum bas terbabas," katanya.
Beliau bersama beberapa orang awam terpaksa memecahkan cermin hadapan bas berkenaan untuk membantu penumpang keluar dari kenderaan tersebut.
Bernama
Tue Jul 26 2016
![Bas pesiaran terbabas, 28 orang nyaris maut Bas pesiaran terbabas, 28 orang nyaris maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/61469541548_BasKemalangan.jpg)
Mangsa yang cedera dalam kejadian itu dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut. - Foto Bernama
![Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739068687_tbatletMuayThaiP.jpg)
Duo Antarabangsa 2025: Muay Thai lonjak populariti, tarik minat generasi muda
Muay Thai terus mengukuhkan kedudukannya sebagai sukan tempur pilihan apabila semakin ramai anak muda menunjukkan minat terhadap sukan itu.
![Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739069570_tbhimpunanmogoklap.jpg)
Polis cari individu sertai mogok lapar di hadapan Penjara Sungai Buloh
Semakan mendapati himpunan berkenaan diadakan jam 8.10 pagi.
Kumpulan pendatang Protes dasar imigresen Trump
Kumpulan penunjuk perasaan berkumpul di luar Kelab Golf Antarabangsa Trump pada Sabtu bagi membantah dasar imigresen Presiden Donald Trump.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
Gegar Vaganza 11: Siapa bakal julang gelaran juara?
Malam ini bakal jadi penentu siapa yang bakal menjulang gelaran juara Gegar Vaganza 11.
Dua pelumba muda Malaysia cipta nama di Qatar
Saidatul Zakirah Zairin dan Johann Zharfan Zahren mengharumkan nama Malaysia di pentas perlumbaan motosikal antarabangsa dengan pencapaian luar biasa di Qatar.
![Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739067935_AbRaufYusoh.jpg)
Melaka peruntuk RM2.5 juta kepada 5,812 penerima bantuan masyarakat Tionghua
Sumbangan khas berjumlah RM200,000 juga disalurkan menerusi Tabung Amanah Kebajikan Negeri Melaka kepada 1,000 penerima yang layak.
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
Azalina kekal pendirian, gag order terhadap Titah Adendum tidak sepatutnya dimohon
Jelasnya dalam satu kenyataan, Peraturan ini menetapkan bahawa ahli tidak boleh membahaskan perkara yang sedang diadili atau subjudis dengan cara yang boleh menjejaskan kepentingan pihak-pihak yang terlibat dalam kes berkenaan.
Insiden tembak Setia Alam: Pekerja pembersihan cedera bahagian kaki
Polis percaya sekurang-kurangnya lapan das tembakan telah dilepaskan suspek terhadap mangsa menggunakan pistol.
![Pemandu parah, enam pelancong China cedera bas terbabas Pemandu parah, enam pelancong China cedera bas terbabas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737878038_TBKEMALANGANSANDAKAN.jpg)
Pemandu parah, enam pelancong China cedera bas terbabas
Kemalangan tersebut melibatkan sebuah bas persiaran yang membawa 17 pelancong termasuk empat kanak-kanak dari China yang telah terbabas sendiri.
![8 maut selepas bas jatuh dari jambatan di Punjab, India 8 maut selepas bas jatuh dari jambatan di Punjab, India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51735341080_TBeksidenpunjab.jpg)
8 maut selepas bas jatuh dari jambatan di Punjab, India
Kejadian itu berlaku berhampiran kampung Jiwan Singh Wala di daerah Bathinda, Punjab.
![Bas ekspres terbabas masuk parit, lima cedera Bas ekspres terbabas masuk parit, lima cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726977299_basterbabas.jpg)
Bas ekspres terbabas masuk parit, lima cedera
Seramai lima individu mengalami kecederaan selepas bas ekspres dinaiki terbabas dan masuk parit di Kilometer 91.4, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Yong Peng, awal pagi Ahad.
![Bas bawa 64 sukarelawan pascabanjir terbabas Bas bawa 64 sukarelawan pascabanjir terbabas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706524259_basmangsabanjir.jpg)
Bas bawa 64 sukarelawan pascabanjir terbabas
Kesemua sukarelawan itu yang sedang dalam perjalanan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan pascabanjir di Hulu Dungun, selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.
![Teliti laporan penuh kemalangan libat Bas Smart Selangor Teliti laporan penuh kemalangan libat Bas Smart Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/81670798639_BasSmartSelangor.jpg)
Teliti laporan penuh kemalangan libat Bas Smart Selangor
Ng Sze Han berkata, ia bagi memastikan keselamatan pengguna pengangkutan awam di negeri itu lebih terjamin.
![Bas bawa 30 murid sekolah terbabas masuk semak Bas bawa 30 murid sekolah terbabas masuk semak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51667214126_BasterbabasKelant.jpg)
Bas bawa 30 murid sekolah terbabas masuk semak
Sebuah bas yang membawa 10 guru dan 30 murid berusia antara tujuh hingga 12 tahun terbabas di Kilometer (KM) 44 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, awal pagi tadi.
![Bas terbabas: 25 maut dalam kemalangan di Uttarakhand, India Bas terbabas: 25 maut dalam kemalangan di Uttarakhand, India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659572756_Crash.jpg)
Bas terbabas: 25 maut dalam kemalangan di Uttarakhand, India
Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh selepas sebuah bas terbabas ke dalam gaung di Uttarakhand di utara India.
![Bas terbabas ke dalam parit, 28 penumpang, pemandu terselamat Bas terbabas ke dalam parit, 28 penumpang, pemandu terselamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664798129_TBbasterbabas.jpg)
Bas terbabas ke dalam parit, 28 penumpang, pemandu terselamat
Bas persiaran itu dalam perjalanan dari Hatyai, Thailand menuju Kampar, Perak.
![Bas USIM terbabas: Perkembangan pelajar dipantau rapat - Zulkifli Bas USIM terbabas: Perkembangan pelajar dipantau rapat - Zulkifli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/71644298177_TBUSIMBAS.jpg)
Bas USIM terbabas: Perkembangan pelajar dipantau rapat - Zulkifli
Bas tersebut dalam perjalanan membawa pelajar dari Kolej Kediaman USIM menuju ke kampus untuk mengikuti sesi pengkuliahan.
![28 maut, bas terjunam dalam gaung di Nepal 28 maut, bas terjunam dalam gaung di Nepal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/71634095113_Nepal.jpg)
28 maut, bas terjunam dalam gaung di Nepal
Kejadian yang berlaku di daerah terpencil Mugu itu, hanya beberapa kilometer sahaja sebelum tiba ke destinasi.