Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenal pasti 12 lokasi di seluruh negara yang dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi bagi insiden lemas.
Dalam satu kenyataan hari ini, Majlis Keselamatan Aktiviti Air Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata sehubungan itu JBPM telah diarahkan mengadakan kawalan keselamatan di kesemua kawasan terbabit sepanjang musim cuti persekolahan ini.
"Inisiatif ini diambil sebagai usaha kementerian untuk mengurangkan insiden lemas yang telah mencatatkan peningkatan dari semasa ke semasa," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, kawasan yang dikenal pasti sebagai berisiko tinggi termasuk lima di Selangor iaitu Sungai SKC Kampung Timah di Sungai Tinggi; Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu; Sungai Gasi di Sungai Buloh, Air Terjun Sungai Sendat di Ulu Yam dan Empangan Semenyih.
Kawasan lain ialah Pantai Nipah di Bachok, Muara Tok Bali di Pasir Puteh dan Sungai Kampung Sabak, Pengkalan Chepa (Kelantan); Air Terjun Lata Berembun di Raub dan Air Terjun Chamang, Bentong (Pahang); serta Sungai Kampung Batu Payung di Tawau, Sabah dan Teluk Bahang, Batu Ferringhi di Pulau Pinang.
Menurut kenyataan itu JBPM telah merekodkan 186 insiden kejadian lemas bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini dengan insiden di sungai dan tali air mencatatkan jumlah paling tinggi iaitu sebanyak 116 kes.
Pada masa sama Majlis itu menasihati ibu bapa agar memantau pergerakan anak-anak yang menjalankan sebarang aktiviti air.
"Ibu bapa harus memastikan semua langkah keselamatan dititikberatkan sebagai langkah awal yang penting dalam membantu pihak kerajaan mengurangkan insiden lemas di negara ini," demikian menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 21 2018

JBPM kenal pasti 12 lokasi di seluruh negara yang dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi bagi insiden lemas. -Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pusat pemeriksaan: Trafik dijangkakan sesak mulai 31 Ogos menjelang cuti sekolah
Trafik dijangkakan sesak di kedua-dua pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas dalam tempoh 31 Ogos hingga 11 Sept 2023.

Floria Diraja 2022 dilanjut hingga 11 Sept, masuk percuma mulai esok
Floria Diraja Putrajaya 2022 yang dijadualkan berakhir hari ini dilanjutkan sekali lagi sehingga Ahad (11 Sept).

Kegembiraan empat sahabat mandi-manda berakhir tragedi
Empat pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeli itu berkunjung ke lokasi perkelahan berkenaan pada jam 3 petang untuk mandi-manda.

Tiga beradik manfaat cuti persekolahan bantu keluarga
Sejak bapa mereka menjalani pembedahan tulang belakang pada 2019, anak ketiga hingga kelima daripada enam beradik ini ringan tulang membantu ibu.
![[LAPOR LANGSUNG] DIARI LOCKDOWN: 'Jangan taksub dengan idola, kenali diri dan terus terokai diri sendiri' [LAPOR LANGSUNG] DIARI LOCKDOWN: 'Jangan taksub dengan idola, kenali diri dan terus terokai diri sendiri'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51627228770_CikguMuhammadNazmi.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] DIARI LOCKDOWN: 'Jangan taksub dengan idola, kenali diri dan terus terokai diri sendiri'
Cikgu Muhammad Nazmi Rosli, seorang guru di SK Luagan, Lawas menggunakan waktu cuti persekolahan ini untuk menyediakan silibus baharu.

COVID-19: Sabah pertimbang lanjutkan tempoh cuti sekolah
Kerajaan Negeri Sabah mempertimbangkan langkah menambah tempoh cuti sekolah di negeri ini sebagai langkah menangani penularan COVID-19.

Aktiviti memancing lima sekawan berakhir dengan seorang dikhuatiri lemas
Mangsa Daniel Danish Mohd Jasmin,14 tahun, dilaporkan hilang ketika sedang mandi bersama tiga lagi rakannya yang lain.

Orang ramai diingatkan jauhi kawasan larangan TNB
Ibu bapa dan penjaga digesa menasihati anak-anak mereka supaya menjauhi kawasan larangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini pada cuti persekolahan.

Batu Ferringhi antara 12 kawasan berisiko tinggi insiden lemas
Inisiatif ini diambil sebagai usaha kementerian untuk mengurangkan insiden lemas yang telah mencatatkan peningkatan dari semasa ke semasa.