KUALA LUMPUR: Dua syarikat penerbangan Malaysia, Batik Air dan AirAsia telah menawarkan beberapa penerbangan khusus dengan tambang istimewa bagi penumpang penerbangan MYAirline yang telah digantung operasinya buat sementara waktu.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Batik Air berkata, mereka menawarkan tiket penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke destinasi berikut iaitu Pulau Pinang (RM129); Langkawi (RM159); Kuching (RM199); serta Bangkok (Don Mueang) dan Kota Kinabalu (RM299).
“Melihat kesulitan yang dihadapi oleh penumpang, sasaran kami ialah membantu mereka supaya dapat sampai ke destinasi yang dituju dengan mudah.
"Kami berada di sini untuk menyokong penumpang yang terkesan dalam tempoh ini,” kata Pengarah Strategik Kumpulan Batik Air dan Lion Group, Datuk Chandran Rama Muthy.
Batik Air berkata, penumpang MYAirline boleh melampirkan bukti pembelian tiket awal mereka dan membuat tempahan melalui email kepada [email protected] sehingga 30 November ini.
Sementara itu, AirAsia mengumumkan diskaun 50 peratus berdasarkan harga tambang asas untuk penumpang MYAirline, yang telah membeli tiket penerbangan ke Kuala Lumpur, Langkawi, Pulau Pinang, Tawau, Kota Bharu, Kuching, Kota Kinabalu, Kota Kinabalu-Tawau, Don Mueang- Bangkok dan Suvarnabumi, Bangkok sehingga 30 November ini.
Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, AirAsia Aviation Group Limited, Bo Lingam, berkata, sebagai sebahagian daripada masyarakat penerbangan, mereka bersimpati terhadap nasib yang menimpa penumpang dan petugas MYAirline.
“Kami memahami tekanan dan gangguan susulan situasi sebegini, dan kami berharap diskaun 50 peratus ini dapat membantu pelanggan terkesan untuk membuat tempahan baharu, dan menggunakan rangkaian penerbangan kami yang luas ke semua destinasi utama.
“Ingatan kami juga kepada kesemua petugas berdedikasi yang terkesan dengan situasi ini. Kami menghargai bakat dan pengalaman yang dimiliki oleh oleh mereka dan kami ingin menghulurkan bantuan.
“Kami dengan berbesar hati ingin mengumumkan pertimbangan untuk mengambil individu yang berkelayakan, yang turut berkongsi semangat AirAsia terhadap industri dan bersedia untuk menyumbang kemahiran dan pengalaman mereka kepada pasukan kami.
"Kami menggalakkan petugas MYAirline untuk meneroka kemungkinan menyertai keluarga Allstars,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Thu Oct 12 2023
![Batik Air, AirAsia tawar bantuan kepada penumpang MYAirlines Batik Air, AirAsia tawar bantuan kepada penumpang MYAirlines](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697084271_TBAirAsiaBatikAir.jpg)
Batik Air tawar harga penerbangan serendah RM199 ke destinasi tertentu, manakala AirAsia tawar diskaun 50 peratus.
![Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61616938635_Narathiwat.jpg)
Rakyat Malaysia dinasihat elak kunjungi perkampungan nelayan Narathiwat, kawasan panas dadah
Polis Thailand kenal pasti beberapa perkampungan nelayan di Narathiwat yang lazimnya digunakan oleh pengedar dadah sebagai pangkalan operasi.
![Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739461869_RRamanan.jpg)
Ramanan serah bantuan kewangan RM1.4 juta kepada lapan koperasi komuniti India
Ramanan berkata pemberian bantuan itu adalah bukti komitmen kementeriannya dalam membantu membangunkan ekonomi komuniti India.
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
![Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735097391_TBBatikAir.jpg)
Batik Air umum laluan baharu ke Beijing, Changsha
Batik Air mengumumkan laluan terbaru perkhidmatan penerbangannya yang menghubungkan pelancong dari Malaysia ke Beijing dan Changsha.
![Laluan baharu Batik Air ke Kota Bharu rancakkan pelancongan, ekonomi Kelantan Laluan baharu Batik Air ke Kota Bharu rancakkan pelancongan, ekonomi Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729560371_TBBatikAir.jpg)
Laluan baharu Batik Air ke Kota Bharu rancakkan pelancongan, ekonomi Kelantan
Sebelum ini, Subang SkyPark tidak melakukan penerbangan terus ke LTSIP dan hanya mempunyai laluan dari KLIA ke Kota Bharu.
![Batik Air ke Timor Leste menjelang suku pertama 2025 - Duta Batik Air ke Timor Leste menjelang suku pertama 2025 - Duta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719203141_tbBatikAirKapalT.jpg)
Batik Air ke Timor Leste menjelang suku pertama 2025 - Duta
Batik Air menjadi syarikat penerbangan pertama Malaysia menawarkan perkhidmatan pergi balik antara ibu negara Timor-Leste, Dili dengan Kuala Lumpur.
![76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke 76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729054789_AnthonyLoke.jpg)
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
![Batik Air lancar laluan baharu Pulau Pinang-Jakarta Oktober ini Batik Air lancar laluan baharu Pulau Pinang-Jakarta Oktober ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/81668145917_BatikAir.jpg)
Batik Air lancar laluan baharu Pulau Pinang-Jakarta Oktober ini
Batik Air akan melancarkan laluan baharu antara Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Soekarno-Hatta di Jakarta, Indonesia bermula 1 Okt ini.
![Lebihkan penawaran untuk kawal harga penerbangan - Anthony Loke Lebihkan penawaran untuk kawal harga penerbangan - Anthony Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719222574_BatikAirandKia.jpg)
Lebihkan penawaran untuk kawal harga penerbangan - Anthony Loke
Syarikat penerbangan tempatan boleh mengambil contoh dilakukan Batik Air yang menambah 20 lagi pesawat kepada rangkaian sedia ada untuk meningkatkan kekerapan penerbangan.
![Australia siasat Batik Air 737 terbang di bawah altitud minimum Australia siasat Batik Air 737 terbang di bawah altitud minimum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719203141_tbBatikAirKapalT.jpg)
Australia siasat Batik Air 737 terbang di bawah altitud minimum
ATSB telah membuka siasatan terhadap pesawat Boeing 737-800 Batik Air Indonesia yang disyaki terbang di bawah altitud minimum.
![Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709962615_batikair.jpg)
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
![Standard KLIA diharap lebih tinggi seiring kenaikan caj lapangan terbang - Batik Air Standard KLIA diharap lebih tinggi seiring kenaikan caj lapangan terbang - Batik Air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710367184_KLIApenumpang.jpg)
Standard KLIA diharap lebih tinggi seiring kenaikan caj lapangan terbang - Batik Air
Batik Air menyokong semakan PSC, yang dilihat sebagai pelaburan penting diperlukan.
![Tiket dibeli sebelum tarikh semakan semula PSC akan berasaskan kepada kadar semasa - Batik Air Tiket dibeli sebelum tarikh semakan semula PSC akan berasaskan kepada kadar semasa - Batik Air](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51710148279_batikair.jpg)
Tiket dibeli sebelum tarikh semakan semula PSC akan berasaskan kepada kadar semasa - Batik Air
Batik Air memberi jaminan kepada penumpangnya bahawa tiket yang dikeluarkan sebelum semakan semula PSC yang berkuat kuasa pada 1 Jun, 2024, adalah berdasarkan kepada kadar PSC semasa.