KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani tekad membalas kepercayaan diletakkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terhadap mereka, dengan menampilkan aksi bertenaga pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 dari 13 hingga 18 Feb ini.
Walaupun dibelenggu prestasi kurang memberangsangkan pada permulaan musim 2024, Sze Fei mengakui terharu apabila barisan kejurulatihan masih mempercayai kemampuan mereka bagi menggalas tanggungjawab beraksi untuk skuad kebangsaan pada BATC 2024, yang dijadual berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.
"Sangat berterima kasih kepada BAM, masih percaya kepada kami. Saya harap agar dapat bermain dengan bagus dan sumbang satu mata untuk negara di BATC 2024," katanya ketika ditemui pada sesi latihan, di sini.
Pasangan di ranking ke-22 dunia itu bermula goyah pada awal musim 2024 selepas tersingkir awal pada Terbuka Malaysia, Terbuka India dan Masters Indonesia.
Mereka ditunjukkan jalan keluar pada pusingan kedua Terbuka Malaysia oleh rakan senegara Aaron Chia-Soh Wooi Yik, 15-21, 16-21 dan sekali lagi tersingkir di pusingan sama pada Terbuka India di tangan gandingan China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi, 19-21, 21-17, 17-21.
Malang terus menimpa Sze Fei-Nur Izzuddin selepas tumpas mengejut pada pusingan pertama Masters Indonesia kepada gandingan ke-39 dunia dari Thailand, Pharanyu Kaosamaang-Worrapol Thongsa-nga, 14-21, 21-14, 18-21.
Beliau pada masa sama juga bersedia digandingkan dengan pemain lain sekiranya barisan kejurulatihan ingin membuat eksperimen dengan 'memecahkan' gandingan sedia ada pada perlawanan tertentu di BATC 2024.
Selain Sze Fei-Nur Izzuddin, BAM mempertaruhkan Aaron-Wooi Yik serta pasangan meningkat naik, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri.
Bagi kem perseorangan, BAM menyenaraikan pemain profesional, Lee Zii Jia dalam skuad kebangsaan bersama Ng Tze Yong, Leong Jun Hao dan Eogene Ewe.
Malaysia yang turun selaku juara bertahan diletakkan dalam Kumpulan B bersama Taiwan, Kazakhstan dan Brunei.
Hanya dua pasukan teratas setiap kumpulan mara ke suku akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 31 2024

Pasangan di ranking ke-22 dunia itu bermula goyah pada awal musim 2024 selepas tersingkir awal pada Terbuka Malaysia, Terbuka India dan Masters Indonesia. - Foto fail/BERNAMA

Pangkalan data pemantauan salah laku polis AS ditutup atas perintah Trump
Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Reformasi pendidikan fokus utama KPM tahun ini - Azman
Lapan keutamaan termasuk isu keciciran murid, peningkatan profesionalisme guru, pengukuhan kepimpinan pendidikan MADANI, dan penguasaan literasi serta numerasi murid.

Mahkamah Rayuan tetapkan 19 Mei untuk dengar rayuan Siti Bainun
Mahkamah Rayuan menetapkan 19 Mei ini untuk mendengar rayuan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.
Dua wanita Singapura ditahan padam rakaman CCTV
Dua wanita didakwa di mahkamah Singapura pada Jumaat kerana memadamkan klip video dan memformat semula sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan rakaman seorang lelaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah pra sekolah.

Proses pemetaan sempadan Selangor, Kuala Lumpur selesai
Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sempadan bagi Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Okt tahun lepas.

Dua lelaki didakwa tipu urusan penjualan jam tangan mewah lebih RM2 juta
Kedua-dua lelaki tempatan itu turut didakwa menipu seorang wanita membabitkan urusan pembelian 41 utas jam tangan berjenama Rolex.

Gabenor Bank of Greece beri amaran tarif AS boleh lambatkan pertumbuhan zon euro
Amaran itu dibuat susulan laporan bahasa Presiden AS Donald Trump mencadangkan tarif timbal balik ke atas rakan dagang utama, termasuk EU.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam.
[TERKINI] KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid.

Hujan renyai iringi pengebumian jenazah Mohamad Fahmi Hafiz
Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Jamek Permatang Binjai jam 2.45 petang selepas solat Jumaat yang dihadiri kira-kira 150 jemaah.

Wei Chong-Kai Wun perlu fokus rebut slot ke Piala Thomas 2024
Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun perlu fokus terhadap misi merebut tempat dalam skuad Piala Thomas 2024 selepas tidak disenaraikan pada Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.

Tze Yong terima suntikan, bantu beraksi di Eropah
Rexy berkata, ikhtiar itu diharap dapat membantu Tze Yong beraksi pada dua kejohanan di Eropah pada 12-17 Mac.

'Bawa nama negara itu jauh lebih penting'
Kehadiran pemain muda tidak menghalang pemain kidal berusia 29 tahun ini untuk berbakti kepada bumi Jepun.

Keresahan Chong Wei ada asas namun tidak cerminkan prestasi keseluruhan - Norza
Keresahan disuarakan Datuk Lee Chong Wei susulan keputusan kurang memberangsangkan pada Kejohanan BATC 2024 mempunyai asas tersendiri.

BATC 2024: Norza puas hati komitmen pemain meskipun dihimpit isu kecederaan
Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berpuas hati dengan komitmen serta semangat juang yang tinggi dipamerkan pemain negara di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2024.

Mental pemain 'goyah' dengan perubahan taktikal pada aksi final BATC 2024
Situasi itu berlaku apabila dua tonggak perseorangan utama negara terpaksa direhatkan susulan tidak berada dalam keadaan cergas sepenuhnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Februari 2024.

Jun Hao akui terkejut galas tanggungjawab besar di pentas final BATC 2024
Jun Hao mengakui terkejut apabila terpaksa memikul tanggungjawab besar sebagai pemain pertama pada aksi final menentang China pada BATC di Pusat Konvensyen Setia City di sini hari ini.

BATC 2024: Hasrat Malaysia pertahan gelaran tidak kesampaian, tewas 0-3 kepada China
Hasrat skuad lelaki negara untuk mempertahankan gelaran BATC tidak kesampaian apabila tumpas 0-3 kepada skuad China pada aksi final.

SELBATC: Zii Jia, Tze Yong tiada dalam senarai aksi final
Zii Jia dilaporkan kembali mengalami masalah pernafasan manakala Tze Yong pula masih bergelut dengan kecederaan otot belakang.