Aktivis Hishamuddin Rais telah ditahan polis polis pada jam 2.30 petang tadi di kediamannya di Taman Seputeh, Kuala Lumpur.
Menurut peguamnya Sivamalar Genapathy, Hishammuddin ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan berkaitan mengadakan perhimpunan haram.
Dia kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
"Setakat ini, pegawai penyiasat masih belum mengambil kenyataan beliau. Saya juga masih tidak pasti jika Hishamuddin akan ditahan malam ini untuk pendengaran reman esok atau beliau akan dibebaskan hari ini setelah kenyataan diambil. Ini semua saya tidak pasti lagi," katanya kepada Astro AWANI.
Sivamalar juga memaklumkan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli turut ditahan bersama Hishamuddin di IPD Dang Wangi.
"Rafizi berada di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sebelum dibawa ke IPD Dang Wangi untuk diambil kenyataannya.
“Beliau ditahan di bawah Seksyen 141 dan 143 Kanun Keseksaan. Beliau turut ditahan di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan,” tambahnya.
Semalam, dianggarkan lebih 10,000 peserta berhimpun pada Hari Pekerja di hadapan bangunan KLCC bagi menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Perhimpunan yang dinamakan perhimpunan #BatalGST itu dianjurkan kumpulan dari NGO Jawatankuasa Mei 1 dan bermula di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur termasuk Pasar Seni, Masjid Jamek, Sogo, Dataran Merdeka dan Masjid Negara sekitar jam 2.30 petang sebelum berarak menuju dan berhimpun di KLCC.
Perhimpunan itu tamat sekitar jam 5.30 petang.
Syafique Shuib
Sat May 02 2015

Hishamuddin ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana berkaitan mengadakan perhimpunan haram.

9,500 rakyat Palestin masih ditahan di penjara Israel
3,405 rakyat Palestin ditahan tanpa tuduhan atau perbicaraan di bawah dasar kontroversi Israel yang dikenali sebagai tahanan pentadbiran.

Batik Air tawar penerbangan tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Aidilfitri
Loke berkata inisiatif berkenaan menyediakan pilihan perjalanan yang adil, telus dan berpatutan semasa kemuncak waktu perayaan.

D'Tandoor, MAHAR umum kerjasama jangka panjang usaha kemanusiaan Gaza
Kerjasama itu bertujuan meringankan penderitaan rakyat Gaza dengan menyediakan bantuan makanan, ubat-ubatan dan keperluan asas.

Kerajaan pertimbang pembenihan awan alternatif padam kebakaran ladang kelapa
Bagaimanapun, usaha itu bergantung kepada keperluan dan cuaca selain perlu bincang lebih dulu dengan METMalaysia dan JBPM.

Ibu nekad redah banjir bersama bayi berusia 21 hari
Nur Hijrah yang memiliki tiga anak berkata dia menganggap banjir yang berlaku sebagai ujian terutama pada Ramadan.

UK tarik balik sekatan ke atas bank pusat Syria, firma petroleum
Pejabat luar Britain tidak memberikan alasan mengenai penghapusan sekatan itu dan tidak segera memberi respons kepada permintaan untuk komen.
Tiada ‘gunung sampah’ di New Delhi menjelang 2026
Ibu negara India, New Delhi, berjanji untuk membersihkan satu daripada tapak timbunan sampah terbesarnya menjelang 2026, sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menghapuskan tapak pelupusan yang mencacatkan pemandangan bandar raya itu.
Kanada akan terus berdepan perang perdagangan dengan AS
Kanada akan terus terlibat dalam perang perdagangan dengan Amerika Syarikat menurut Perdana Menteri Justin Trudeau pada Khamis.
Trudeau menyatakan bahawa Kanada akan terus berunding dengan pegawai kanan pentadbiran Trump berkenaan tarif yang dikenakan Washington terhadap import dari Kanada.
Trudeau menyatakan bahawa Kanada akan terus berunding dengan pegawai kanan pentadbiran Trump berkenaan tarif yang dikenakan Washington terhadap import dari Kanada.

Mohamad Hasan tiba di Jeddah untuk Sesi Tergempar OIC mengenai Gaza
Ketibaan Mohamad disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, dan Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Roslan Sharif.
EU perkukuh pertahanan, ikrar sokong Ukraine
Pemimpin-pemimpin Eropah pada Khamis bersetuju untuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan dan terus menyokong Ukraine.

#BatalGST: Hishamuddin Rais, Rafizi dibebaskan dengan jaminan polis
Hishamuddin Rais dan Rafizi Ramli yang ditahan di Balai Polis Dang Wangi pada petang Sabtu telah dibebaskan awal pagi tadi.

#BatalGST: Polis buru golongan anarkis cetuskan huru hara - Zahid
Tindakan tegas akan diambil terhadap golongan anarkis yang bertindak agresif di himpunan bantah GST di Kuala Lumpur semalam.

#BatalGST: Aktivis Hishamuddin Rais dan Rafizi Ramli ditahan polis
Hishamuddin ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana berkaitan mengadakan perhimpunan haram iaitu perhimpunan #BatalGST yang diadakan semalam.

#BatalGST: Ambiga dan tiga pemimpin Pakatan yang ditahan polis dibebaskan
Polis gagal mendapatkan permohonan lanjutan tahanan reman ke atas empat pemimpin Pakatan yang ditangkap selepas perhimpunan #BantahGST.

Polis tahan peserta dan aktivis #BatalGST
Polis telah menahan beberapa peserta Perhimpunan #BatalGST yang mengadakan bantahan di KLCC hari ini.