Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dijumpai oleh orang awam di sebuah hentian bas berhadapan Klinik Kesihatan Seksyen 7 di sini, awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata dalam kejadian 12.45 tengah malam itu, bayi tersebut ditemui berbalut kain merah jambu oleh seorang pemandu van yang dalam perjalanan ke stor syarikat kateringnya di Seksyen 7.
"Ketika tiba di hentian bas itu, pemandu van tersebut ternampak satu objek berbalut dengan kain merah jambu lalu memberhentikan kenderaannya untuk memeriksa.
"Dia kemudian terdengar suara bayi menangis lalu merapati objek berkenaan dan mendapati seorang bayi yang masih bertali pusat dengan sedikit darah," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya pemandu van itu kemudian ,membawa bayi tersebut ke pondok polis Hospital Shah Alam bersebelahan klinik kesihatan berkenaan.
Baharudin berkata kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi berkenaan. -- Bernama
Bernama
Sat Aug 04 2018

Dalam insiden pada awal pagi Sabtu, seorang pemandu van ternampak satu objek berbalut dengan kain merah jambu lalu memberhentikan kenderaannya untuk memeriksa. - Gambar hiasan

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi.

Kehamilan remaja, perkahwinan bawah umur membimbangkan - Nancy Shukri
44,263 kes kehamilan remaja telah direkodkan sejak lima tahun lepas, dan daripada jumlah itu 17,646 melibatkan remaja yang belum berkahwin.

Pejabat Kebajikan Masyarakat Rompin cari waris bayi perempuan
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Rompin sedang mengesan waris kepada bayi perempuan yang ditinggalkan tanpa dokumen di Tapak Projek PR1MA Pinggir Pelangi, Muadzam Shah, Rompin pada 1 Nov lepas.

Lelaki direman enam hari bantu siasatan kes buang bayi
Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan permohonan reman selama enam hari terhadap seorang lelaki berusia 44 tahun bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi semalam.

Bayi lelaki ditinggalkan berhampiran Pantai Paka
Pihak polis menerima maklumat mengenai penemuan bayi itu daripada orang awam yang melalui kawasan pantai berkenaan.

Buang bayi baru lahir di Taiping, lelaki warga Nepal ditahan
Polis Taiping terima laporan dari Bahagian Kecemasan Hospital Taiping berhubung seorang pesakit wanita warga Kemboja yang baru melahirkan anak.

Wanita didenda RM2,000 buang bayi belakang rumah
Dia didakwa mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bayi baru lahir ditemukan di surau
Seorang bayi lelaki baru lahir ditemukan dalam keadaan berselimut oleh orang awam di sebuah surau dekat sini semalam.

Abang maut dalam tasik, bayi ditemui merangkak tepi lebuh raya
Pihak berkuasa giat menjejaki 'bayi ajaib' itu setelah penemuan mayat abangnya yang berusia empat tahun di sebuah tasik pada awal minggu lalu.

Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.