KUALA LUMPUR: Kadar bayaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi kru nelayan asing dikurangkan kepada RM320 seorang untuk sektor pertanian bagi tempoh enam bulan pertama berbanding RM1,850 seorang bagi sektor perkhidmatan untuk setahun sebelum ini.
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dalam kenyataan semalam memaklumkan ia adalah antara usaha kerajaan melalui kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen Malaysia serta pihaknya untuk membantu pengusaha vesel perikanan tempatan dalam pelaksanaan PLKS kru nelayan asing.
Kenyataan itu menyebut kelayakan had umur nelayan asing juga ditetapkan hingga 60 tahun bagi permohonan kali pertama masuk ke dalam negara yang mana pengecualian ini diberi khusus kepada sektor perikanan tangkapan.
"MAFS mengunjurkan keperluan kru nelayan asing bagi tahun 2023 (suku pertama) di Semenanjung Malaysia adalah sekitar 17,486 orang. Sehingga kini, seramai 10,063 orang kru nelayan asing telah lulus PLKS.
"Secara keseluruhan, keperluan kru nelayan asing di Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan adalah seramai 24,549 orang. Kelulusan penggajian nelayan asing adalah tertakluk kepada Seksyen 60K Akta Kerja 1955," menurut kenyataan itu.
Kru nelayan asing diwajibkan memiliki PLKS sepenuhnya pada 1 Jan tahun lepas selaras pewartaan Perintah Pasport (Pengecualian) (No. 2) (Pindaan) 2021 dan Perintah Imigresen (Pengecualian) (Pindaan) 2021 pada 28 Mei 2021.
DOF dalam kenyataan sama memaklumkan pihaknya giat berusaha meningkatkan penyertaan pekerja tempatan dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing dalam sektor perikanan tangkapan melalui pelbagai inisiatif serta latihan kepada anak-anak tempatan.
Bagaimanapun, DOF menyatakan pada masa sama, kebenaran diberikan kepada pengusaha vesel perikanan bermuatan 40 Gross Register Tonage (GRT) ke atas untuk menggunakan tenaga kerja asing khususnya vesel pukat jerut bilis, vesel zon C (beroperasi lebih 12 batu nautika dari pantai), zon C2 (lebih 30 batu nautika) dan zon C3 (menangkap ikan tuna di Lautan Hindi).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023
Kru nelayan asing diwajibkan memiliki PLKS sepenuhnya pada 1 Jan tahun lepas selaras pewartaan Perintah Pasport (Pengecualian) (No. 2) (Pindaan) 2021 dan Perintah Imigresen (Pengecualian) (Pindaan) 2021 pada 28 Mei 2021. - Gambar hiasan
Dua rentung, seorang masih hilang dalam kejadian rumah terbakar di Tongkang Yard
Sebuah rumah kelas A atau jenis kekal di Tongkang Yard, Alor Setar terbakar menyebabkan dua mangsa rentung.
Trump temui surat yang ditinggalkan Biden untuknya di Pejabat Oval
Joe Biden tinggalkan surat buat penggantinya dalam laci di Pejabat Oval.
Penunjuk perasaan bakar pinata Trump di Mexico City
Penunjuk perasaan membakar pinata Donald Trump di luar kedutaan AS di Mexico City sebagai protes terhadap penggal baharunya dan dasar anti-imigran.
Ketua NATO, pemimpin EU ucap tahniah kepada Trump, harapkan kerjasama transatlantik yang lebih erat
Ketua NATO dan pemimpin Kesatuan Eropah mengucapkan tahniah kepada Presiden Donald Trump atas kepulangan beliau ke White House.
AWANI Pagi: Trump 2.0: Dasar luar, Asia Barat dan perubahan iklim
Donald Trump sudah rasmi jadi President AS Ke-47. Dasar tidak popular akan mula dilaksana dan ini menuntut kefahaman dunia tentang kemahuan beliau selaku Presiden. Bagaimana dunia harus bersiap sedia? Temu bual bersama Herizal Hazri dan Amir Fareed Rahim dari Davos, Switzerland seiring WEF 2025.
“Penting kekalkan persahabatan dengan Trump”, tuntut gencatan senjata Gaza dipatuhi - Erdogan
Presiden Turkiye menekankan kepentingan mengekalkan hubungan kukuh dengan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, selepas beliau kembali ke White House.
Empat cedera dalam kemalangan tiga kereta langgar tayar lori tercabut di Sitiawan
Empat sekeluarga cedera dalam kemalangan melibatkan tiga kereta melanggar tayar kiri lori tangki muatan minyak 45 tan yang tercabut di Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE).
Trump angkat sumpah sebagai Presiden AS ke-47
Donald Trump mengangkat sumpah untuk penggal kedua sebagai Presiden Amerika Syarikat pada Isnin.
Sumpah itu sekaligus memulakan penggalnya selama empat tahun yang dijangka penuh dengan kontroversi, disertai janji untuk memperluaskan kuasa eksekutifnya.
Sumpah itu sekaligus memulakan penggalnya selama empat tahun yang dijangka penuh dengan kontroversi, disertai janji untuk memperluaskan kuasa eksekutifnya.
Zelenskiy alukan peluang untuk keamanan adil dalam ucapan tahniah kepada Trump
Presiden Trump sentiasa tegas dan dasar keamanan melalui kekuatan yang diumumkannya memberikan peluang untuk mengukuhkan kepimpinan Amerika, kata Zelenskiy.
Trump akan tarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris sekali lagi - White House
Trump sebelum ini menyifatkan perjanjian itu sebagai "bencana" dan "penipuan" yang merugikan AS.
Jabatan Imigresen tumpaskan sindiket pemalsuan dokumen
Jabatan Imigresen Malaysia menahan empat lelaki warga asing dipercayai terlibat dengan sindiket pemalsuan dokumen dalam operasi khas di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, semalam.
MyEG sambung semula pembaharuan PLKS dalam talian untuk pekerja asing
MY E.G. Services Bhd mengumumkan pembaharuan dalam talian Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk pekerja asing akan disambung semula pada 15 Januari 2024.
Imigresen Johor tahan 120 warga asing disyaki tiada dokumen perjalanan sah
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 120 lelaki warga asing selepas disyaki gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa
PLKS bagi sub sektor tekstil, tukang gunting, dan tukang emas dilanjutkan
Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) bagi pekerja asing untuk tiga subsektor iaitu tekstil, tukang gunting dan tukang emas, dilanjutkan selama tiga bulan lagi sehingga 15 Jun ini.
Menteri KDN diminta pertimbang lanjut PLKS dalam tiga subsektor
Sivakumar berkata beliau telah berbincang dengan Saifuddin Nasution mengenai lanjutan masa pemegang PLKS dalam tiga subsektor.
Bayaran PLKS kru nelayan warga asing dikurangkan - DOF
Kadar bayaran PLKS bagi kru nelayan asing dikurangkan kepada RM320 seorang untuk sektor pertanian bagi tempoh enam bulan pertama.
Pengubahan wang haram: Dua ahli perniagaan didakwa lagi
Dua ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM849,484.35.
Lima individu termasuk 'Datuk' didakwa berhubung pengubahan wang haram jutaan ringgit
Didakwa atas 81 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jutaan ringgit berhubung sindiket pengeluaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).
Pengusaha bot nelayan laut dalam rayu tangguh pelaksanaan PLKS
Golongan nelayan terutamanya nelayan Bumiputera terkesan dengan kos pelaksanaan PLKS.
Syarat sertai program RTK dilonggarkan
Ia dipersetujui Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia pada 26 Okt lepas.