KUALA KRAI: Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan maut selepas kereta yang dinaiki bersama ibu bapanya terbakar selepas melanggar tiang lampu di hadapan sebuah bank di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, awal pagi tadi.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai Mohd Fadzil Musa berkata mangsa Wan Sabeena Arisha Wan Shahrizat ditemukan rentung berhampiran kenderaan itu, manakala pemandu yang juga bapa bayi berkenaan, Wan Shahrizat Azwan Wan Shahril, 28, cedera parah akibat melecur seluruh tubuh.
"Pihak bomba terima panggilan kecemasan mengenai kemalangan jalan raya di lokasi berkenaan pada pukul 4.04 pagi membabitkan sebuah kereta Honda Jazz yang terbabas dan melanggar tiang lampu sebelum kenderaan dinaiki tiga beranak itu terbakar.
"Mayat bayi berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala bapa dan ibu mangsa Nur Hasidah Razmi, 25, yang cedera ringan diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023

Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan maut selepas kereta yang dinaiki bersama ibu bapanya terbakar selepas melanggar tiang lampu di hadapan sebuah bank di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, awal pagi tadi. -Facebook IRDK
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Nur Hasifah masih trauma tragedi anak, suami terbakar
Nur Hasifah reda dengan insiden yang meragut nyawa suami dan bayi mereka berusia tujuh bulan.

Bayi tujuh bulan rentung kereta dipandu bapa terbakar
Mangsa Wan Sabeena Arisha Wan Shahrizat ditemukan rentung berhampiran kenderaan itu, manakala pemandu yang juga bapa bayi berkenaan, Wan Shahrizat Azwan Wan Shahril, 28, cedera parah akibat melecur.

Tiga beranak termasuk bayi rentung dalam kebakaran di Hulu Selangor
Mangsa dipercayai sepasang suami isteri berusia lingkungan 30 an dan bayi lelaki mereka rentung dalam kejadian itu.