Batik Melaka yang dilancarkan sempena The Grand Cultural Festival Melaka River (CGF) 2019 di sini malam tadi dilihat menyerlahkan identiti seni warisan negeri ini sekali gus mampu mengangkat keunikan Melaka di mata dunia luar.
Ketua Menteri, Adly Zahari berkata Batik Melaka merupakan cetusan idea yang bertujuan untuk memperkaya seni warisan Melaka dan dijadikan jenama fesyen eksklusif menggunakan motif batik mempunyai identiti dan elemen-elemen Melaka.
Beliau berkata, ia juga adalah suatu inovasi terhadap cabang kesenian tempatan apabila semua elemen yang unik untuk negeri Melaka yang bersejarah ini diterjemahkan dalam bentuk lukisan corak batik.
"Motif yang digunakan dalam Batik Melaka adalah bunga kesidang, kancil, sanggul lintang, makara, bumbung rumah Melaka, kubah masjid, hiasan bumbung istana Melaka, buah Melaka, tangga rumah Melaka, roda kereta lembu, kasut manik nyonya, baju kebaya nyonya dan sulaman tebuk kebaya nyonya.
"Pengeluaran Batik Melaka ini dijangka dapat merancakkan sektor pelancongan sekali gus membantu meningkatkan kehadiran pelancong ke Melaka pada hujung minggu dan musim cuti bagi melihat Batik Melaka dengan lebih dekat lagi seterusnya mencapai sasaran Tahun Melawat Melaka 2019 dan Tahun Melawat Malaysia 2020," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Batik Melaka di Dataran Pengkalan Rama di sini yang turut dihadiri Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis; Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar dan Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Saraya Arbi.
Adly berkata dalam merealisasikan Batik Melaka, Institut Warisan Melaka (INSWA) dan ALG Holdings Sdn Bhd bekerjasama menghasilkan produk Batik Melaka sebagai salah satu produk pelancongan yang dapat menarik minat pelancong tempatan dan antarabangsa di negeri ini.
Katanya, populariti batik sebagai salah satu cabang seni sudah mencapai puncaknya di peringkat antarabangsa apabila beberapa jenama gah antarabangsa mengeluarkan koleksi batik masing-masing.
"Justeru, adalah wajar untuk Melaka menggunakan platform seni batik melalui jenama batik Melaka untuk dipopularkan sebagai suatu trend fesyen agar dapat dipasarkan ke pasaran dunia sekali gus mengangkat keunikan negeri Melaka ke peringkat antarabangsa.
"Kita berharap agar pengeluaran Batik Melaka ini dapat mengukuh, mengangkat, memelihara dan meneruskan kesinambungan peranan pengiktirafan yang telah diberikan oleh UNESCO dalam memperjuangkan warisan tidak ketara khususnya seni batik agar ia tidak pupus dan terus berkembang dan digemari di seluruh dunia," katanya.
Tambahnya, mulai tahun hadapan setiap agensi dan jabatan kerajaan di negeri ini digalakkan untuk menggunakan Batik Melaka sebagai salah satu pakaian rasmi.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 25 2019

Adly memberikan tanda bagus untuk pakaian bercorak batik dari Melaka yang dipamerkan di galeri selepas Pelancaran Batik Melaka sempena 'The Grand Cultural Festival Melaka River' pada Isnin. -- fotoBERNAMA

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Saham AS merudum susulan tarif baharu terhadap Kanada, Mexico
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan susulan tindakan Washington meningkatkan perang perdagangan dengan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada dan Mexico.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

Dasar projek ladang solar, infrastruktur nuklear antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Howard Lee minta menteri nyatakan dasar kementerian dalam memperkembang projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik semula jadi dan lombong sedia ada.

Airbus sasar UAE bagi pembuatan komponen pesawat A400M, HAB MRO
Inisiatif itu akan meningkatkan peranan entiti yang berpangkalan di UAE, termasuk EPI dan Strata, dalam pengeluaran dan pembekalan komponen pesawat.

JKNS lancar kod QR Kempen Keselamatan Makanan sempena Ramadan
Menerusi penggunaan QR itu, sebarang aduan di bawah kawal selia JKNS akan disampaikan terus untuk tindakan lanjut.
Serangan pengganas: 12 maut termasuk 7 kanak-kanak di Pakistan
Sekurang-kurangnya 12 orang awam termasuk tujuh kanak-kanak maut selepas dua pengebom berani mati memandu kenderaan yang dipenuhi bahan letupan ke sebuah kemudahan keselamatan di barat laut Pakistan, pada Selasa.
Parlimen Serbia: Kecoh ahli Parlimen lempar bom asap, sembur gas pemedih mata di Parlimen
Ahli parlimen pembangkang Serbia mencetuskan kekecohan dalam sesi parlimen pada Selasa dengan melempar bom asap dan menggunakan gas pemedih mata sebagai tanda protes terhadap kerajaan serta menyokong demonstrasi pelajar yang sedang berlangsung.
"Kekalkan hubungan dengan AS penting bagi menamatkan perang" - Zelenskyy
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy telah mengarahkan menteri pertahanan serta pegawai-pegawai lain untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai bekalan ketenteraan susulan pengumuman Amerika Syarikat bahawa ia menghentikan sementara bantuan ketenteraan kepada Ukraine.

Kebajikan, pendidikan anak veteran tentera akan terus terbela - Adly
Kerajaan memahami keadaan mereka yang tidak mampu lagi bekerja selepas bersara bagi menampung perbelanjaan keluarga.

116 pelatih PLKN 3.0 berjaya tamat latihan hari ini, modul latihan diterima baik - Adly
Sebanyak 116 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 siri pertama berjaya menamatkan latihan selama 45 hari hari ini.

Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.

Mindef tidak bercadang perkenal model elaun kepada PLKN 3.0
Mindef tidak bercadang untuk memperkenalkan model elaun kepada peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang dijadual bermula 12 Jan depan.

Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.

Insiden buli UPNM: Kementerian Pertahanan tambah jumlah warden pantau pelajar
Kementerian Pertahanan mengambil beberapa langkah dan peraturan dalam usaha membendung insiden buli sehingga mengakibatkan kecederaan atau kematian dalam kalangan pelajar UPNM berulang.

PLKN 3.0 dilaksana bermula Januari 2025
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari tahun hadapan.

Situasi di Laut China Selatan selamat dan terkawal - Adly
Walaupun kehadiran kapal China di perairan negara mencetuskan polemik, namun sehingga hari ini mereka tidak melakukan sebarang tindakan agresif seperti dilakukan kepada negara lain.

Malaysia sering terima kunjungan kapal pertahanan dari negara luar
Malaysia sering menerima kunjungan kapal-kapal pertahanan dari negara luar sebagai sebahagian daripada hubungan bilateral.

Perjanjian jual beli saham LTAT dalam Affin Bank kepada Sarawak bakal beri impak positif
Melalui kerjasama pelaburan strategik ini, dana persaraan anggota ATM akan diuruskan dengan lebih berkesan dan efisien.