SANDAKAN: Bau busuk dari sebuah rumah di Flat Taman Sejati, di sini, membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki tempatan pada petang Rabu.
Mayat lelaki berusia 57 tahun itu ditemui kira-kira jam 2 petang selepas jirannya terhidu bau kurang menyenangkan di rumah terbabit.
Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek berkata, pengadu yang juga jiran lelaki itu bertindak menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan.
"Pihak polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati pintu jeriji berkunci dan meminta bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk masuk ke rumah tersebut.
"Pihak polis kemudian menemui mayat lelaki itu dalam keadaan duduk di atas kerusi di bahagian ruang tamu. Lelaki terbabit dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa hari lalu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada malam Rabu.
Abdul Fuad berkata, mayat kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk tujuan bedah siasat.
"Siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan kecederaan pada mayat terbabit dan setakat ini tidak terkesan sebarang unsur jenayah.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.
Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sabah memaklumkan ada melakukan operasi membuka pintu jeriji yang terkunci dan terdapat seorang lelaki yang telah disahkan meninggal dunia di dalam rumah berkenaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 13 2022
Pasukan bomba melakukan operasi membuka pintu jeriji yang berkunci di Flat Taman Sejati, Sandakan. - Foto Sinar Harian
[TERKINI] Donald Trump angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat
Langsung Majlis Angkat Sumpah Jawatan Presiden Amerika Syarikat ke 47 Donald Trump di Capitol Rotunda, Washington.
Buletin AWANI Khas: Donald Trump angkat sumpah Presiden AS
Ikuti secara langsung Buletin AWANI Khas sempena Majlis Angkat Sumpah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu.
#AWANInews
#AWANInews
Peserta pelbagai negara sertai pertandingan robotik China
Pertandingan akhir robotik antarabangsa yang dianjurkan di Zhengzhou, China menarik kehadiran peserta yang datangnya dari pelbagai pelusuk dunia. Peserta berbakat yang menyertai saingan hebat reka cipta robot itu ada yang datang dari Amerika Syarikat, Pakistan serta Jerman.
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Upacara pengebumian dua hakim Mahkamah Agung di Tehran
Para penduduk di sekitar Tehran, Iran memberi penghormatan terakhir dalam satu majlis pengebumian dua hakim Mahkamah Agung yang dibunuh lelaki bersenjata baru-baru ini.
Kepresidenan Trump: Trump seorang deal maker, lebih fikir kebaikan AS
Trump juga sedar AS tak mampu untuk berkonflik apatah lagi dengan dua kuasa besar dunia.
14 Februari tarikh tutup kontrak perkhidmatan haji
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi mengumumkan 14 Februari adalah tarikh akhir bagi pejabat urusan haji di pelbagai negara untuk memuktamadkan kontrak perkhidmatan berkaitan Musim Haji 1446H, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Kepresidenan Trump: Dunia masih lihat AS sebagai pemimpin
Biarpun dunia dilihat lebih bersedia untuk menerima Trump sebagai presiden AS yang baharu namun negara itu masih mempunyai beberapa jangkaan yang perlu dilangsaikan.
Malaysia gesa EU tingkatkan sokongan dalam pembiayaan iklim, inisiatif hijau
Dalam satu seruan penting, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Kesatuan Eropah (EU) memperkukuh sokongan kepada Asia Tenggara melalui antaranya pembiayaan iklim yang lebih tinggi.
Tiada tangkapan anggota Abu Sayyaf - Polis Sandakan
Polis menegaskan tiada sebarang tangkapan berkaitan kumpulan Abu Sayyaf di daerah ini seperti yang tular di media sosial, baru-baru ini.