Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa dan bertali pusat dipercayai baru dilahirkan ditemukan berlumuran darah di bumbung sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Seri Dermawan, Bercham di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz, berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan bayi itu pada jam 12.35 tengah hari daripada orang awam.
Beliau berkata bayi itu telah dicampak oleh seorang remaja perempuan berumur 16 tahun dari tingkap biliknya yang terletak bahagian belakang tingkat atas rumah berkenaan dengan ketinggian kira-kira sembilan meter.
"Seorang saksi yang juga jiran suspek mendengar bunyi kuat yang terjatuh di bahagian bumbung rumahnya dan kemudian menemukan bayi berkenaan sebelum bertindak menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.
Menurutnya, pemeriksaan di bilik suspek yang masih belum ke sekolah kerana baru sebulan berpindah ke rumah berkenaan dari Batu Caves, Selangor mendapati terdapat kesan tompokan darah pada gerigi tingkap serta cadar biliknya.
A. Asmadi berkata bayi malang itu berada dalam keadaan kritikal dan mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal, Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
"Suspek telah dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan lanjut...keterangan lanjut masih belum diterima kerana remaja itu dalam keadaan lemah akibat mengalami pendarahan selepas melahirkan bayi berkenaan," katanya.
Katanya, soal siasat ke atas ibu dan dua adik suspek mendapati mereka tidak mengetahui tentang kehamilannya remaja itu, malah semasa kejadian dia tidak menunjukkan sebarang petanda mahu melahirkan anak sebaliknya hanya memberitahu baru sahaja datang haid.
Beliau berkata saksi-saksi kes berkenaan akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 19 2020

Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa dan bertali pusat dipercayai baru dilahirkan ditemukan berlumuran darah di bumbung sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Seri Dermawan, Bercham. -Gambar hiasan

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Penghantar barang ditahan buat aksi tak senonoh terhadap kanak-kanak
Pada Isnin jam 6 petang, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dilaporkan telah diganggu lelaki tidak dikenali dalam lif.

Saksi kemalangan ambulans di Putrajaya diminta tampil bantu siasatan
Ambulans tersebut dalam perjalanan dari Presint 18 mengambil pesakit dan menghala ke Hospital Putrajaya.

Bekas pengawal keselamatan antara empat ditahan kes curi kabel elektrik di Alamanda
Aktiviti mencuri kabel bumi tembaga di pusat membeli-belah Alamanda Putrajaya berjaya ditumpaskan dengan penahanan empat lelaki tempatan.

10 kenderaan diparkir di bahu jalan rosak dirempuh lori
Kejadian yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) itu disahkan Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A. Asmadi Abdul Aziz dan tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Tular isu kompaun RM10,000 tak benar, polis terima pemohonan maaf Uncle Kentang
Polis menerima permohonan maaf Chee Heng yang lebih dikenali sebagai Uncle Kentang, melalui sepucuk surat pada 22 Mac lepas.

Pembantu perubatan maut jatuh dari tingkat 3 hospital
Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di kawasan tempat letak motosikal oleh seorang pengawal keselamatan hospital berkenaan.

Suspek bunuh sempat kemas rumah, lap darah
Suspek didapati bertindak meletakkan kain di bawah ruang pintu bilik mangsa dipercayai bagi mengelak bau busuk mayat.

Bayi baru lahir dicampak dari tingkat dua rumah
Bayi itu telah dicampak oleh seorang remaja perempuan berumur 16 tahun dari tingkap biliknya yang terletak bahagian belakang tingkat atas rumah berkenaan.

Bayi jatuh katil dan tersembam meninggal dunia akibat lemas
Kematian seorang bayi perempuan berusia lapan bulan selepas terjatuh dari katil dan tersembam ke dalam tong sampah di rumah pengasuhnya dikenal pasti akibat lemas.