KUALA LUMPUR:Kaedah bayaran zakat melalui platform e-dagang, Shopee tidak dikategorikan sebagai pelantikan amil zakat seperti yang didakwa sesetangah pihak.
Sebaliknya, menurut Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Datuk Seri Syed Ali Syed Abbas Al-Habshee, ia merupakan salah satu instrumen (wasilah) atau pemudah cara kepada umat Islam untuk membayar zakat.
“Dakwaan bahawa Shopee telah dilantik sebagai Amil kutipan zakat adalah tidak benar sama sekali, malah pengurusan kutipan dan agihan zakat tetap di bawah tanggungjawab serta seliaan PPZ-MAIWP.
“Justeru, tidak timbul pertikaian mengenai perlantikan tersebut.
"Kita boleh ambil contoh bagaimana bayaran zakat tanaman dan ternakan tidak lagi dibuat secara fizikal, sebaliknya dibayar dengan nilai wang yang dipindahkan ke PPZ menerusi transaksi bank secara dalam talian, sepertimana yang telah diputuskan pihak berwajib.
“Adalah dimaklumkan, sebelum Shopee dibolehlantikkan sebagai agen bayaran zakat, PPZ sudah tentu telah mendapat pandangan dan kerjasama daripada pakar-pakar agama dan yang berkaitan dengannya,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Syed Ali dalam pada itu menjelaskan umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan kini boleh membuat pembayaran zakat di PPZ-MAIWP menerusi aplikasi Shopee apabila platform e-dagang tersebut dilantik sebagai ejen kutipan terkini bagi memudahkan bayaran zakat secara dalam talian.
“Menerusi aplikasi berkenaan, pengguna Shopee boleh menunaikan pembayaran zakat harta serta fitrah tanpa had kepada PPZ pada bila-bila masa dengan lebih mudah dan pantas.
“Pembayaran zakat boleh dilakukan melalui dompet mudah alih ShopeePay, kad debit, perbankan atas talian dan pembayaran secara tunai di kaunter 7-Eleven.
“Pihak PPZ sentiasa mempelbagaikan saluran bayaran bagi memudahkan umat Islam menunaikan zakat dengan selamat, lebih-lebih lagi dalam situasi norma baharu pada masa kini.
"Kerjasama ini dijangka akan dapat membantu ramai pengguna Shopee terutamanya dalam kalangan Muslim menunaikan zakat,” katanya.
Astro Awani
Fri Dec 25 2020

Pihak PPZ sentiasa mempelbagaikan saluran bayaran bagi memudahkan umat Islam menunaikan zakat dengan selamat. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Segera tunai zakat sebelum tahun berakhir, banyak ganjaran menanti
RM1.03 bilion telah diagihkan MAIWP kepada asnaf di Kuala Lumpur tahun ini, namun jumlah kutipan zakat masih sekitar RM969 juta setakat 26 Disember 2024.

MAIM agih kutipan zakat RM134 juta kepada lapan golongan asnaf
MAIM mengagihkan hasil kutipan zakat di bawah Zakat Melaka berjumlah RM134 juta kepada lapan golongan asnaf di negeri itu.

Malaysia negara pertama terima bayaran zakat guna wang kripto
Dengan nilai wang kripto diramal meningkat lagi tahun depan, PPZ-MAIWP mula menerima pembayaran zakat menggunakannya.

Pekerja, usahawan cari rezeki di Pulau Pinang wajib bayar zakat kepada ZPP
Perkara itu diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang bersidang pada 10 hingga 12 Sept lepas.

Bajet MAIWP 2025: Anggaran pendapatan naik kepada RM1.67 bilion, pembangunan ummah teras utama - Na'im
Anggaran pendapatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 2025 meningkat 12 peratus kepada RM1.67 bilion dengan kutipan zakat disasarkan mencapai RM1.2 bilion.

FGV sempurnakan agihan dan pembayaran zakat bagi 2024 berjumlah RM19.9 juta
Sesi kesembilan program FGV Seikhlas Hati bagi tahun 2024 memberi manfaat kepada kira-kira 1,900 orang asnaf seluruh negara.

MAIWP sedia RM5 juta bantu mangsa banjir di seluruh negara - Mohd Na'im
Mohd Na'im menyeru umat Islam di Malaysia untuk segera menunaikan zakat bagi membolehkan bantuan berterusan disalurkan kepada golongan memerlukan.

MAIPs beri zakat RM5,000 kepada bekas ahli GISB, bantu mulakan hidup baharu
MAIPs hari ini memberikan sumbangan zakat RM5,000 kepada seorang bekas ahli GISB sebagai usaha membantu lelaki berkenaan memulakan kehidupan baharu mengikut ajaran Islam sebenar.

Zakat, wakaf berperanan besar pastikan pembangunan ekonomi mampan - TPM Fadillah
Kerajaan melihat sektor ketiga dalam kewangan Islam seperti institusi zakat, wakaf dan infak berperanan besar dalam memastikan pembangunan ekonomi yang mampan dan saksama di negara ini.

Bank Rakyat anjur persidangan iSHAR kali ke-5, tumpu peranan zakat dan isu kontemporari
Bank Rakyat menganjurkan Persidangan Meja Bulat Cendekiawan Syariah Antarabangsa (iSHAR) ke-5 tertumpu pada peranan zakat dan isu kontemporarinya dalam kewangan Islam.