KOTA BELUD: Bermula dengan menjual hasil pertanian seperti sayur-sayuran dan buah-buahan di tepi jalan, Usal Jon, 53, kini berasa seronok dan teruja apabila berpeluang memiliki lot gerai baharu yang lebih bersih dan selesa di Bazar Rakyat Kota Belud di sini.
Peniaga dari Kampung Tempasuk I di sini itu berkata, bazar rakyat berkenaan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung, sekali gus membantu golongan peniaga seperti beliau mengembangkan perniagaan serta meningkatkan hasil jualan.
Justeru, beliau berterima kasih kepada kerajaan serta pemimpin setempat kerana berjaya membangunkan bazar rakyat itu dengan prasarana terbaik.
"Saya gembira dapat berniaga di sini kerana ada tempat letak kereta yang memberi kemudahan kepada peniaga dan pengunjung. Sebelum ini saya berniaga di tepi jalan dan membuat permohonan berniaga di bazar ini yang akhirnya diterima.
"Saya berharap pihak berkaitan dapat mempromosikan bazar rakyat ini bagi menarik lebih ramai pengunjung membeli-belah di sini seterusnya menyokong perniagaan usahawan tempatan," katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.
Bazar Rakyat Kota Belud yang dirasmikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican hari ini, mula dibina pada 6 Jan 2016 dan diserahkan kepada Majlis Daerah Kota Belud pada Februari lepas bagi menggantikan pasar yang tidak dapat lagi menampung keperluan peniaga dan penduduk.
Pada asalnya ia adalah tapak pasar tani dan deretan kedai lama, yang kemudian dibina sebuah bazar dengan kos RM24 juta bagi menyediakan premis perniagaan lebih teratur dan selesa untuk peniaga serta pengunjung selain memberi manfaat kepada lebih 100,000 penduduk setempat.
Bazar yang merangkumi blok bangunan tiga tingkat itu dilengkapi 148 unit gerai basah; 78 unit gerai kraf tangan dan tekstil; 26 unit gerai medan selera dan 60 unit parkir memudahkan penduduk setempat mendapatkan barang keperluan selain membuka peluang perniagaan baharu.
Seorang lagi peniaga Dosilih Tompuling, 48, dari Kampung Melangkap Kapa berkata infrastruktur bazar rakyat itu lebih baik berbanding pasar tani sebelum ini kerana peniaga dapat berniaga sepanjang masa dan terlindung daripada panas atau hujan.
"Bazar Rakyat ini sangat selesa, panas atau hujan kami masih boleh terus berniaga. Saya berharap bazar ini dijadikan sebagai pusat sehenti (dengan menawarkan pelbagai barangan) untuk kemudahan peniaga dan pembeli," katanya yang menjual hasil pertanian sejak 2005.
Sementara itu, Reezal Merican berkata Bazar Rakyat Kota Belud turut mengaplikasikan sistem pembayaran tanpa tunai menggunakan QRPay Duitnow bagi peniaga berdaftar.
Katanya pembayaran secara tanpa tunai itu diharap dapat menyumbang ke arah transaksi lebih tinggi serta memudahkan rakyat menjalankan perniagaan menggunakan teknologi semasa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 03 2022
![Bazar Rakyat Kota Belud beri keselesaan, pacu ekonomi tempatan Bazar Rakyat Kota Belud beri keselesaan, pacu ekonomi tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41664795215_BAZARRAKYATKOTABE.jpg)
Acara perasmian Bazar Rakyat Kota Belud hari ini. - Bernama
![RMHC Malaysia rasmi Rumah Ronald McDonald di HTA, bantu 4,000 keluarga sejak beroperasi RMHC Malaysia rasmi Rumah Ronald McDonald di HTA, bantu 4,000 keluarga sejak beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739614548_RMHHTA.jpg)
RMHC Malaysia rasmi Rumah Ronald McDonald di HTA, bantu 4,000 keluarga sejak beroperasi
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) merasmikan Rumah Ronald McDonald (RMH) di Hospital Tunku Azizah (HTA), sempena meraikan pencapaian empat tahun fasiliti itu.
![Tiga cedera, silinder gas meletup Tiga cedera, silinder gas meletup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739614165_Silindergasmeletup.jpg)
Tiga cedera, silinder gas meletup
Seorang pekerja patah kaki manakala dua lagi cedera ringan dalam insiden letupan silinder gas di sebuah kilang pembuatan dan penyelesaian komponen elektronik di Pulau Pinang.
![OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali' OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739609456_SamAltman.jpg)
OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'
OpenAI pada Jumaat secara rasmi menolak tawaran hampir US$100 bilion oleh Elon Musk untuk memperoleh organisasi tidak berasaskan keuntungan yang mengawal syarikat permulaan AI itu, lapor Xinhua.
![Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739607935_RihannaAAPRocky.jpg)
Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah
Penyanyi terkenal Rihanna dan pasangannya, A$AP Rocky, berpimpin tangan meninggalkan Mahkamah California selepas hujahan penutup selesai dalam perbicaraan kes tembakan pada Jumaat.
![50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram 50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739613931_kgpeluruke.jpg)
50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram
Serbuan di sebuah kilang memproses sampah elektronik (e-waste) di Telok Panglima Garang, di sini, membongkar penemuan kira-kira 50,000 kilogram (kg) peluru termasuk kelongsong, pada Sabtu.
![Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733142105_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.
Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat berkata beliau akan mengumumkan tarif ke atas kereta import pada awal April.
Thailand hantar 10 suspek kes penculikan, pusat penipuan ke China
Thailand menghantar pulang 10 warga China dikaitkan dengan kes penculikan pelakon terkenal yang diselamatkan dari sebuah pusat penipuan siber di Myanmar.
![PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739612035_AnwarIbrahim.jpg)
PPR Harmoni MADANI model kerjasama estet-kerajaan bangunkan perumahan pekerja - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Program Residensi Rakyat (PRR) Harmoni MADANI Bestari Jaya dijadikan model kerjasama antara estet dan kerajaan dalam membangunkan perumahan pekerja.
Rihanna, A$Ap Rocky tinggalkan mahkamah
Penyanyi terkenal Rihanna dan pasangannya, A$AP Rocky, berpimpin tangan meninggalkan Mahkamah California selepas hujahan penutup selesai dalam perbicaraan kes tembakan pada Jumaat.
![Bazar Rakyat Kota Belud beri keselesaan, pacu ekonomi tempatan Bazar Rakyat Kota Belud beri keselesaan, pacu ekonomi tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41664795215_BAZARRAKYATKOTABE.jpg)
Bazar Rakyat Kota Belud beri keselesaan, pacu ekonomi tempatan
Bazar rakyat berkenaan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung.