KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mengeluarkan notis sita (LAK) terhadap sebuah taska terkenal di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya, yang terbabit dalam kejadian kematian bayi berusia dua bulan, Selasa lalu.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata tindakan itu diambil bermula Isnin selepas pemeriksaan mendapati premis terbabit tidak berdaftar dengan JKM.
Katanya, kegagalan sesebuah taska mendaftar dengan JKM menjadi satu kesalahan di bawah seksyen 6(1) Akta Taska 1984.
Beliau dalam pada itu memberi amaran kepada semua taska yang tidak berdaftar, bahawa tindakan LAK akan diambil menyebabkan pengusaha boleh dikompaun atau didakwa, sekiranya masih gagal mengemukakan perakuan pendaftaran taska 21 hari dari tarikh LAK.
“Bermula esok, JKM akan keluarkan notis LAK terhadap taska tersebut. Bagi taska-taska yang tidak berdaftar, tindakan LAK akan diambil dan boleh dikompaun atau didakwa sekiranya masih gagal mengemukakan perakuan pendaftaran taska 21 hari dari tarikh LAK.
“Saya juga menekankan kepentingan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di taska-taska. Namun, pengasuh juga memainkan peranan yang amat penting. Pengasuh taska perlulah berkemampuan, dilatih dengan baik dan memastikan tahap kesihatan mental yang sihat,” kata Nancy dalam satu kenyataan kepada Astro AWANI.
Dalam pada itu Nancy berkata, beliau sering menitikberatkan keperluan tentang ekonomi penjagaan, khususnya bagi melatih pengasuh yang lebih berkemampuan.
“Semakin berkemampuan pengasuh, semakin tinggi kepercayaan antara ibu bapa dan taska,” katanya lagi.
Pada Sabtu, Astro AWANI melaporkan Qaseh Aulia Faizul, yang baru berusia dua bulan maut dipercayai ketika berada di bawah jagaan pengasuh di sebuah taska di Kota Damansara.
Difahamkan, kejadian itu menimpa Qaseh Aulia pada hari kedua dia dihantar ke taska berkenaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, setakat ini, tiga individu termasuk ibu bapa mangsa telah dirakamkan percakapan.
"Kertas siasatan sedang dilengkapkan... pihak polis masih menunggu keputusan bedah siasat bayi berkenaan. Difahamkan taska tersebut mempunyai lima cawangan keseluruhannya," katanya.
Mohamad Fakhrudin berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 3 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Firdaus Azil
Sun Oct 15 2023

Qaseh Aulia yang baru berusia dua bulan maut dipercayai ketika berada di bawah jagaan pengasuh di sebuah taska di Kota Damansara. - Gambar/ Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Bayi dua bulan maut di taska, JKM sita premis - Nancy Shukri
JKM akan mengeluarkan notis sita (LAK) terhadap sebuah taska terkenal di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya, yang terbabit dalam kejadian kematian bayi berusia dua bulan, Selasa lalu.

Pemandu e-hailing boleh peroleh RM7,000 sebulan, tanpa enjin elektrik. Kenapa?
Pemandu teksi tiada pilihan kecuali memikirkan pendekatan lebih inovatif untuk kekal relevan dalam mendepani realiti masa depan.

Tidak perlu undang-undang persendirian tangani pornografi - Nancy Shukri
Tiada keperluan untuk mempunyai undang-undang persendirian untuk menangani pornografi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Selangor rekod kes bankrap tertinggi pada tahun lepas - Nancy Shukri
Selangor merekodkan kes bankrap tertinggi dengan 6,668 kes daripada jumlah 22,305 kes yang direkodkan di seluruh negara, sepanjang tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.