Tidak berhati perut!
Itu lah yang boleh digambarkan apabila mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di dalam kolam terbiar di Kampung Binsuluk, Membakut, semalam.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superitendan Azmir Abdul Razak berkata pihak polis menerima laporan daripada pengadu dalam jam 1.05 petang itu sebelum bergegas ke lokasi penemuan mayat bayi tersebut.
Tambahnya, hasil siasatan mendapati bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu telah reput dan berbau.
"Kejadian tersebut berlaku di dalam kawasan rumah saksi yang bernama Ag Madun Estor yang mana kawasan tersebut merupakan kawasan terbiar yang ditumbuhi lalang. Tempat kejadian juga merupakan kawasan sunyi yang terletak di laluan jalan mati menuju ke rumah mangsa.
"Mayat bayi itu telah di rujuk di Hospital Kuala Penyu untuk pemeriksaan doktor. Pihak polis juga telah merakam keterangan saksi dan memaklumkan kepada pihak Hospital untuk pengesahan kematian,"k atanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Menurut Azmir, siasatan lanjut akan dibuat untuk mengesan suspek dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
Mayat bayi malang tersebut dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE), Kota Kinabalu dan bedah siasat akan dibuat pada Isnin ini.
Fifi Harteeny Marzuki
Sun Oct 07 2018

Hasil siasatan mendapati bayi yang cukup sifat dan masih bertali pusat itu telah reput dan berbau.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Lelaki maut dihempap traktor di Beaufort
Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, mangsa Abdul Hamid Rajja, 69 tahun, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala serta leher.

Kimanis Memilih: Polis jamin keselamatan terkawal
Seramai 859 pegawai dan anggota pelbagai cawangan akan bertugas sepanjang tempoh tersebut termasuklah memastikan kelancaran proses pemindahan peti ke pusat pengiraan undi.

Kimanis Memilih: Keselamatan pada hari mengundi terkawal
Polis Beaufort menjangkakan tahap keselamatan sepanjang proses pengundian esok adalah terkawal.

PRK Kimanis: Polis buka enam kertas siasatan
Antara kesalahan berkenaan merangkumi Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dan lain-lain.

Buruh asing lintas jalan secara berbahaya, maut dirempuh
Mangsa dikenali sebagai Sukarno Pulalon, 35 tahun, yang bekerja sebagai buruh binaan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemuda maut digilis kereta api
Mangsa, yang dipercayai tertidur di landasan kereta api, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Polis buru lelaki ugut isteri guna senapang buatan sendiri
Terdahulu seorang wanita berusia 37 tahun membuat laporan polis mendakwa dia diugut dengan selaras senapang dan ditumbuk dimulut oleh suaminya pada kira-kira pukul 9.00 malam.

Bayi lelaki cukup sifat dibuang di kolam terbiar
Mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemui di dalam kolam terbiar di Kampung Binsuluk, Membakut, semalam.

Kanak-kanak maut, dua parah lori sawit terbabas
Seorang kanak-kanak lelaki warga asing berusia lapan tahun maut manakala ibunya dan seorang lelaki parah selepas lori 10 tan membawa muatan kelapa sawit yang dinaiki mereka terbabas.