KUALA LUMPUR: Bintang acara berbasikal trek negara yang sedang meningkat naik, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mampu menjadi pelumba bertaraf dunia apabila memasuki usia pertengahan dua puluhan, kata ketua jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley.
Sehubungan itu, beliau berharap rakyat Malaysia dapat memberi ruang dan masa kepada pelumba berusia 20 tahun itu untuk berkembang secara fizikal dan kematangan, sekali gus membuka jalan untuk atlet harapan itu menampilkan persembahan menakjubkan pada masa hadapan.
"Sejujurnya Nurul Izzah membuat saya teruja melihat betapa cepatnya dia belajar, tetapi dia masih dalam proses pertumbuhan dan perkembangan. Jika proses ini cuba disegerakan, ia hanya akan menjejaskan atlet.
"Semua orang berbeza, ada yang dapat berkembang maju dengan cepat dan ada yang mengambil masa lebih lama. Apa yang saya boleh beritahu anda adalah dia akan menjadi pelumba yang baik jika diberi masa dan kita tidak perlu memberi tekanan berlebihan kepadanya," katanya kepada Bernama.
Bulan lepas, anak kelahiran Sungai Petani itu melakar pencapaian hebat apabila muncul juara keirin wanita dan menamatkan kemarau emas Malaysia selama 12 tahun dalam Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di New Delhi.
Kali terakhir Malaysia meraih emas dalam acara keirin wanita ialah pada edisi 2012 di sini menerusi Fatehah Mustapa.
Nurul Izzah turut memenangi emas dalam acara 500 meter ujian masa, perak dalam acara pecut berpasukan wanita dan gangsa dalam acara pecut wanita di New Delhi.
Walaupun persembahannya cemerlang di New Delhi, Nurul Izzah tidak dapat mengekalkan momentumnya pada kejohanan Piala Negara-negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) 2024 di Hong Kong minggu lepas apabila tewas awal dalam acara keirin dan pecut wanita.
Bagaimanapun, Beasley yang menyifatkan gadis kecil molek itu sebagai 'The Pocket Rocketwoman', berpuas hati dengan persembahan Nurul di Velodrom Hong Kong.
Jurulatih kelahiran Australia itu berkata juara Sukan Malaysia (Sukma) itu telah melakukan apa yang diharapkan pasukannya semasa perlumbaan di Hong Kong.
Beliau berkata, kejohanan di Hong Kong itu memberi pengajaran berharga kepada Nurul untuk berkembang sebagai pelumba basikal terkemuka, termasuk pelaksanaan taktikal dan pendedahan apabila bersaing dengan beberapa pelumba terbaik dunia.
Beasley yang kini berada di United Kingdom untuk ujian bersama pasukannya, mengesahkan bahawa Nurul Izzah akan bersaing pada pusingan akhir Piala UCI di Milton, Kanada, yang dijadualkan berlangsung 12-14 April.
Beliau juga mendedahkan rancangan pasukan itu untuk ke Australia Jumaat ini bagi menjalani kem latihan bersama Mohd Azizulhasni dan dua Sahrom bersaudara iaitu Muhammad Shah Firdaus dan Muhammad Ridwan sehingga 7 April, sebelum pelumbaan mereka di Milton. - BERNAMA
Bernama
Wed Mar 20 2024

Bintang acara berbasikal trek negara yang sedang meningkat naik, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mampu menjadi pelumba bertaraf dunia apabila memasuki usia pertengahan dua puluhan. - Gambar fail/BERNAMA

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Hafiq yakin mampu bawa cabaran lebih besar
Pelumba endurance ini melakar impian besar untuk membawa nama Malaysia ke pentas Olimpik.

LTdL tahun hadapan akan lebih 'menyengat'
Dua pendakian berturut-turut yang diperkenalkan pada edisi tahun ini akan diteruskan setelah format itu berjaya meninggalkan impak serta kejutan.

LTdL 2024: Mamat terkedu tersingkir dari saingan
Mohd Harrif terpaksa akur dengan ketetapan itu selepas menjadi antara 18 pelumba tidak menamatkan perlumbaan dalam had masa ditetapkan.

LTdL 2024: Dataran Lang jadi saksi kemeriahan majlis pengenalan 22 pasukan
Kali terakhir Langkawi menjadi tuan rumah majlis simbolik sebelum perlumbaan bermula secara rasmi itu adalah pada 2018.

Azizulhasni Awang tawar diri jadi penasihat prestasi
Beliau berkongsi perkara itu menerusi media sosial, sambil menyenaraikan beberapa kelebihan dan pengalamannya sepanjang bergelar atlet.

Impian Zulhelmi sarung jersi pasukan benua tercapai
Zulhelmi mencipta impak besar apabila muncul pelumba terbaik Asia pada peringkat keempat dari Bukit Mertajam ke Meru Raya, Ipoh.

SUKMA 2024: Muhammad Hafiq tekad hadiah pingat untuk Melaka
Katanya, walaupun acara yang bakal disertainya bukan acara kegemaran, namun beliau mahu memberikan kayuhan terbaik sekali gus menaiki podium.

Sukan Olimpik Paris: Tambah berat badan jadi agenda Nurul Izzah Izzati
Tuntutan perlumbaan elit memerlukan Nurul Izzah Izzati meningkatkan kualiti ototnya jika mahu berdaya saing di samping pelumba handalan dunia.

MPC tutup kempen di Bangkok dengan cemerlang
Dalam aksi peringkat terakhir, pelumba MPC berhasil meraih tempat kedua dengan mempamerkan kemahiran dan keazaman luar biasa.

Beasley jangka Nurul Izzah mampu 'meledak' sebagai pelumba bertaraf dunia
Nurul Izzah Izzati Mohd Asri mampu menjadi pelumba bertaraf dunia apabila memasuki usia pertengahan dua puluhan.