PUTRAJAYA: Kaedah pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengikut Income Contingent Loan (ICL) merupakan cadangan yang praktikal dan tidak membebankan peminjam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata kaedah itu yang merupakan antara cadangan dikemukakan Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional (NRC), akan dilaksanakan melalui pemotongan gaji secara automatik menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Anwar berkata kadar bayaran balik pinjaman PTPTN adalah amat rendah dan kerajaan bimbang dengan kelestarian PTPTN untuk jangka masa panjang.
"Sehingga Mei 2023, jumlah pinjaman yang belum dibayar berjumlah RM66.9 bilion. Jumlah ini sekiranya dibayar, boleh membiayai kira-kira 2.5 juta orang pelajar baharu," katanya dalam ucapan pada majlis penutup Hari Terbuka Pendidikan Tinggi Negara anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof. Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Anwar berkata NRC juga mencadangkan untuk memperkenalkan mekanisme baharu pembiayaan, dimana universiti awam (UA) terikat dengan kerajaan menerusi Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA), untuk menghasilkan pelajar dan penyelidikan yang berkualiti tinggi.
Beliau berkata daripada model geran blok, cadangan yang dikemukakan adalah supaya kerajaan 'membayar' kepada institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) untuk perkhidmatan pendidikan, berdasarkan formula pembiayaan berasaskan prestasi tersebut.
"Formula ini harus berdasarkan kebolehpasaran graduan, gaji siswazah, dan kualiti pendidikan. Institusi yang dapat menonjolkan prestasi yang baik, akan diperuntukkan kos yang lebih tinggi bagi setiap pelajar," katanya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata NRC juga mencadangkan supaya dilaksanakan kitaran perancangan belanjawan tiga tahun, seperti yang dilaksanakan di Hong Kong.
Beliau berkata ia akan dikawal selia oleh Jawatankuasa Geran Universiti (UGC), yang akan mempertimbangkan cadangan yang dikemukakan oleh institusi, menggariskan program dan jumlah sasaran pelajar berdasarkan bidang keperluan negara, manakala pembiayaan disediakan berdasarkan pendaftaran pelajar yang disasarkan.
Anwar berkata NRC juga melihat kepada aspek pengembangan dana endowmen universiti, dengan menghapuskan peraturan perbelanjaan tahunan sebanyak 50 peratus yang dikenakan terhadap endowmen dan dana wakaf.
Beliau berkata universiti terkemuka dunia seperti Universiti Harvard dan Institut Teknologi Massachusetts (MIT), mempunyai dana endowmen besar yang membolehkan mereka melabur semula dalam sistem pendidikan, termasuk meningkatkan alat dan bahan pengajaran, mengembangkan penyelidikan dan menyediakan biasiswa.
"Ini akan membolehkan dana endowmen dan wakaf dapat dikembangkan dan seterusnya dilaburkan semula, bagi meningkatkan akses dan standard pendidikan tinggi," katanya.
Anwar berkata secara keseluruhan cadangan yang dikemukakan NRC, yang ditubuhkan KPT untuk mereformasikan pendidikan tinggi negara, amat baik dan boleh dibincangkan lanjut dengan pihak Kementerian Kewangan (MOF).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 23 2023

Fadillah melihat isi kandungan laporan akhir Jawatankuasa Menyemak dan Mengkaji Semula Dasar Pendidikan Tinggi Nasional daripada Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri) pada Hari Terbuka Pendidikan Tinggi Negara hari ini. - Foto Bernama

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Pemuda UMNO sokong cadangan laksana semula sekatan perjalanan terhadap peminjam PTPTN gagal bayar
Muhamad Akmal berkata peminjam perlu bertanggungjawab dalam pembayaran hutang kepada PTPTN demi generasi akan datang.

PM Anwar umum peruntukan RM35 juta sokong ekosistem wakaf Malaysia
RM30 juta disalurkan untuk menyokong program myWaqafPTPTN dan RM5 juta lagi untuk pembentukan Permodalan Wakaf Nasional Bhd.

LKAN 1/2025: Nilai semula kadar elaun Ahli Lembaga, KPI syarikat subsidiari - Penganalisis
Teguran yang dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 1/2025, perlu disusuli dengan tindakan penilaian semula operasi syarikat-syarikat subsidiari dan agensi-agensi kerajaan dengan segera.

LKAN 1/2025: PTPTN perlu kaji semula mekanisme kutipan bayaran balik pinjaman, tingkat pemantaun
Sehingga 31 Dis 2023, tunggakan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah berjumlah RM10.853 bilion melibatkan 1.20 juta peminjam.

Bebas pinjaman dengan Simpan SSPN
Mula menabung dengan Simpan SSPN untuk membiayai pendidikan anak di institusi pengajian tinggi tanpa perlu meminjam wang lagi.

Simpan SSPN realisasi impian pengajian tanpa hutang
Inisiatif berkenaan dilaksanakan melalui Simpan SSPN, merangkumi Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus, masing-masing dengan pelbagai keistimewaan.

PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan, komitmen kelestarian dana pendidikan negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen LESTARIPendidikan bagi memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan dan relevan untuk generasi akan datang.

Yayasan Waqaf Malaysia diseru urus harta wakaf dengan tatakelola baik - Mohd Na'im
Menteri Hal Ehwal Agama minta Yayasan Waqaf Malaysia urus harta waqaf dengan tatakelola yang baik agar dapat memberikan manfaat kepada pembangunan ummah.

PTPTN peruntuk RM4.28 juta bagi WPP mahasiswa sesi Okt
Setiap pelajar yang layak akan mendapat RM1,500 untuk menampung sebahagian perbelanjaan bagi persiapan awal pelajar memasuki institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) dan politeknik.

Pendaftaran universiti bagi pengambilan Oktober ini dipermudah bagi pelajar B40
Kementerian Pendidikan Tinggi memberi jaminan bahawa tiada pelajar daripada golongan B40 akan tercicir daripada akses pendidikan di negara ini hanya kerana masalah yuran pendaftaran.