MELAKA: Seorang bayi perempuan yang baharu dilahirkan ditemukan dalam tong sampah berdekatan Flat Langkawi, Taman Pantai Emas di Klebang Besar, Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata bayi masih bertali pusat dan uri itu dijumpai seorang pesara dalam keadaan berbalut tuala kira-kira 10.30 malam.
Beliau berkata sebelum itu, anak remaja lelaki pesara itu yang berusia 18 tahun mendengar suara mencurigakan dari dalam tong sampah ketika melalui kawasan tersebut lalu pulang ke rumahnya di Taman Pantai Emas untuk memaklumkan kepada bapanya.
"Pesara lelaki berusia 50 tahun itu kemudian pergi ke tong sampah tersebut dan menemukan satu beg plastik putih serta mendengar suara mencurigakan disyaki suara bayi baharu dilahirkan.
"Beliau kemudian membawa plastik putih berisi bayi berkenaan ke Balai Polis Batang Tiga kira-kira 10.50 malam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Christopher berkata pihak Hospital Melaka tiba ke balai berkenaan kira-kira 11.10 malam bagi membuat pemeriksaan kesihatan bayi tersebut dan memotong tali pusat serta urinya.
Beliau berkata tiada kecederaan ditemukan pada badan bayi itu dan bayi terbabit kini ditempatkan di Wad Nurseri Penjagaan Rapi Hospital Melaka.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran manakala orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta melaporkan kepada balai polis berhampiran.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023

Seorang bayi perempuan yang baharu dilahirkan ditemukan dalam tong sampah berdekatan Flat Langkawi, Taman Pantai Emas di Klebang Besar, Rabu lepas. - Gambar hiasan

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Bayi perempuan 15 bulan maut tercampak ke dalam tali air
Seorang bayi perempuan berusia 15 bulan maut selepas tercampak ke dalam tali air dalam kejadian di Kampung Tok Belian, Pengkalan Petah di Bachok, semalam.

Isteri MK K-Clique selamat lahirkan cahaya mata perempuan
Berita gembira itu itu dikongsikan oleh MK di Instagram miliknya yang turut meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi perempuannya itu.

Bayi cedera di muka disyaki didera pengasuh
Seorang bayi perempuan berusia 17 bulan cedera di bahagian muka dipercayai akibat didera pengasuh di sebuah pusat asuhan di Bandar Mahkota Cheras, Kajang pada Sabtu lepas.

JKM kesan waris bayi ditinggalkan dalam kotak
Bayi berusia tidak sampai sebulan itu telah menerima rawatan selengkapnya dan kini berada dalam sihat di bawah jagaan JKM.

Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.

Wanita bersama bayi perempuan maut nahas kereta, lori tangki
Mangsa yang cedera dibawa ke hospital menaiki ambulans bagi menerima rawatan lanjut.

Bayi cukup sifat ditinggalkan di tangga pangsapuri
Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemukan di atas anak tangga di tingkat sembilan sebuah pangsapuri di Taman Daya, pada 11 Mac lepas.

Junjung kasih pesanan Raja Permaisuri Agong, suami isteri namakan puteri sulung ‘Azizah’
Pasangan suami isteri berkongsikan kegembiraan mereka apabila menyambut puteri sulung mereka pada 9 Januari lepas, yang diberi nama Azizah Yumna Azzahra Hasri.

Disyaki buang bayi di Selama, dua remaja ditahan polis
Dua remaja, masing-masing lelaki berusia 17 tahun dan perempuan berusia 14 tahun, ditahan polis kerana disyaki membuang bayi.

JKM kesan ibu kandung bayi perempuan
Menurut JKM, bayi itu ditinggalkan ibunya, Wan Azlina Wan Mohamad ketika mendapatkan rawatan di HUSM.