Sambutan Hari Kemerdekaan membawa erti yang begitu besar bagi anak muda ini dalam dia menongkah usia dewasa.
Bila tiba tanggal keramat 31 Ogos, hatinya pasti berdetik bangga.
Kalau negara ini merdeka daripada belenggu penjajahan, dirinya pula bebas merdeka daripada jerutan kemiskinan.
Lebih 30 tahun lepas, anak sulung daripada tujuh beradik ini membesar dalam kehidupan yang serba-serbi kekurangan di kampung orang tuanya, Kampung Bukit Bangkong, Kuantan, Pahang.
Susahnya hidup anak muda ini dan keluarganya ibarat 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.'
MERDEKA DIRI
Tanpa kesungguhan dan tekad untuk mengeluarkan keluarganya daripada kepompong kemiskinan, anak Orang Asli suku kaum Jakun, Pahang ini tidak mungkin berada di tahap sekarang.
Kalau dia tidak kisah hidup susah, tidak kisah makan bubur nasi berlaukkan pucuk paku dan ikan sungai, dia mungkin masih tinggal di kampung seperti sesetengah anak muda Orang Asli lain yang tercicir daripada arus pembangunan negara.
Anak muda ini tidak memilih jalan mudah itu.
Sebaliknya, dia menjadikan kemudahan kerajaan memberi peluang pendidikan termasuk untuk anak Orang Asli sebagai jalan keluar untuk memerdekakan dirinya daripada terus dibelenggu kemiskinan.
NASIHAT EMAK AYAH
Kedaifan hidup banyak mengajar anak muda ini untuk berhati waja dalam menempuh pancaroba kehidupan.
Beliau memberitahu penulis memang emak ayahnya miskin tetapi mereka kaya dengan nasihat.
Antara ungkapan nasihat orang tua, Mat Dong bin Batin Dagang dan Lee Dee ialah mengingatkan dirinya supaya rajin belajar demi masa depan.
"Saya perlu jadi contoh kepada adik-beradik saya. Sekarang sudah terbukti dengan pendidikan, saya mampu merubah kehidupan saya dan keluarga. Ini terbukti dengan kejayaan yang saya kecapi pada masa kini.
"Sekiranya saya tiada pendidikan, tidak mungkin saya sampai ke tahap saya sekarang," anak muda ini, Ir Mahat a/l Mat Dong berkongsi kisah hidupnya dengan penulis.
Berpegang kepada prinsip, "Tidak ada yang mustahil dalam hidup ini, seandainya kita berusaha dan terus berusaha, kita akan mencapai kejayaan yang kita impikan " Mahat terus berusaha untuk memperbaiki dirinya sehingga berada di kedudukannya hari ini.
Pencapaian cemerlangnya juga membuatkan dia dinobatkan Anugerah Ikon Orang Asli Kebangsaan 2009. Pencapaian terbaru beliau ialah menerima Anugerah Belia Orang Asli Negeri Pahang 2012.
Mahat kini menyandang jawatan Ketua Penolong Pengarah Mekanikal, Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal, Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
MESTI BERANI
Meskipun Mahat berjaya memerdekakan diri serta keluarganya daripada belenggu kemiskinan, hatinya masih belum puas.
Mahat masih memikirkan nasib anak-anak muda kaumnya yang masih ramai tinggal di kawasan pedalaman.
Menurut beliau, kebanyakan mereka masih tidak mempunyai sumber pendapatan tetap menyebabkan masih terus ketinggalan dari arus pembangunan negara.
"Masyarakat Orang Asli perlu berfikiran terbuka dan berani untuk berubah. Mereka perlu ubah paradigma dengan keluar daripada kepompong kehidupan sekarang ini.
"Mereka perlu menerima segala bentuk pembangunan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Melalui pendidikan jugalah kita dapat membentuk generasi yang tahu sejarah pembangunan negara di samping melahirkan insan yang mempunyai semangat patriotik dan menghargai jasa pemimpin," tambahnya.
Menurut Mahat, kerajaan melalui dasar yang dilaksanakan ternyata tidak mahu Orang Asli terus ketinggalan dalam bidang pendidikan.
Sehubungan itu, Mahat melihat tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini "Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpah Darahku" sebagai menepati keperluan masa kini.
"Tema ini dapat memberi kesedaran kepada kita bahawa negara ini mempunyai sistem pemerintahan beraja yang diketuai Yang di-Pertuan Agong.
"Kita mesti taat setia kepada raja dan negara kita. Kita juga perlu bersyukur kerana tinggal di negara yang aman damai.
"Kita perlu mewujudkan masyarakat yang hidup secara harmoni, yang sayang dan cintakan negara kita Malaysia," katanya.
BERI MOTIVASI
Prihatin dengan nasib kaumnyanya, Mahat mengorbankan sebahagian daripada masa lapangnya untuk memberi ceramah motivasi pendidikan.
Kebanyakan program itu anjuran Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Persatuan Ibu Bapa Guru, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung serta Badan Bukan Kerajaan.
Di samping itu, Mahat banyak menjalankan program-program sukan untuk belia Orang Asli seperti kejohanan futsal, bola sepak dan badminton yang dianjurkan tiga tahun berturut-turut sebelum ini.
Program sukan seperti itu, katanya diharap dapat melahirkan generasi yang sihat di samping memupuk semangat berani dan semangat kerja berpasukan.
Mahat juga menyeru generasi muda atau yang disebut generasi Y Orang Asli tampil merebut peluang yang disediakan pihak kerajaan pada masa ini untuk memajukan diri, keluarga dan kaum mereka.
Menurut beliau, jika pun mereka tidak cemerlang dari segi akademik, masih ada pilihan lain seperti bidang kemahiran untuk mereka menjadi usahawan.
"Kita mesti berani membuat perubahan, kena berusaha dan mesti sanggup berkorban. Kita mesti buktikan Orang Asli juga boleh berjaya seperti kaum lain.
"Saya harap generasi Y inilah yang akan menjadi generasi pelapis kepimpinan negara pada masa akan datang untuk sama-sama membantu memajukan masyarakat Orang Asli.
"Jangan sesekali kita lupa asal usul kita. Kalau kita sendiri tidak membantu generasi Y ini, siapa lagi? Hanya kita yang tahu naluri, kehendak dan permasalahan masyarakat kita di kampung," tegas Mahat. --Oleh Melati Mohd Ariff
Bernama
Sat Aug 31 2013

Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Ratusan peguam berhimpun, serah memorandum tuntut badan kehakiman bebas
Ratusan peguam berhimpun menyertai Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman anjuran Badan Peguam Malaysia pada Jumaat.

PRN Sarawak: Keanggotaan tiga ahli Bersatu tanding atas tiket bebas gugur secara automatik
Mereka ialah Siki Balarik di kerusi DUN Belaga, Ricky Enteri (DUN Bawang Assan) dan Ismawi Muhammad (DUN Muara Tuang).

"Saya bersama Pakatan Harapan" - Maszlee Malik
Maszlee berkata, beliau masih Ahli Parlimen Bebas, biarpun tular gambarnya menyertai sidang mesyuarat video bersama Ahli-ahli Parlimen PKR.

Perairan Laut China Selatan perlu kekal bebas untuk tujuan komersial - Ismail Sabri
Perairan Laut China Selatan perlu kekal bebas dan selamat untuk tujuan komersial tanpa sebarang aktiviti ketenteraan atau dijadikan sebagai medan konflik persaingan kuasa-kuasa besar.

Maszlee Malik umum tarik diri daripada Pejuang
Maszlee Malik umum tarik diri daripada parti Pejuang, ikrar teruskan usaha dalam gerakan perubahan pendidikan melalui kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Bebas.

Osman Sapian masih ahli Bersatu - Setiausaha Agung
Osman hanya akan dipanggil untuk menjawab tuduhan berhubung dakwaan membantu kempen calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim baru-baru ini.

13 banduan penjara seumur hidup dikurnia pengampunan Yang di-Pertuan Agong
Hari Kemerdekaan ke-63 amat bermakna buat 13 banduan yang dipenjarakan seumur hidup pada 2001 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila dibebaskan atas pengampunan Yang Di-pertuan Agong

Slim Memilih: Tun M pesan calon jangan 'lompat' kerana duit
Bekas Perdana Menteri itu menitipkan pesanan kepada Amir Khusyairi agar tidak 'menjual diri' kerana wang.

Slim Memilih: Penduduk Orang Asli harap jambatan 'usang' dibaik pulih
Jambatan yang menghubungkan kampung Changkat Ramu dan Buloh Seruas itu digunakan penduduk setempat sejak tahun 1980-an lagi.

Chini Memilih: SPR keluarkan 156 kertas undi pos - Pengerusi SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan 156 kertas undi pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada Ahad.