KUALA SELANGOR: Bunyi tangisan kuat membawa kepada penemuan seorang bayi perempuan di belakang sebuah rumah dalam pembinaan di Kampung Pasir Tuntong di sini pada awal pagi Isnin.
Jiran yang mendengar suara tangisan itu terkejut apabila menemui bayi masih bertali pusat kira-kira jam 1.40 pagi.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat awam tentang penemuan bayi berkenaan.
"Hasil pemeriksaan mendapati bayi itu dalam keadaan bogel dan masih bernyawa di lantai simen rumah tersebut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di sini pada Isnin.
Ramli berkata, polis juga tidak menemui sebarang nota atau barangan lain ditinggalkan di lokasi berkenaan.
Katanya, rumah kampung itu dalam proses pembinaan dan bayi berkenaan dihantar ke Hospital Tanjong Karang bagi pemeriksaan lanjut.
"Siasatan awal mendapati bayi itu baru saja dilahirkan sebelum ditinggalkan di rumah berkenaan," jelas beliau.
Ujar beliau, bangsa bayi itu belum dikenal pasti dan polis sedang mengesan individu yang terlibat bagi membantu siasatan.
"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana sengaja membuang mana-mana bayi atau meninggalkan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun," tambahnya.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Ikhwan Mohd. Zuki di talian 019-9699015 atau balai polis berdekatan bagi tindakan lanjut.
Dalam kes berasingan, Ramli berkata, pihaknya memberkas seorang lelaki warga emas yang didapati menyamun sebuah kedai emas di pekan Tanjong Karang di sini pada 15 September lalu.
Jelas Ramli, suspek berusia 63 tahun itu dikatakan berpura-pura sebagai pelanggan sebelum melarikan rantai emas bernilai RM12,000 pada jam 10.40 pagi.
"Lelaki itu kemudian berjaya ditahan di rumah sewanya di Banting keesokan hari berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Sep 25 2023

Ramli menunjukkan gambar bayi perempuan yang dijumpai di Kampung Pasir Tuntong, Kuala Selangor pada awal pagi Isnin. -Foto Sinar Harian

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Bayi perempuan dijumpai di belakang rumah belum siap
Jiran yang mendengar suara tangisan itu terkejut apabila menemui bayi masih bertali pusat kira-kira jam 1.40 pagi.